Pernah anda menghadapi dilema hendak pinjam atau tidak kepada rakan-rakan atau rakan setugas. Masalah kakitangan atau kawan meminjam wang apabila hujung bulan sering dihadapi oleh kita. Ada yang mengadu tidak ada duit dan bermacam lagi. “Esok saya bayar”. “Terima nanti saya bayar” dan “bila dapat ‘claim’ nanti saya bayar” bergitulah kata-kat yang sering keluar dari mulut peminjam. Hati-hati. Sekiranya orang yang ingin anda pinjam adalah kakitangan anda sendiri. Anda mungkin tidak begitu kenal dengan mereka. Ada beberapa langkah yang perlu buat.
Ramai kakitangan yang menghadapi dilema hutang “Along” juga agak serius sejak akhir-akhir ini. Mereka seperti dalam ketakutan yang amat sangat kalau tidak dapat bayar hutang. Seorang kakitangan saya yang menghadapi masalah ini beberapa tahun lalu. Dia seorang pekerja yang baik. Saya sungguh simpati dengan nasib rakan saya itu. Tiap-tiap bulan dia selalu minta pergi traveling untuk menambahkan pendapatan. Tidak dapatlah nak hantar tiap-tiap bulan. Saya telah bawa dia berbincang tentang masalah dia.
Hasil daripada perbincangan itu, dia telah membayar semua hutang Along dengan membuat pinjaman dari Koperasi. Tidaklah dia membuat pinjman dengan bunga yang tinggi. Nasib baik hutang along rakan saya itu tidak sampai RM10,000. Belum dalam tahap kritikal. Masih boleh diselamatkan.
Saya telah minta dia ubah cara hidup beliau. Kalau ada belanja yang boleh dikurangkan. Kurangkan. Hasilnya dia telah mengambil tindakan menamatkan langganan Astro, telefon dan rokok diberhentikan. Dia telah belajar buat simpanan. Buat potongan gaji RM20.00 dalam semua akaun yang beliau ada Tabung Haji, ASSAR, ASB dan Koperasi. Kalau ada tiga atau empat akaun anda tidak akan sanggup pergi korek duit di banyak tempat dalam satu hari. Satu atau dua tempat sahaja. Dua lagi akaun selamat. Dia juga telah membuat perubahan kepada dirinya dengan menggunakan motosikal turun kerja. Awal pagi dia akan hantar kuih-muih untuk dijual di beberapa gerai dan tengahari dia akan ambil duit hasil jualan. Isterinya juga sudah mula belajar menjahit baju. Baru-baru ini saya berjumpa dengan dia menggunakan kereta pacuan 4 roda. Rakan saya itu telah senang kerana kegigihannya. Dia benar-benar telah insaf. Dia mengambil jalan terlibat dalam perniagaan MLM. Saya bersyukur dapat membantu dia walaupun tanpa menggunakan wang ringgit saya sendiri.
- Anda kena pastikan siapa mereka ini. Di mana dia bertugas. Apa tugasnya. Adakah mereka orang penting yang saya katakan dalam artikel saya.
- Bila dia akan bayar, adakah dia berupaya membayar balik dan bagaimana dia akan bayar.
- Kena tanya kalau anda tidak pinjam adakah mendatangkan masalah kepada mereka. Perhatikan air muka. Lihat bahasa badan , lihat pada mata hitamnya. Mereka yang berbohong tidak berani melihat mata kita. Ada yang telah mahir itu guna cara lain. Itu dikecualikan.
- Cuba tangguhkan dulu. Carilah apa-apa sebab. Pergi minta padangan rakan-rakan yang lain yang kenal peminjam ini. Minta nasihat mereka.
- Kalau orang ini tergolong dalam ketogori orang penting seperti dalam artikel saya yang lepas. Cuba bantu. Ingat anda nakkan mendapat pengaruhnya. Bukan senang nak dapat pengaruh orang yang sebegini. Kalau anda tidak ada wang anda kena cari jalan penyelesaian kepada masalah dia. Cadangkan sesuatu yang boleh anda beli daripada dia. Sesuatu yang anda perlukan. Ingat bagaimana Nabi Mohamad S.A.W menyelesaikan masalah ekonomi umat Islam dalam artikel saya yang lalu.
- Biasanya yang nak pinjam duit bukan nak dengar syarahan anda.
- Jangka masa pendek kalau anda terpaksa juga meminjamkan wang kepada dia. Cuba dulu dengan nilai kecil. Nilai kecil adalah nilai yang anda rasa tidak membebankan anda. Nilai yang jika dia tidak bayar anda boleh anggap ia adalah sedekah. Walaupun anda ada beribu wang. Jangan bagi jumlah yang dia minta. Jangan. Anda tidak kenal atau tidak pernah pinjam kepada dia. Cadangkan dia meminjam wang baki daripada kawan-kawan lain. Cara ini dianggap selamat kerana anda tidak menyebabkan anda dianggap anda kedekut. Anda mungkin hilang pengaruh. Ingat kalau dia tidak bayar juga hutang kepada anda. Kali kedua dia meminjam anda minta dulu wang yang dia pinjam yang pertama. Cara ini biasa berkesan menjadi sebab anda tidak meminjam lagi kali ke dua. Kesalahan bukan diletakkan kepada anda lagi.
Ramai kakitangan yang menghadapi dilema hutang “Along” juga agak serius sejak akhir-akhir ini. Mereka seperti dalam ketakutan yang amat sangat kalau tidak dapat bayar hutang. Seorang kakitangan saya yang menghadapi masalah ini beberapa tahun lalu. Dia seorang pekerja yang baik. Saya sungguh simpati dengan nasib rakan saya itu. Tiap-tiap bulan dia selalu minta pergi traveling untuk menambahkan pendapatan. Tidak dapatlah nak hantar tiap-tiap bulan. Saya telah bawa dia berbincang tentang masalah dia.
Hasil daripada perbincangan itu, dia telah membayar semua hutang Along dengan membuat pinjaman dari Koperasi. Tidaklah dia membuat pinjman dengan bunga yang tinggi. Nasib baik hutang along rakan saya itu tidak sampai RM10,000. Belum dalam tahap kritikal. Masih boleh diselamatkan.
Saya telah minta dia ubah cara hidup beliau. Kalau ada belanja yang boleh dikurangkan. Kurangkan. Hasilnya dia telah mengambil tindakan menamatkan langganan Astro, telefon dan rokok diberhentikan. Dia telah belajar buat simpanan. Buat potongan gaji RM20.00 dalam semua akaun yang beliau ada Tabung Haji, ASSAR, ASB dan Koperasi. Kalau ada tiga atau empat akaun anda tidak akan sanggup pergi korek duit di banyak tempat dalam satu hari. Satu atau dua tempat sahaja. Dua lagi akaun selamat. Dia juga telah membuat perubahan kepada dirinya dengan menggunakan motosikal turun kerja. Awal pagi dia akan hantar kuih-muih untuk dijual di beberapa gerai dan tengahari dia akan ambil duit hasil jualan. Isterinya juga sudah mula belajar menjahit baju. Baru-baru ini saya berjumpa dengan dia menggunakan kereta pacuan 4 roda. Rakan saya itu telah senang kerana kegigihannya. Dia benar-benar telah insaf. Dia mengambil jalan terlibat dalam perniagaan MLM. Saya bersyukur dapat membantu dia walaupun tanpa menggunakan wang ringgit saya sendiri.
.
0 comments:
Post a Comment