Peristiwa Bukit Jenalik, Sauk, Perak pada 5 July , 2000 merupakan detik hitam dalam sejarah Malaysia. Dalam buku setebal 337 mukasurat bertajuk Maunah- Kebenaran Yang Sebenar ditulis oleh Zabidi Mohamed juga seorang peguam adalah bekas Al-Arqam yang juga penulis buku Arkam Tersungkur Di Pintu Syurga.
Buku ini sangat menarik kerana terperinci menceritakan apa yang berlaku dari awal hingga akhir. Ia harus dibaca oleh mereka yang ingin mengetahui cerita yang terperinci tentang Al-Maunah dan peristiwa di bukit Jenalik. Operasi Polis dan tentera juga diceritakan. Bagaimana pada masa itu Inspektor Razak dari Unit Gas Pemedih Mata, Pasukan Gerak Khas (Komando) Polis di Raja Malaysia dari Ulu Kinta, Perak, VAT 69 adalah orang yang pertama berbincang dengan anggota Al-Maunah iaitu Zahit Muslim yang juga bekas anggota VAT69 sebelum bersara dari pasukan tersebut. Ceritanya begitu terperinci sehingga kita dapat merasa kita berada di situ pada ketika itu. Operasi pasukan sniper Tentera yang dikenali sebagai Yankee Squadron yang telah membuat "outer-cordon" diluar kawasan bukit Jenalik juga ada diceritakan terperinci. Kekuatan tentera pada masa itu adalah 2 batalion. Misi utama mereka adalah mengepung, menawan dan mengambil senjata. Buku ini menceritakan juga kisah sebenar selepas mereka ditangkap. Pengakuan oleh mereka terlibat. Kisah ini adalah benar kerana penulis sendiri adalah peguam kepada mereka.
Cerita dalam buku ini dapat memberi kefahaman kepada saya. Kenapa mereka boleh melakukan perkara tersebut? Kesimpulan yang boleh saya buat adalah apa yang berlaku adalah kerana ketaksupan yang melampau kepada pemimpin mereka Mohamed Amin Mohamed Razali, iaitu Presiden Persatuan Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Maunah.
Penulis menyatakan tiga tanda atau ciri-ciri orang taksub.
Pertama: Orang yang taksub tidak mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah.
Kedua: Jahil tentang agama.
Ketiga: Tidak mahu menerima pandangan orang lain atau orang luar dari kumpulan mereka.
Kesan dari memiliki ketiga-tiga tanda dan ciri orang taksub biasa memiliki akhlak yang kasar dan terlalu extreme.
"Prinsip rahsia dalam rashia". Prinsip ini telah memerangkap mereka sehingga mereka tidak berani mempersoalkan apa yang di buat oleh guru mereka Amin. Mereka telah ditanam dalam kepala mereka semua yang dibuat oleh guru mereka ada hikmah yang akan diterangnya kemudian. Pada mulanya mereka diberitahu oleh Amin hanya bertujuan untuk mengikuti latihan Persilatan peringkat tertinggi di Bukit Jenalik. Mereka tertipu kelicikan Amin kerana beliau menyatakan mereka akan dilatih oleh tentera. Mereka ditipu oleh Amin menyatakan mereka dikehendaki mengambil senjata di kem Tentera (kem Pos 2, Kuala Rui, Lebuh Raya Timur Barat, Grik , Perak). Mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya mencuri senjata di kem Tentera. Suatu yang mustahil yang boleh dilakukan. Menurut Penulis kumpulan Al-maunah ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu mereka yang tertipu dan mereka yang masih menanggap mereka benar. Kisah di ceritakan selepas pada Januari 2002, penulis sendiri telah berjumpa dengan 2 orang yang telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun. Pada tanggapan penulis telah membuat pengakuan yang mengejutkan berbunyi;
"Kami buat tu semua atas nama Jihad. Yang kami salah cuma dari segi Undang-undang. Dari segi perlembagaan negara. Tapi dari segi agama apa yan kami buat itu betul. Memangpun dituntut agama" mereka menyatakan dengan nada yang sombong dan sinis.
Penulis dapat membuat pernilaian dari bahasa badan dan percakapan mereka berdua langsung tidak menampakkan rasa berdosa dan mereka merasa Allah menyebelahi mereka. Arah pemikiran yang mereka anuti bukan datang dari aliran pemikiran Islam yang sebenar. Fahaman mereka berceleru. Akidah Ahli Sunah Wal jamaah tetapi sebenarnya berkiblatkan Wahabiah. Fahaman politik Wahabiah pimpinan Sheikh Abdul Wahab. Penganut fahaman ini dengan bantuan ajen British, Lawrwnce of Arabia telah menjatuhkan kerajaan Uthmaniah secara kekerasan. Ini sama sekali bertentangan dengan Imam Al Ghazali adalah berdosa menjatuhkan kerajaan kalau sekalipun pemimpin dan pemerintahnya fasik. Ini adalah kerana tindakan secara kekerasan akan membawa kerosakan yang lebih besar. Ini adalah sebab kenapa sepajang sejarah perjuangan Ahli Sunnah Wal jamaah tidak pernah pemerintah dijatuhkan secara revolusi atau kekerasan. Amin telah merujuk kepada surah Al-Baqarah :190 dengan tafsiran yang sempit dan melampau dengan kejahilannya. Amin membuat penafsiran mengikut cara fahaman Qadariah yang mentafir Al-Quran mengikut hawa nafsu mereka. Jika ilmu cetek tidak dapat membezakan yang mana benar yang mana salah.
Kisah dalam buku ini boleh memberi kita pengajaran bahawa kita hendaklah patuh dan taat kepada undang-undang negara. Negara kita ada pemerintah. Kalau nak tukar pemerintah kena melalui saluran yang betul iaitu pilihanraya.
2 comments:
entry yg salah tentang wahabiah sbg penyebab kejatuhan k'jaan uthmaniah. sila baca buku tajuk kejatuhan sultan ab. hamid, ia menceritakan tentang bgaimana uthmaniah buleh jatuh
eh...menarik, Saya cuma kongsikan maklumat dari buku yang saya baca. Boleh ceritakan sikit buku Kejatuhan Sultan Abdul Hamid
Post a Comment