"These documents clearly show who were responsible for the violence and pose the question why the security forces allowed the violence to go on. With this publication, it is hoped that the frequently raised "spectre of May 13" by the Barisan Nasional government will be forever put to rest."
Saya dapati penulis cuba menyembunyi perkara yang berlaku pada 10-12 Mei 1969. iaitu perkara selepas pilihanraya 10 Mei 1969. Kenapa ia tidak dinyatakan dalam buku tersebut? Apa yang hendak disembunyikan? Perkara tersebut adalah
1. Pembangkang meraikan kemenangan dengan membuat perarakan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
2. Perarakan kematian Cina
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat. (sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_1969)
Note:
Kalau dibandingkan dengan buku Biografi Politik Tuanku Abdul Rahman tulisan Ramlah Adam juga mendapat sumber dari Public record Office, Kew Garden, England pada tahun 1996. Pada pendapat saya kajian Ramlah Adam tidak bius dan tidak ada motif tersembunyi.
sila rujuk mukasurat 408- 423 pp
Menurut Ramlah Adam sebab terjadi peristiwa 13 Mei 1969 adalah disebabkan oleh Tuanku Abdul Rahman tidak dapat menyelesaikan soal perkauman di
Sebab ke dua adalah soal-soal yang bersifat perkauman terus menjadi modal parti pembangkang. Soalan ini telah di timbulkan oleh parti pembangkang sejak tahun 1955 sebagai modal meraih undi. Perkara yang menjadi pegangan Lee kuan Yew melalui kata-kata beliau;
“According to history, Malay began to migrate to
Kata-kata ini yang menjadi modal kepada mereka termasuk Tan Cheng Lock sejak tahun 1930 an lagi. Mereka dapat mempertikaikan hak keistimewaan Melayu kerana pada masa itu jumlah orang melayu berjumlah 39 peratus sahaja. Nampak mudah untuk dikalahkan.
Empat parti bukan melayu terbesar iaitu DAP, PPP, Parti Buruh Malaya dan Gerakan Rakyat
Pada 29 Julai 1967, DAP telah mengeluarkan “ Setapak Declaration” dan mereka berikrar untuk menuntut
“The ideal of free, democratic and socialist
dipetik oleh Ramlah Adam dalam Democartic Action Party,1969, Dap General Elactions Manifesto, Out Triple objektif Toward a Malaysian Malaysia.
Salah satu sebab lain yang menyumbang kepada peristiwa 13 mei adalah Pilihan raya 10 Mei 1969. Secara teknikal Parti pembangkang DAP dan Gerakan telah menang. Pada 11 dan 12 Mei 1969 mereka telah meraikan kemenangan dengan berarak di
Kata-kata menghina telah menyebabkan orang melayu berkumpul di rumah Dato’Harun Idris pada petang 13 Mei 1969. Perarakan telah dimulakan gabungan beratus-ratus orang melayu. Sokongan ini dibuat kerana mereka percaya bidang kuasa dan kedudukan politik orang melayu telah dicabar oleh orang cina.
Banyak risalah dengan ideology komunis dan Moisme telah di rampas dan dijumpai disebarkan kepada pelampau cina .
2 comments:
Buku "May 13" tidak lain dan tidak bukan adalah salah satu tindakan bersepadu dari pelbagai sudut untuk menidakkan sejarah dan hak semulajadi orang Melayu ke atas tanahair semulajadinya, Tanah Melayu.
Melalui buku ini, mereka ingin merubah sejarah dan menthabitkan salah ke atas seorang pemimpin Melayu ulung yang telah memberi asas ekonomi, sosial, dan politik serta hubungan antarabangsa yang kuat untuk negara ini dan juga bangsa Melayu.
Kita harus berawas dengan usaha-usaha terancang dari dalam dan luar negara untuk merubah status-status - agama Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa rasmi, hak keistimewaan Melayu sebagai hak penduduk asal yang di tindas berkurun2 lamanya dengan terancang, kedudukkan raja-raja Melayu sebagai locus standi untuk kesinambungan kepada perkara-perkara yang disebut sebelum ini, dan tidak kurang juga keamanan dan kemakmuran negara kita Malaysia.
Harap tuan/puan menyedari usaha kami Team Blog "13 Mei: Dari Kacamata Melayu" untuk mengumpul fakta dan hujah menjawab pembohongan dan putarbelit yang sedang dilakukan.
Ayoh bersama kami! Jangan kita mudah menjadi apologis menerima buta logik-logik jahat, tanpa memahami sejarah!
Ya, nampaknya ada usaha penulis terutama dari Singapura atau diterbitkan oleh negara itu cuba mengubah fakta sejarah.
Post a Comment