Mengetahui strategi melakukan serangan akan memberi anda satu kekuatan bagaimana hendak melakukan serangan. Anda juga akan mengetahui bagaimana serangan dilakukan. Anda tidak dapat menjangka bila anda akan diserang. Fahamilah keadah strategi serangan dan bagaimana strategi ini dapat anda gunakan untuk perkerjaan dan perniagaan anda.
Matlamat utama di dalam peperangan yang terbaik adalah menawan musuh tanpa melakukan apa-apa kerosakan. Memusnahkan musuh adalah satu perbuatan yang kurang baik. Melemahkan musuh tanpa perlu berlawan sesungguhnya adalah puncak tingkat kemahiran itu sendiri.
Apa yang penting di dalam peperangan adalah :-
- Mengugat strategi musuh.
- Menggugat hubungan dengan para sekutu.
- Menyerang angkatan tenteranya.
- Membuat persediaan peralatan lebih awal dan keadah atau laluan melepaskan diri.
- Bersabar
Berikut adalah falsafah peperangan Sun Tzu yang amat terkenal
- Apabila kamu sepuluh dan pihak musuh seorang maka kepungkan dia.
- Apabila lima kali ganda berbanding kekuatan musuh seranglah dia dari arah hadapan, belakang, timur dan barat.
- Sekiranya 2 kali ganda kekuatan, pecahkan mereka.
- Sama kuat boleh diadakan pentempuran hanya panglima yang berkeupayaan saja boleh menang.
- Sekiranya lemah dari segi bilangan, hendaklah berupaya melakukan pengunduran.
- Sekiranya dalam banyak segi tidak setanding, haruslah berkeupayaan untuk mengelakkanya kerana satu pasukan kecil akan menjadi mangsa pasukan yang lebih besar.
Seorang raja akan dapat mendatangkan padah kepada bala tenteranya apabila dia:-
- Memberi perintah yang beliau sendiri tidak mahir seperti mara dan undur dalam peperangan.
- Mengambil bahagian dalam pentadbiran menyebabkan para pegawai bingung
- Memberi arahan yang dia sendiri tidak arif dengan permasalahan dan perlaksanaan tanggungjawab.
Semua ini akan menyebabkan tenteranya bingung dan menyimpan syak. Ini akan memberi peluang lawan mancapai kemenangan.
Lima keadaan bagaimana kemenangan boleh diramalkan
1. Anda tahu bila boleh bertempur dan bila tidak terlibat dalam pertempuran.
2. Anda faham mengunakan pasukan anda yang sedikit atau ramai.
3. Pasukan anda boleh bersatu padu dalam mencapai satu tujuan.
4. Anda berwaspada serta menunggu musuh yang tidak waspada.
5. Anda mempunyai ketua-ketua yang berkeupayaan dan tidak diganggu-gugat.
Kemenangan yang mana boleh dilihat oleh orang biasa bukan lah suatu puncak kemahiran.
Kenalilah musuh anda dan fahamilah tentang dirimu sendiri; dalam seratus peperangan anda tidak akan terjebak didalam keaddan yang membahayakan.
Sekiranya jahil tentang musuhmu dan cuma memahami tentang dirimu sahaja, peluang untuk menang ataupun kalah adalah sama banyaknya.
Sekiranya anda tidak mengenali pihak musuh dan dirimu sendiri anda berada didalam keadaan yang bahaya.
Artikel lain yang berkaitan
0 comments:
Post a Comment