Home » »

Motivasi dan Kekuatan Dalaman

Hari ini saya membaca majalah Al- Islam keluaran Jun 2006, tulisan Nur Amin berkenaan dengan Motivasi Intrinsik. Taklah saya tahu motivasi ada dua iaitu Motivasi ekstrinsik dan Intrinsik.

Motivasi intrinsik ialah apabila kita digerakkan oleh perkara dalaman seperti maktlamat, keghiarahan (passion) dan misi.

Teringat saya pada tahun 2003, saya telah diamanahkan mengetuai satu pasukan teknikal untuk menyiapkan sebuah kapal berhias sempena 40 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia. Peruntukan kewangan boleh dikatakan kosong ringgit. Saya telah mengetuai kerja-kerja membuat design kapal dan kerja meknikal serta elektrikal. Pasukan kami terdiri daripada pelbagai unit. Kerja ini bukanlah menjanjikan pulangan dari segi kewangan kepada kami. Maksudsaya, tiada overtime yang dijanjikan kepada mereka ini. Saya bertuah kerana mereka nak tolong dengan hati yang ikhlas. Mereka yang terpilih mempunyai kelebihan masing-masing. Ada pekerja yang boleh melukis dengan baik, pandai pertukangan kayu, boleh buat kerja besi dan mekenikal.

Dalam setiap perjumpaan secara personal atau kumpulan saya sering memberi tahu maktlamat kami. Pada saya ini adalah penting. Taklah saya tahu ini dikatakan motivasi. Pada masa itu, keadaan mudah sekali, saya memainkan isu-isu. Pengswastaan Jabatan Hutan telah digunakan untuk menyemarakkan semangat mereka. Ada khabar angin mereka-mereka ini tidak diambil oleh Agensi Swasta Forest. Mari kita buktikan Jabatan Hutan masih wujud. Jangan kita biarkan kita dikatakan tak pandai buat kerja. Kamu kena buktikan kamu hebat dari yang lain. Rugi kalau mereka tidak nampak kamu hebat. Saya nampak lain orang kena main lain isu. Bergantung kepada orang itu. Apa yang paling penting matlamat hendaklah satu menyiapkan kapal untuk perarakan pada malam 28 Ogos 2003. Saya dapat lihat dan alami sendiri kehebatan mereka. Mereka telah mencurahkan semua potensi mereka dalam kerja-kerja yang saya tidak tahu mereka boleh buat. Hebat mereka ini. Satu yang terhebat pada saya adalah mereka dapat membuat seekor buaya besar 5 meter. Buaya tersebut boleh membuka dan menutup mulut. Lukisan yang dibuat pada kapal sungguh cantik mengambarkan hidupan liar di darat dan laut. Bunga Pakma makenikal yang boleh berpusing telah menambahkan keistimewaan kapal berhias kami. Memang mereka ini hebat.

Kami berjaya mendapat hadiah kapal yang paling kreatif. Kami dapat menyiapkan kapal dengan hanya dengan peruntukan RM5,800.00 kalau nak dibandingkan dengan peruntukan JKR 100,000.00. Tapi saya berjaya memberi Motivasi intrinsik kepada pekerja dan staff saya. Satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan kalau dapat menyatukan kepala manusia supaya menuju satu matlamat iaitu kejayaan.

Motivasi ekstrinsik apabila kita mendapat motivasi daripada perkara-perkara luaran seperti wang, pengiktrafan dan ganjaran. Semalam saya bercakap dengan Pak Ali bukan nama sebenar, seorang pesara kerajaan. Pak Ali kata dia dah kecewa dengan YB. Kawasan beliau. Lokek. “Eh..eh. tahun depan aku nak pindah kawasan undi di Padungan boleh dapat banyak duit”.kata-kata yang keluar dari mulut nya. Pak Ali nampak kecewa setelah buat kerja parti tidak dapat apa-apa. Apa yang saya nampak Pak Ali, cuma nakkan habuan atau tidak diberi pengiktirafan.

Ini dikatakan oleh guru, nak kerja Parti kena ikhlas. Tidak ada kepentingan diri. Kalau tidak memang kecewa. Ini yang berlaku pada Pak Ali, maktlamatnya tidak betul. Pensyarah saya pernah berkata kalau nak pergi buat kerja praktikal di Kilang Kayu atau Kem Pembalakan, jangan beri harapan terlampau tinggi dapat semua kemudahan. Fikarkan yang terburuk. Kalau dapat yang tidak baik kita telah bersedia dari segi mental. Kalau dapat yang baik alhamdulilah .

Kekuatan Dalaman dan Luaran


Mari kita bercakap tentang kekuatan dalam. Kekuatan dalam adalah yang harus ada dari dalam diri seseorang. Seorang yang mempunyai kekuatan dalam tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain. Dia akan mendengar pendapat orang lain dan pada akhirnya akan mengunakan kekuatan dirinya sendiri untuk menilai.

Seorang yang mempunyai kekuatan luaran sentiasa akan risau apa yang akan orang kata. Apa yang orang kata selalu lebih penting dari pendapat dirinya.

Tun Mahathir mempunyai kekuatan dalam yang kuat. Beliau menetapkan nilai matawang Malaysia kepada RM3.80 pada 2 September tahun 1998. Seluruh dunia mengutuk beliau. Beliau tahu Malaysia mempunyai kekuatan untuk tidak tunduk kepada tekanan luar. Akhirnya melaysia berjaya dari muflis oleh serangan penyangak matawang.

Nabi Muhamad juga mempunyai kekuatan dalaman yang hebat. Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh baginda dalam menyebarkan agama Islam. kekuatan dalam ini menyebabkan baginda berjaya menyebarkan Islam keseluruh dunia.

Share this article :

0 comments:

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger