Home » » Maklumat risikan untuk mengalahkan musuh

Maklumat risikan untuk mengalahkan musuh

Dalam bidang pekerjaan dan perniagaan sumber maklumat yang tepat dan boleh dipercayai adalah kunci kepada kejayaan sesuatu perancangan. Sumber risikan adalah merupakan maklumat yang diterima dari beberapa sumber dalaman dan luaran. Ia perlu dikumpulkan dan di proses. Semua maklumat yang diterima hendaklah diproses untuk mempastikan ianya tepat dan boleh dipercayai. Saya akan bincangkan keadah mengumpul dan memproses maklumat.

Mengumpul Sumber risikan

Dalam artikel saya "Mengetahui keadah Risikan untuk politik dan perniagaan" saya ada menyentuh 5 jenis perisik Perisik tempatan,perisik Dalaman,Perisik dwihala (doubled), perisik boleh dikorban dan perisik bergerak-cergas (living). Menanam perisik dalam sesuatu organasasi adalah suatu kerja yang telah lama dilakukan. Mungkin mereka ini tidak menyedari mereka adalah perisik. Dalam masyarakat kita istilah ini adalah sensetif. Soalnya bagaimana nak mendapat maklumat dari mereka? Tidak ada jalan mudah mendapatkan maklumat. Bertanya, melihat dan mendengar adalah satu keadah yang sering digunakan. Anda kena gunakan deria yang ada pada anda. Anda kena hadir dalam lingkungan maklumat tersebut. Kalau maklumat di kedai kopi, anda kena duduk dan minum disitu. Kalau maklumat ada di masjid anda atau orang anda kena berada di situ. Bertanyalah kepada mereka yang berada dalam lingkungan maklumat yang ingin anda dapatkan. Anda boleh membaca artikel dalam blogger Boleh juga membaca blogger ini ............Senjata Risikan Usahawan…(Siri 3)


"Panglima Amru" dapat menawan kubu Ajnadain pada 636 m dari askar Rom kerana mendapat maklumat yang tepat. Panglima Amru telah menyamar sebagai perutusan untuk berjumpa Panglima Atravon (salah seorang panglima, kerajaan Rom di bawah Hercules. Ini adalah satu contoh risikan yang dibuat oleh sahabat nabi. Panglima Amru menggunakan ketajaman mata dan pendengarannya apabila berada dalam kubu Ajnadain. Matanya tidak henti memerhati segala penjuru benteng. Dari sini dia akan tahu tempat strategik untuk melakukan serangan. Akhirnya Panglima Islam ini berjaya menawan kubu musuh.

Memproses Maklumat Risikan

Semua maklumat risikan yang diterima mestilah diproses untuk mempastikan kesahihan maklumat. Apa yang dikhuatirkan pihak lawan akan yang menggunakan perisik yang dikorbankan atau perisik talam dua muka untuk memberi maklumat palsu. Semua maklumat yang diterima hendaklah direkodkan. Jangan tapis maklumat pada peringkat pengumpulan maklumat.

Pada peringkat ini anda kena menjadi seperti seorang saintis. Seorang saintis akan membuat hepotisis, mengumpul maklumat, menganalisa maklumat dan membuat kesimpulan. Seorang saintis akan menganalisa maklumat dengan teliti. Bagaimana cara mempastikan maklumat betul atau tidak. Cara bagaimana anda hendak pergi mendapatkan maklumat adalah bergantung kepada diri anda sendiri. Anda boleh menghantar orang atau anda sendiri untuk mempastikan ketepatan maklumat. Lokasi sumber maklumat hendaklah diketahui, dari sini anda dapat menghantar perisik untuk menyusup masuk. Sebaiknya perisik ini tidak tahu antara satu sama lain. Perisik dalam juga penting kerana mereka tidak dapat dikesan. Maklumat anda lebih tepat. Maklumat yang diperolehi akan dapat di semak melalui percanggahan maklumat. Kalau perisik 1 maklumat bercanggah dengan perisik 2 maka ini menunjukkan anda perlu lebih gigih usaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Adalah satu amalan yang baik mendapatkan maklumat yang ada fakta dan bukti. Dokumen, gambar, video, email dan lain-lain boleh dijadikan bukti. Dengan bukti yang anda anda akan dapat menyusun gerak dan langkah.

Peringatan:

Anda kena pastikan ia digunakan untuk tujuan yang baik dan berguna kepada anda dan tidak memudaratkan diri, keluarga, agama dan negara.
Share this article :

0 comments:

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger