Home » »

SUDAHKAH KITA TUNAIKAN ZAKAT PENDAPATAN??

Tahukah anda cuma 9900 orang di Sarawak yang membuat potongan gaji ke Baitulmal Sarawak. Ia menyumbangkan lebih kurang RM5 juta. Secara keseluruhanya Orang sarawak cuma menyumbang sebanyak RM15 juta bagi zakat pada tahun 2004. Ia adalah jumlah ke tiga bawah dari seluruh Malaysia. Wilayah Persekutuan mengutip RM100 juta zakat pada tahun 2004. Negeri Sarawak hanya memulakan potongan zakat ini pada tahun 1999.

Jika dikaji dari mereka yang berpotensi membayar zakat pendapatan adalah 100,000 orang. Pihak Baitulmal cuma menerima kurang dari 10,000 orang yang membayar zakat pendapatan. Soalnya sekarang adakah orang Sarawak tidak tahu zakat pendapatan wajib. Kita akui ramai dari kita membayar Zakat fitrah. Ada yang bertanya zakat pendapatan ini wajib atau tidak. Tidak disebut dalam Quran zakat ini. rujuk web ini.
http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my/TBSZakatPendapatan.htm
http://www.geocities.com/muhammadsyukri/ZakatPendapatanIDMPPUZ.html
http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg14099.html

Baca juga rakan zakat di Utusan Sarawak setiap hari minggu.

Rukun Islam ke tiga ini sering kali ditinggalkan sedangkan ia akan membina atau membangun masyarakat Islam Sarawak supaya lebih kuat dimasa akan datang. Wang Zakat ini boleh digunakan dalam banyak perkara terutama membeli harta modal seperti rumah kedai untuk di sewa. Sebelum membuat langkah menanam modal, wang zakat hendaklah ditambah. Kesedaran orang ramai adalah penting dan bukan hanya terletak di bahu baitulmal sahaja.

Apalagi nak di tunggu bertindaklah sekarang kunjungi lebih dari 180 pusat punggutan zakat di Sarawak. Banyaknya. Macam mana ni? Pos Office, RHB Bank, BSN, Bank Islam dan di Baitulmal.

Kisah benar.

Kisah 1
Kawan saya berjumpa suami dan isteri yang telah tua bersama anak beliau di sebuah Bank. Bila ditanya, dia menyatakan anak nya nak masuk U tetapi tak ada duit nak beli tiket kapal terbang. Orang kata disini boleh tolong. Kawan saya melihat surat tawaran anak perempuan mereka. Tawaran Ijazah Perubatan UKM. Tak ramai orang Sarawak yang dapat tawaran ini. Kawan saya membawa mereka ke Baitulmal Sarawak TBS. Pendekkan ceritanya Baitumal telah memberi tiket kapal Terbang dan wang RM800.00 kepada anak perempuan bakal Doktor Perubatan. Cuba kita bayangkan sekiranya tidak ada Baitulmal ?

Kisah 2
Kakitangan saya seorang jaga menghadapi masalah nak cari duit beli tiket kapal terbang anaknya belajar di Uitm Sabah. Saya telah mencadangkan dia ke Baitulmal Sarawak. Ya mereka bantu, bakal jurutera yang nak pergi belajar. Walaupun hanya tiket kapal terbang.

Kisah 3.

Tiga tahun lalu, setelah mendengar ceramah zakat di pejabat. Kesedaran mula timbul untuk membayar zakat pendapatan dan wang simpanan. RM 300.00 banyak tu kalau hari nak raya. bulan puasa. Tutup mata sahaja. Seminggu selepas itu, terkejut apabila menerima cek RM980.00 dari LHDN. Tak sangka cepat betul janji Allah. 3 kali ganda dapat. Mulai dari awal tahun ini baru buat potongan gaji. Tak lah banyak sangat kalau di kumpul bayar di bulan puasa. Berkat zakat dibayar saya dapat membawa emak mengerjakan umrah. Tak sangka rezeki nak datang tanpa disangka-sangka. Mungkin ini dinamakan roh zakat.

Mungkin banyak lagi kisah yang tuan-tuan dengar. Marilah kita sama-sama membuat
PROMOSI DARI MULUT-KE MULUT tentang kewajipan membayar zakat



Share this article :

1 comments:

jade said...

Sebenarnya ekonomi umat Islam amat kukuh.Dari hasil Zakat Fitrah, Zakat pendapatan/perniagaan, kutipan tabung masjid dan derma-derma lain yang diperolehi. Tapi pada pandangan saya kurangnya pengurusan yang berkualti menyebabkan masih ramai umat Islam yang dibelenggu kemiskinan.

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger