
Pejalanan beliau sungguh mencabar kerana merentasi Laut Cina Selatan. Beliau telah sampai di Tebingan Kuching pada 2.15 petang pada 16.5.2008 lalu. Ia adalah hadiah Hari Guru kepada semua warga pendidik.
Cerita TV Meletop
Ahmadinejad memula ucapan dengan Bismillah.
Apa yang saya ingin ceritakan kembali adalah tentang sesi soal jawab.
Ahmadinejad tersentuh dengan pertanyaan seorang mahasiswa iaitu mengenai kesanggupan Iran menghadapi tekanan Amerika dan dunia barat. “ Adakah Tuan mendapat inspirasi daripada kesyahidan Imam Husein dalam perjuangan ini?’
Jawapan beliau “ Ini adalah soalan yang menarik dan dia (mahasiswa itu) layak untuk menerima biasiswa. Rektor perlu meminta kepada Kedutaan Besar Iran bagi mendapat biasiswa.
Dalam ucapannya antara lain menekankan beberapa kali peranan yang dimainkan oleh pemuda bagi mengubah masa depan dunia. Katanya “ Bagi saya pemuda adalah modal Utama, mereka juga adalah modal yang berharga”.
Comment saya,
Apakah konfrantasi?
Konfrantasi adalah satu cara untuk menggalakkan ahli-ahli dalam kumpulan supaya terus bercakap melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan. Selain daripada itu ianya juga manggalakkan ahli kumpulan mengutarakan idea dan respon kepada isu-isu yang dibincangkan.
Jenis-jenis konfrantasi
marah – melepaskan kemarahan kepada orang lain melalui perkatan dan perbuatan
assertive – memperjuangkan kebenaran apabila merasa hak dicabuli atau diabaikan
direct – jelas, menyatakan dengan tepat, fakta kapada yang memerlukan panduan dan bantuan
indirect – tidak merujuk kepada sesiapa secara spesifik. Tujuannya agar orang lain memahami perasaan kita secara am
accusation – konfrantasi secara langsung atau terus kepada tingkahlaku yang menyinggung atau melampau
order – arahan kepada orang lain untuk dipatuhi disusuli dengan arahan secara bertulis
blame – menyalahkan orang lain agar bertanggungjawab sepenuhnya atas masalah yang ditimbulkan oleh orang lain
belittling – mengkritik tingkahlaku yang melampau
lecture – grandonise and pompous, complete, rigid and directive
scolding – kecewa dan hampa atas tingkahlaku yang menyebabkan menalahkan orang lain di atas ketidakselesaan yang timbul
memanggil nama – marah dan sedih dan tahap kemarahan yang melampau menyebabkan menjerit, rasa tidak selesa dan tidak hormat.
put down – menyebabkan orang lain kusut dan malu
Konfrantasi yang kurang sempurna
assertive – klien menyedari kesilapan fasilitator seperti menggunakan perkataan yang menyinggung perasaan klien dan klien yang membetulkan suasana
marah – kelihatan seolah-olah faham perasaan dan mereka bertindak atas perbuatan fasilitator ketika marah
direct – klien menyedari masalah dan mereka samada memberikan tindakbalas atau membiarkan perbuatan atau percakapan fasilitator
indirect – klien menyedari masalah fasilitator tetapi tidak bertindakbalas dan tidak pasti konfrantasi diarahkan kepada siapa
accusation – klien menjadi defensive dan
order – bertindak agresif apabila diarah
blaming – cepat mempertahan diri apabila diserang atau diajuk
belittling – merasa lemah atau rendah diri apabila diugut
lecture – tidak mengambil endah kerana berbentuk autocrat, tegang
scolding – tidak dihormati, kurang pemahaman dan selalu melarikan diri dari fasilitator di mana sepatutnya memperbetulkan perlakuan tingkahlaku seperti yang dikehendaki
put down –
Rasional dalam konfrantasi – kurang sempurna
buat apa yang terlintas difikiran
tiada penangguhan
tidak memperdulikan pendapat orang lain asalkan dapat menyatakan perasaan
kemarahan yang tidak diluahkan akan mengundang masalah
tidak mengambilkira perasaan orang lain
tidak mempertahankan pendirian kerana terlalu bimbangkan pendapat orang lain
tidak dapat mengawal diri
tidak menghormati orang yang tidak hormatkan kita
menunjukkan kekuatan diri daripada dikawal oleh orang lain
masalah tidak dapat diselesaikan jika tidak mengambil tindakan dengan segera
mempertahankan diri tanpa mengira apa yang bakal berlaku berdasarkan pengalaman lampau
tidak mahu bertanggungjawab terhadap tindakbalas orang lain atas apa yang telah diperkatakan
orang yang menyebabkan kita marah akan lebih mengenali siapa kita dan terpulang kepada mereka untuk mengubah tingkahlaku dan perangai
selalu hilang pertimbangan apabila marah. Kenapa saya harus berubah ?
Cara yang paling produktif yang dapat digunakan untuk menunjukkan konfrantasi ialah kemarahan, pendirian yang teguh dan secara terus kerana ianya dapat :
supaya orang tahu bahawa kita marah dan bagaimana perasaan kita bila orang
kebenaran yang telah diabaikan
melepaskan kemarahan terus kepada orang yang telah menimbulkan kemarahan kita tanpa memberikan ruang kepada orang yang berkenaan untuk membela diri
menunjukkan rasa hormat bahawa kita marahkan tingkahlaku mereka dan bukannya marahkan orang yang berkenaan
menunjukkan reaksi yang negatif dari menyerang orang yang berkenaan
tidak menjatuhkan maruah orang lain dan menyebabkan mereka mengelakkan diri tetapi menggalakkan kompromi dan jalan penyelesaian yang memihak kepada kita
Bagaimana menangani konfrantasi
Pertama – kenalpasti apa yang sebenarnya menyebabkan kemarahan tersebut. Apa yang dirasakan telah melanggar atau menidakkan hak kita dan hak atau kebenaran yang mana yang telah dilanggar
Kedua – kenalpasti tingkahlaku yang sangat melampau dan menyakitkan dan kenapa berperasaan sedemikian
Ketiga – memberitahu orang itu secara langsung atau terus bagaimana tingkahlaku yang melampau itu menyebabkan kita marah dengan menggunakan kenyataan “saya”. Contoh : Saya marah apabila ……
Keempat – setelah memberikan kenyataan “ saya … “ barulah dapat mengenalpasti langkah-langkah pembetulan untuk menyelesaikan konfrantasi
Kelima – apabila telah menentukan langkah-langkah pembetulan untuk menangani konfrantasi yang berkenaan beri ruang kepada orang yang berkenaan untuk mengingati perjanjian yang telah dibuat
Keenam – menangani kemarahan dengan pihak yang berkonfrantasi dengan cara yang sesuai sehingga kemarahan itu reda
Langkah pertama : memberikan ruang kepada diri sendiri untuk berkonfrantasi dan perlu menjawab soalan-soalan yang ditimbulkan .
adakah menggunakan konfrantasi apabila marah?
apakah jenis konfrantasi yang perlu digunakan?
apakah sebab paling kuat yang menyababkan tindakbalas atas konfrantasi berkenaan?
peratus kejayaan apabila menggunakan sesuatu konfrantasi
adakah konfrantasi itu akan menimbulkan masalah lain
mengapa teknik konfrantasi menjadi lemah apabila marah
adakah saya bersedia menghadapi konfrantasi apabila marah
apa pemikiran yang tak rasional yang menghalang saya menggunakan konfrantasi
apabila pemikiran menjurus kepada konfrantasi secara negative
bagaimana untuk memperbetulkan pemikiran yang tidak rasional
langkah kedua – menganalisa kemarahan pada masa lampau dan mengkajinya untuk mengujudkan konfrantasi yang sihat dan selamat. Untuk menganalisa kemarahan ini, perlu mengimbas kembali pengalaman lalu semasa menghadapi kegagalan. Gunakan langkah-langkah bagaimana menangani konfrantasi dan buat satu keputusan atau penyelesaian bagaimana situasi yang berkenaan dapat diperbaiki.
Langkah ketiga – setelah mendapat lima jalan penyelesaian, praktikkan dengan langkah keenam dalam keadaan semasa dan rekodkan perkembangannya
Langkah keempat – sekiranya masih menghadapi masalah dengan konfrantasi, kembali ke langkah pertama dan mulakan proses sekali lagi
Masalah komunikasi dan perhubungan yang tegang akan menimbulkan konflik. Kegagalan menangani konflik akan menjadikan masalah bertambah berat dan akhirnya boleh mendatangkan kemusnahan. Konflik perlu ditangani dengan cara yang bersesuaian agar dapat diterima oleh kedua-dua pihak. Kepuasanhati akan menghindarkan konflik walau dalam keadaan apa sekali pun.
Perbezaan pendapat adalah suatu yang biasa dalam sesuatu organisasi atau kumpulan. Apabila manusia dari pelbagai latar belakang ingin membuat suatu keputusan bersama mereka dijangka akan menhadapi satu masalah iaitu ketidak sepakatan dalam membuat keputusan. Dalam mencari jalan penyelesaian terhadap kewujudan konflik ini, ia mungkin akan membawa kepada pertambahan kekuatan organisasi atau tindakan mereka akan menjadi lebih berkesan.
Kelahiran konflik amat berkait rapat dengan kewujudan perhubungan manusia. Jenis-jenis perhubungan yang boleh menerbitkan konflik ialah :
i. Percanggahan keinginan atau matlamat
ii. Perbezaan idea tentang cara atau kaedah pencapaian matlamat
iii. Ketidak fahaman atau nilai dan perasaan peribadi yang tersembunyi
Dalam membuat keputusan yang memerlukan suara ramai, walaupun matlamat telah dipersetujui bersama, namun cara untuk melaksanakan matlamat tersebut boleh mengundang konflik.
Mencari Kesepakatan
Dalam menyelesaikan kewujudan konflik, semua pihak harus mencari satu kesepakatan dalam mencari matlamat dan kepentingan yang boleh dikongsi bersama.
Ini merupakan asas kepada penyelesaian percanggahan yang wujud. Membangkitkan isu dalam bentuk persoalan biasanya akan memudahkan jalan penyelesaian yang mampu memuaskan hati semua pihak. Perkara-perkara berikut amat membantu seseorang untuk :
· Mengenalpasti dan sedar akan percanggahan yang wujud
· Bimbingan terbuka, komunikasi berkesan dan aktif mendengar
· Kekal pada objektif utama, misalnya kepada isu dan bukan kepada individu
· Cari satu persetujuan bersama mengenai matlamat
· Jika perlu buat pengubahsuaian, misalnya bagi mendapat kepastian dan keputusan.
· Perlu diingatkan bahawa percanggahan idea boleh membawa kepada kumpulan yang lebih mantap dan efektif
Konflik boleh juga dianggap sebagai satu percanggahan pendapat. Oleh yang demikian, adalah lebih mudah untuk kita melihat konflik sebagai suatu kebiasaan dalam suatu kumpulan komuniti dan perhubungan. Konflik lebih cenderung menggoyahkan keharmonian suatu kumpulan, malah boleh juga membawa kepada beberapa bentuk kerosakan. Malah kelahiran perasaan kurang senang atau bersalah akan cuma mengurangkan kecergasan kumpulan. Namun konflik juga boleh menerbitkan idea baru, menjurus kepada jalan penyelesaian yang lebih kreatif dan mengekalkan tahap penumpuan ahli terhadap kepentingan kumpulan. Selain itu, konflik boleh digunakan untuk membentuk kumpulan yang lebih responsif kepada ahli.
Al-Quran telah mengajar kita supaya bekerjasama, hidup bersama-sama dan saling menghormati antara satu sama yang lain.
"wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali." (Al-Hujuraat;49:13)
Dapatlah dikenalpastikan bahawa konflik berpunca daripada perkara-perkara berikut :
§ Masalah komunikasi iaitu kegagalan memahami seseorang, seperti memahami perasaan dan idea
§ Konflik nilai antara dua individu akibat perbezaan pendirian, kepercayaan dan jangkaan atau harapan.
§ Daya kepimpinan yang kurang berkesan atau kegagalan membuat keputusan. Konflik berpunca daripada kurang persetujuan mengenai ‘siapa yang berkuasa’ dan ‘bagaimana kita melaksanakan sesuatu’.
§ Perselisihan pendapat mengenai peranan yang dimainkan dan ekspektasi terhadap main peranan.
§ Produktiviti rendah yang diakibatkan oleh kegagalan mencapai matlamat atau melaksanakan tugasan yang diberikan.
§ Perubahan yang membawa kepada ketidak seimbangan yang berpunca daripada sesuatu yang diluar jangkaan.
§ Konflik lama yang masih belum selesai yang diumpamakan seperti parut luka lama yang boleh berdarah kembali.
Konflik-konflik yang wujud dapat digambarkan dalam satu kitaran konflik dan terkandung di dalamnya; pembinaan ketegangan, peranan yang mewujudkan dilema, pakatan yang tidak adil, konfrantasi dan pengubahsuaian.
Kaedah menangani konflik
Pelbagai kaedah boleh digunakan apabila berhadapan dengan kontrovesi. Kebanyakan kaedah berfokuskan kepada mengekalkan perhubungan dan penyelesaian isu dan yang lain lebih cenderung kepada keputusan yang negatif. Di antara kaedah yang biasa digunakan ialah :
· Mengelak – sesetengah orang
· Melambatkan ( menangguhkan ) – satu strategi yang melambatkan tindakan yang
· Konfrantasi – boleh dibahagikan kepada kalah atau menang strategi (kuasa) dan menang atau menang strategi. Strategi kuasa termasuk menggunakan kaedah fizikal, rasuah dan hukuman. Tektik ini adalah berjaya dari sudut mencari menang dan kalah.
· Arbitration (timbangtara) – timmbangtara selalunya berkesudahan dengan strategi berlawan. Apabila kedua-dua belah pihak sama kuat dan sama benar akan menyebabkan pihak ketiga akan diminta untuk menyelesaikan konflik. Pihak yang kalah selalu merasa bahawa pihak ketiga yang diminta untuk membuat pengadilan adalah tidak adil. Walaupun penyelesaian konflik telah dicapai tetepi ketidakpuasan pihak terbabit akan menyebabkan konflik baru timbul.
· Mengundi – mengundi adalah satu kaedah berlawan yang bertamadun. Ketegangan boleh dielakkan dengan cara pengundian sekiranya terdapat sebab-sebab yang berikut :
1. sukar bagi calon dalam konflik mengubah penderitaan terhadap sesuatu isu sekiranya mereka terlibat. Contoh kempen pilihanraya
2. mereka percaya dan berpegang kepada prinsip atau kepada organisasi yang memegang mereka bersama dalam perhubungan yang berterusan
3. calon akan secara dasarnya mematuhi suara rama
· bertolak ansur – strategi ini mengguunakan kaedah rundingan dan tawar menawar untuk menyelesaikan pertikaian. Adalah lebih baik mendapat sesuatu daripada tidak mendapat apa-apa langsung.
· Sebulat suara – keputusan sebulat suara akan menyebabkan konflik dapat diselesaikan.apabila kedua-dua pihak mempunyai keputusan yang sama, keputusan sebulat suara boleh dicapai.
· Gabungan – gabungan adalah penyelesaian konflik yang paling tinggi. Strategi penggabungan mengelakkan kita menggunakan akal fikiran, sumber dan nilai untuk menungkatkan kemungkinan kemenangan. Dalam strategi menang manang bertujuan menyelesaikan konflik yang memuaskan hati semua pihak yang terlibat di dalam konflik.
Dalam sesuatu kumpulan biasanya terdapat garis panduan dan peraturan yang boleh menimbulkan konflik apabila tidak dipatuhi. Semuapihak mesti bersetuju pengurusan konflik yang kreatif adalah proses untuk mencapai matlamat. Sekiranya garis panduan ini tidak dipatuhi maka ia akan menjadikan ahli berusaha untuk menang dan mengelakkan kekalahan.
Konflik dapat diuruskan dengan cara menaruh diri, menyerang atau menguasai pihak lain atau berkompromi tetapi strategi ini tidak dapat menyelesaikan konflik. Setiap strategi mempunyai nilai tersendiri dan sekiranya konflik hanya untuk diuruskan dan bukan untuk diselesaikan maka konflik ini akan sentiasa berulang. Terdapat dua strategi asas yang mesti dipatuhi untuk menyelesaikan konflik :
1. kerjasama erat diujudkan diantara pihak terlibat secara ikhlas untuk memenuhi kehendak masing-masing
2. penyelesaian yang boleh diterima olah kedua-dua pihak
Meningkatkan skil pengurusan konflik
Terdapat dua skil untuk mengurus dan menyelesaikan konflik:
1. mendengar – kegagalan mendengar masalah orang lain akan menyebabkan konflik tidak dapat diselesaikan. Untuk menguruskan konfli secara berkesan, kita mesti :
· memberi perhatian sepenuhnya kepada orang yang bercakap
· berminat dan mendengar dengan teliti masalah yang dihadapi oleh pihak yang berkonflik.
· sikap terbuka – menggalakkan orang lain berkongsi pendapat dan perasaan berkenaan dengan konflik yang dihadapi
2. “ I massage “ – memberi makna yang berkesan untuk menyatakan pendapat tetapi tidak mengandungi ancaman terhadap konflik yang dihadapi. Ianya hanya
Konflik dapat diatasi dengan cara menarik diri, menyerang, mengatasi pihak terlibat dengan cara kata sepakat. Ini tidak akan menyelesaikan konflik dan ianya akan berulang-ulang. Untuk menyelesaikan koflik secara berkesan, kerjasama erat mesti diujudkan diantara pihak yang terlibat dan dapat diterima oleh kedua-dua pihak, mengambil berat antara satu dengan lain dan penyelesaian ini dapat diterima oleh kedua-dua pihak.
Anda boleh senaraikan kekuatan anda seperti kewangan dan lain-lain. Kelemahan anda disenaraikan juga. Seterusnya Ancaman yang bakal anda hadapi dan peluang yang mungkin anda dapati. Kenapa, mengapa, siapa perlu digunakan dalam dalam mencari jawapan kepada 4 persoalan di atas. Anda perlu ikhlas dalam membuat penyenaraian di atas.
Sudah seminggu tidak update blog ini. Saya ingin kongsi cerita menarik tentang orang Jepun yang membeli kayu gergaji. Mr Ho adalah seorang yang bertugas di Pusat Pemprosesan Kayu milik Sarawak Forestry Cooperation. Pusat pemprosesan ini dulu merupakan pusat untuk membuat penyelidikan kayu bagi Jabatan Hutan. Ia telah di serahkan kepada SFC Sdn. Bhd. sebuah anak Syarikat Milik kerajaan Negeri Sarawak. Beberapa minggu lalu pihak pusat ini memproses kayu milik seorang cina. Mereka menerima tempahan untuk memproses kayu keruing. Berpuluh-puluh tan kayu telah siap dibelah. Tempahan diterima dari sebuah syarikat milik Jepun berpangkalan di Miri.
Mr.Ho seorang yang rajin dan kelebihannya boleh berbahasa Jepun. Dia juga boleh menulis Jepun. Orang Jepun ini diakui cerewet dengan tempahan mereka. Mereka telah membuat pemeriksaan terhadap kayu yang dibelah. Saya namakan orang Jepun ini Mr. Kujiyama. Dia adalah manager sebuah kepada Syarikat import dan eksport kayu, di Miri. Ini pertama kali dia membuat pemeriksaan terhadap kayu yang ditempah sebelum dieksport. Dia nampak tidak puas hati dengan kayu yang ditempah.
Apa yang menarik adalah setelah Mr. Kujiyama bertemu dengan Mr. Ho mereka telah bercakap dalam bahasa Jepun. Mr. Ho sendiri memberi tahu saya, orang Jepun ini terkejut mendengar dia boleh berbahasa Jepun dengan fasih. Mr. Ho telah lebih 5 tahun bekerja dengan penyelidik Jepun yang bertugas di situ beberapa tahun lalu. Mr. Ho tahu menggunakan kelemahan orang Jepun ini. Dia sudah masak dengan kerenah mereka. Mereka amat suka kepada orang yang boleh berbahasa Jepun. Mereka begitu menghormati bahasa mereka.
Mr.Kujiyama menerangkan kepada Mr. Ho kayu yang dipotong oleh mereka tidak berapa lurus. Mr. Ho menerangkan ini merupakan pusat penyelidikan bukan sawmill (kilang kayu). Mereka cuma ada 3 bilah bandsaw blade(mesin membelah kayu). Apa yang menarik. Mr. Kujiyama dapat menerima alasan Mr. Ho apabila dia menyatakan mereka menggunakan Bandsaw buatan Jepun. Mr Kujiyama ada mengambil gambar jenama bandsaw untuk dibawa ke Jepun sebagai bukti mereka menggunakan mesin Jepun. Disini semua mesin adalah buatan Jepun dan sedikit Jerman. Dengan alasan mereka menggunakan mesin buatan Jepun, Mr Kujiyama dapat menerima kayu yang telah banyak dipotong. Maka selamatlah berpuluh tan kayu yang hendak dijual ke Jepun.
Begitulah istimewanya orang Jepun mereka kerana mereka bangga dengan barangan buatan mereka. Sedikit kelemahan pada barangan mereka tidak menjadi masalah. Mereka masih boleh menerimanya. Kelebihan Mr. Ho berbahasa Jepun memang telah banyak mempengaruhi keputusan Mr. Kujiyama.
Motivasi dan Kekuatan Dalaman
Hari ini saya membaca majalah Al- Islam keluaran Jun 2006, tulisan Nur Amin berkenaan dengan Motivasi Intrinsik. Taklah saya tahu motivasi ada dua iaitu Motivasi ekstrinsik dan Intrinsik.
Motivasi intrinsik ialah apabila kita digerakkan oleh perkara dalaman seperti maktlamat, keghiarahan (passion) dan misi.
Teringat saya pada tahun 2003, saya telah diamanahkan mengetuai satu pasukan teknikal untuk menyiapkan sebuah kapal berhias sempena 40 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia. Peruntukan kewangan boleh dikatakan kosong ringgit. Saya telah mengetuai kerja-kerja membuat design kapal dan kerja meknikal serta elektrikal. Pasukan kami terdiri daripada pelbagai unit. Kerja ini bukanlah menjanjikan pulangan dari segi kewangan kepada kami. Maksudsaya, tiada overtime yang dijanjikan kepada mereka ini. Saya bertuah kerana mereka nak tolong dengan hati yang ikhlas. Mereka yang terpilih mempunyai kelebihan masing-masing. Ada pekerja yang boleh melukis dengan baik, pandai pertukangan kayu, boleh buat kerja besi dan mekenikal.
Dalam setiap perjumpaan secara personal atau kumpulan saya sering memberi tahu maktlamat kami. Pada saya ini adalah penting. Taklah saya tahu ini dikatakan motivasi. Pada masa itu, keadaan mudah sekali, saya memainkan isu-isu. Pengswastaan Jabatan Hutan telah digunakan untuk menyemarakkan semangat mereka. Ada khabar angin mereka-mereka ini tidak diambil oleh Agensi Swasta Forest. Mari kita buktikan Jabatan Hutan masih wujud. Jangan kita biarkan kita dikatakan tak pandai buat kerja. Kamu kena buktikan kamu hebat dari yang lain. Rugi kalau mereka tidak nampak kamu hebat. Saya nampak lain orang kena main lain isu. Bergantung kepada orang itu. Apa yang paling penting matlamat hendaklah satu menyiapkan kapal untuk perarakan pada malam 28 Ogos 2003. Saya dapat lihat dan alami sendiri kehebatan mereka. Mereka telah mencurahkan semua potensi mereka dalam kerja-kerja yang saya tidak tahu mereka boleh buat. Hebat mereka ini. Satu yang terhebat pada saya adalah mereka dapat membuat seekor buaya besar 5 meter. Buaya tersebut boleh membuka dan menutup mulut. Lukisan yang dibuat pada kapal sungguh cantik mengambarkan hidupan liar di darat dan laut. Bunga Pakma makenikal yang boleh berpusing telah menambahkan keistimewaan kapal berhias kami. Memang mereka ini hebat.
Kami berjaya mendapat hadiah kapal yang paling kreatif. Kami dapat menyiapkan kapal dengan hanya dengan peruntukan RM5,800.00 kalau nak dibandingkan dengan peruntukan JKR 100,000.00. Tapi saya berjaya memberi Motivasi intrinsik kepada pekerja dan staff saya. Satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan kalau dapat menyatukan kepala manusia supaya menuju satu matlamat iaitu kejayaan.
Motivasi ekstrinsik apabila kita mendapat motivasi daripada perkara-perkara luaran seperti wang, pengiktrafan dan ganjaran. Semalam saya bercakap dengan Pak Ali bukan nama sebenar, seorang pesara kerajaan. Pak Ali kata dia dah kecewa dengan YB. Kawasan beliau. Lokek. “Eh..eh. tahun depan aku nak pindah kawasan undi di Padungan boleh dapat banyak duit”.kata-kata yang keluar dari mulut nya. Pak Ali nampak kecewa setelah buat kerja parti tidak dapat apa-apa. Apa yang saya nampak Pak Ali, cuma nakkan habuan atau tidak diberi pengiktirafan.
Ini dikatakan oleh guru, nak kerja Parti kena ikhlas. Tidak ada kepentingan diri. Kalau tidak memang kecewa. Ini yang berlaku pada Pak Ali, maktlamatnya tidak betul. Pensyarah saya pernah berkata kalau nak pergi buat kerja praktikal di Kilang Kayu atau Kem Pembalakan, jangan beri harapan terlampau tinggi dapat semua kemudahan. Fikarkan yang terburuk. Kalau dapat yang tidak baik kita telah bersedia dari segi mental. Kalau dapat yang baik alhamdulilah .
Kekuatan Dalaman dan Luaran
Mari kita bercakap tentang kekuatan dalam. Kekuatan dalam adalah yang harus ada dari dalam diri seseorang. Seorang yang mempunyai kekuatan dalam tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain. Dia akan mendengar pendapat orang lain dan pada akhirnya akan mengunakan kekuatan dirinya sendiri untuk menilai.
Seorang yang mempunyai kekuatan luaran sentiasa akan risau apa yang akan orang kata. Apa yang orang kata selalu lebih penting dari pendapat dirinya.
Tun Mahathir mempunyai kekuatan dalam yang kuat. Beliau menetapkan nilai matawang Malaysia kepada RM3.80 pada 2 September tahun 1998. Seluruh dunia mengutuk beliau. Beliau tahu Malaysia mempunyai kekuatan untuk tidak tunduk kepada tekanan luar. Akhirnya melaysia berjaya dari muflis oleh serangan penyangak matawang.
Nabi Muhamad juga mempunyai kekuatan dalaman yang hebat. Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh baginda dalam menyebarkan agama Islam. kekuatan dalam ini menyebabkan baginda berjaya menyebarkan Islam keseluruh dunia.