Home » , » Pesanan Terakhir Rosli Dhobi Kepada Rakyat Sarawak

Pesanan Terakhir Rosli Dhobi Kepada Rakyat Sarawak








Sebelum menjalani hukuman ini juga, Rosli Dhoby sempat menulis surat ini diserahkan kepada seorang warden yang amat dipercayainya dan banyak menyimpan sejarah perjuangannya Sumarja Mohamad atau Pak S. Berikut ialah isi kandungan surat terakhirnya. tersebut;

Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta' lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saga sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta'genter saya ta'takut mati, saya terima hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.


Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan


Amin ya rabbul alamin berkat do a laillahaitlahi Munamada rasululah. Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasiha yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.


Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑bai, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.


Ditulis pada 1‑3‑1950

Saya yang akan meninggalkan endah ini,

R.D.


Dipetik dari buku Rosli Dhobi Di Tali Gantung tulisan Rudi Affendi Hj. Khalik,1997



Share this article :

11 comments:

Unknown said...

perjuanganmu akan menjadi ingatan anak cucu. Terima kasih atas pengorbananmu.

Anonymous said...

Rosli Dhoby tiada anak dan cucu.
anak buah ada.

Anonymous said...

semoga anak-anak buah rosli dhoby meneruskan perjuangannya dalam membangunkan bangsa dan agama. amin

atanjamilselamat said...

Di umur 18 tahun Rosly Dhobi sudah tahu erti kebebesan dan perjuangan. Sanggup berkorban di usia yang terlu muda kerananya. Alangkah moleknya jika pemuda di umur 18 tahun hari ini mempunyai semangat seperti Rosly ... sanggup berjuang walaupun bukan menentang penjajah tetapi berjuang demi Islam dan negara tercinta,

Al- Fatihah buat Rosly Dhoby semoga letakkan beliau di kalangan orang2 yang beriman.

Anonymous said...

Rosli Dhobi.... pejuang bangsa... akan menjadi ingatan sampai bila-bila...

DZAABA said...

aku pernah bersekolah di bawah namanya.

happysus said...

atanjamilselamat, Benar tidak ramai orang mudah yang macam ya. Lebih kepada gejala sosial saja.

Japar, thanks,

happysus said...

DZAABA, Thanks beri komen.

Ginjal said...

apa bezanya Rosli Dhobi dgn polis2 di bukit kepong? Rosli Dhobi ditangkap dgn diiringi polis melayu dan gurkha (spt didalam gambar). Tidakkah ini menunjukkan yang polis di dalam gambar dan polis di bukit kepong itu sama shj? berkhidmat untuk british?

lias merak said...

rosli berjuang bersama bangsanya. dan tidak pernah membunuh bangsanya.

Unknown said...

Bukankah masa itu Rosli Dhobi berusia 16tahun dan bkn spt yg dikatakan iaitu 18thun..

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger