Home » » Pemimpin Hebat - Membina Pertahanan

Pemimpin Hebat - Membina Pertahanan

Ramai orang yang baru masuk kerja atau lepasan universiti tidak mengetahui cara berhadapan dengan kerenah pegawai-pegawai yang telah lama bekerja. Berbagai masalah yang akan mereka hadapi. Anda mungkin adakalanya terlalu berpengaruh sehingga menjejaskan pegawai-pegawai ini. Namun begitu persediaan macam mana anda harus buat untuk menangkis serangan mereka.

Bolasepak mempunyai strategi menyerang dan bertahan. Dalam permainan catur juga anda kena ada pertahanan yang kuat sebelum menyerang. Dalam pekerjaan dan organisasi juga ada yang menggunakannya. Mungkin anda secara sedar atau tidak anda telah mengunakan strategi ini. Nak atau tidak anda kena tahu strategi ini.

Pertahanan

Ramai pakar mengakui strategi yang terbaik adalah bertahan. Untuk membina pertahan yang baik anda kena tahu apa tugas, urusan, bidang dan berpengetahuan luas. Anda kena mula dari sekarang belajar dan dalami bidang tugas anda. Tiada jalan mudah untuk berjaya. Ilmu pengetahuan adalah perlindung yang utama untuk menjadi seorang yang hebat. Orang yang mempunyai kuasa pinjam atau mereka yang berselindung disebalik kuasa orang lain tidak dapat mengatasi kuasa ini. Orang begini tidak berupaya menandingi anda.

Ramai orang yang bijak berkata untuk bertahan anda kena menyerang. Menyerang dalam pihak yang bertahan. Anda bertahan sambil menyerang. Isu dan tuduhan yang dibuat oleh orang yang ingin menyerang perlu dibalas dengan cara berikut:

  1. Menjawab soalan dengan soalan.
  2. Minta dia membuktikan apa yang dikata olehnya.
  3. Sering menggunakan perkataan mengapa atau apa maksud awak?
  4. Gunakan teknik telinga pekak. Tidak kesah dengan serangan. Penyerang aka berputus asa dan berlalu.

Budaya orang Melayu jarang menyerang dengan berdepan. Sopan santun dan budi bahasa amat tinggi. Mereka sering menggunakan kiasan. Umpama nak tarik benang dalam tepung. Biarlah benang tidak berselerak. Kadang-kala serangan anda akan terima ketika bermesyuarat atau semasa di pejabat. Orang yang baru seringkali gagal membina pertahanan atau tidak sedia bertahan dengan fakta dan hujah penyerang. Lawan anda selalunya membuat ugutan untuk mendapatkan kuasa. Adakah mereka berkuasa?

Ada pelbagai setuasi yang menyebabkan anda di serang. Ia selalu ditimbulkan kerana ketidakpuasan sesuatu pihak. Apa yang anda buat, cadang, urus, ikhtiar, praktik tidak disokong oleh setengah pihak.

Anda tiada jalan lain kecuali menguasai dan mengawal orang yang sebenar-benarnya berkuasa. Dalam artikel saya lalu “tip pemimpin hebat menguasai org penting” telah saya ceritakan cara dan keadah menguasai mereka ini. Disini saya ingin ulangkan. Anda kena tahu apa yang dikehendaki, disukai, dibenci, kebiasaan atau suatu yang luar biasa orang yang sebenar-benarnya berkuasa ini. Anda telah mengetahui perkara di atas anda akan membantu dia mendapatkannya. Contohnya; Kalau dia suka anda hantar kerja tepat pada masanya. Jangan lengahkan kerja. Kalau di tidak suka anda datang akhir kerja. Anda kena turun kerja awal. Kalau menghantar laporan dia suka guna font Times Roman gunakanlah font yang dia suka. Kesimpulannya jangan dijadikan musuh orang yang sebenar-benarnya berkuasa. Kuasa mereka adalah pertahan yang terakhir yang anda ada.

Saya selalu berjumpa peserta kursus yang sering meluahkan rasa tidak puas hati dengan ketua, penentang ketua. 90% adalah guru-guru yang tidak suka kepada pengetua atau tidak setuju dengan tindakan pengetua. Mereka selalu mengkritik dibelakang. Membenci dan mengkritik bukan jalan penyelesaian untuk mempengaruhi orang yang sebenar-benarnya berkuasa. Bapa saya pernah berpesan kalau ada pun orang yang sebenar-benarnya berkuasa yang kita benci, ingat satu masa kita kena berdepan atau menggunakan kuasa dia untuk membantu kita.

Satu lagi, kesilapan orang yang baru tidak tahan menerima kritikan yang pedas dari ketua. Ketua yang pernah menjadi pekerja di zaman penjajah selalu bersikap biadap dan mengkritik yang melampau. Bekas Polis atau tentera memang dilatih cara ini. Cara yang mudah menghadapi mereka adalah “masuk telinga sebelah keluar telinga sebelah”. Sabar dan layan hati perasaan supaya dapat menerima. Ini adalah ujian rasa hormat kita pada dia. Anda anggaplah mereka sebagai bapa. “Orang tua biasalah”. Senyum adalah ubat paling mujarab. Ingat apa yang telah kita buat “kalau tidak ada angin masakan pokok tidak bergoyang”. Orang yang sebenar-benarnya berkuasa begini biasanya ingin menunjukkan kuasanya. Selepas mereka pencen atau tidak bekerja kuasanya akan hilang. Rasa hormat anda mungkin pada masa mereka berkuasa. Pendekatan begini tidak sesuai di masa ini. Ia sudah ketinggalan zaman. Buat masa ini mereka masih berkuasa. Anda kena ikut arus, kalau tidak tahan boleh berhenti dan cari kerja lain. Sampai bila anda nak mencari ketua yang sempurna.

Keadah pujian yang dinyatakan juga mempunyai kesan tidak baik kalau tersalah cara dan keadah. Ketua akan merasa pujuan tidak ikhlas dan seolah-oleh orang bawahan mempunyai kelayakan untuk memuji. Asas pujian apabila anda mahir dalam sesuatu perkara umpamanya anda mahir perisian powerpoint dan orang yang sebenar-benarnya berkuasa membuat sendiri slide powerpoint. Maka pada masa ini ada dikatakan layak memuji. Selalu gunakan teknik memuji menggunakan bahasa badan seperti mengangguk-angguk, isyarat jari atau apa-apa isyarat badan yang sesuai adalah lebih selamat. Ingat orang yang sebenar-benarnya berkuasa tidak suka pengampu/pembodek. Naikkan egonya dengan pujian kepada perkara yang tidak berapa diketahuinya. Jangan puji perkara yang dia sudah tahu. Puji pada masa kita tidak harap sesuatu darinya. Anggaplah orang yang sebenar-benarnya berkuasa seorang yang istimewa. Orang yang sebenar-benarnya berkuasa biasa sudah masak dengan puji-pujian begini. Dia tahu siapa pengampu dan siapa cakap tidak serupa bikin. Asas adalah anda jangan setuju atau nampak menjadi pak turut kepada semua perkara. Perkara kecil anda boleh kritik sedikit. Perkara pokok atau asas anda kena ikuti asal tidak melanggar batas adat dan undang-undang. Paling hebat anda sudah tahu bearing/ arah percakapan mereka. Contohnya Anda tahu dia bersetuju dengan keadah A, sebelum dia memberi pendapat anda akan memberi komen yang positif tentang keadah A.

Pandu arah supaya kita mencapai matlamat bersama. Apa juga cara yang digunakan susah atau senang. Arahnya kena satu. Mencapai apakah matlamat anda, syarikat dan organisasi. Apa juga perbalahan yang anda hadapi hendaklah balik kepada matlamat asal.

Sekian.



Share this article :

0 comments:

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger