Home » » Tip Pemimpin Hebat - Kuasa Pujian dan penghargaan

Tip Pemimpin Hebat - Kuasa Pujian dan penghargaan

Semua manusia suka kepada pujian. Seorang yang dipuji akan merasa dia penting. Manusia akan lakukan apa sahaja untuk menjadi penting. Cuba anda tenung dan fikirkan sahabat anda yang tidak begitu penting dalam kerja. Mereka adalah individu penting ditempat lain seperti persatuan, kesatuan, badan kebajikan, jawatan kuasa surau atau masjid, Pertubuhan berunifom.

Feadah memberi pujian adalah anda akan dapat sokongan padu tidak berbelah bahagi. Mereka akan patuh dan taat kepda anda dengan cara sendiri atau sukarela. Apa yang anda perlu lakukan adalah memuji mereka. Bukan sekali tetapi berulang kali.

  1. Anda akan dapat ramai kawan dan tiada musuh.
  2. Orang sanggup berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu anda mencapai maktlamat anda.
  3. Anda akan dikagumi dan dihormati
  4. Hati dan fikiran seseorang akan menyebelahi anda
  5. Mendapat kuasa yang tidak terhad.

Anda kena belajar teknik yang betul untuk memuji. Ucapkanlah kata-kata penghargaan. Mereka mudah terpengaruh kepada kalau anda selalu memberi kata-kata pengiktirafan dan penghargaan. Sudah pasti mereka akan sikap lebih terbuka kepada pendapat anda. Seorang ketua yang tidak pernah memuji dan selalu mengkritik akan dibanci. Hakikat kritikan lebih banyak memburukkan keadaan. Saya tidak katakan anda tidak boleh memberi teguran. Ia tidak akan menghalang anda untuk bertindak membetulkan keadaan dan melaksanakan tindakan displin. Teknik menegur mestilah betul dan tepat. Jika pekerja membuat kesilapan tegur dengan baik. Tunjukkan cara yang betul untuk membuat sesuatu kerja. Nyatakan sebab dan fakta yang jelas. Nasihat dan berbicara tanpa disedari anda sedang membetulkan kesalahan. Jangan ...saya ulangi jangan menegur mereka bila anda sedang marah. Gunakan pendekatan memuji. Memuji kenalah sesuai. Jangan lebih-lebih nanti dikatakan menyindir.

Seorang pakar psikologi dan pengurusan James K VanFleet menyenaraikan 16 langkah membetulkan kesalahan seseorang

  1. Tunjukkan kesalahan seseorang secara tidak langsung
  2. Dapatkan Fakta berkaitan dahulu.
  3. Sekiranya temubual rasmi diperlukan, tnentukan masa dan tempat
  4. Jangan hilang sabar semasa menegur kesalahan orang bawahan
  5. Selalu bermula dengan pujian dan penghargaan
  6. Cadangkan cara penyelesaian
  7. beri peluang pekerja bercakap.
  8. Pertimbangkan fakta dan bukti tanpa prejudis
  9. Sekiranya perlu dihukum, padankan kesilapan dan individu terlibat (Hukuman hanya untuk membetulkan kesilapan)
  10. Beri pilihan kepada seseorang untuk menentukan hukumannya.
  11. Feadah yang akan diperolehi
  12. Akhiri temubual dengan pujian dan penghargaan yang ikhlas
  13. Puji setiap peringkat mestipun sedikit
  14. Menetapkan sasaran atau tahap untuk diikuti.
  15. Buat temubual kedua jika perlu
  16. Jangan terlalu kerap membetulkan keadaan

contoh:-

bagus betul awank ni.tetapi............
hebat awak ni.tetapi ..........
cekap awak mengendali orang tadi tetapi............

Seorang pengetua yang saya kenal mengunakan pendekatan ini menegur kakitangannya. Kakitangan yang ada bermasalah akan dibawa masuk ke biliknya. Dia akan memberitahu kerani diluar beliau tidak mahu diganggu. Dia sengaja melafaskan " tidak mahu diganggu sehingga jam...............". Kakitangan itu tahu masa yang diberi untuk mereka bercakap. Pekerja tadi akan merasa dia penting. Pendekatan memuji memang selalu dibuat oleh beliau. Lembut tapi tegas macam Pak Lah.

Beliau juga selalu menaikkan ego kakitangan dengan menyatakan mereka penting, mereka sangat diperlukan, tanpa mereka susah saya nak buat, hanya awak saja yang boleh menyelesaikan tugas ini dan saya bangga dapat bekerja bersama awak. Pujian dan penghargaan ini selalu dibuat dikhalayak ramai. Pendekatan beliau amat membantu meningkatkan prestasi kakitangan. Rasa hormat kepada orang yang mengunakan pendekatan di atas selalunya tinggi.

Rumusan

Guru pernah berpesan jika kita menerima pujian, kembalikan pujian itu kepada Allah kerana Allah sajalah yang layak untuk dipuji. Lawan puji adalah kritik. Anda kena ingat jika anda menunjuk seseorang dengan satu jari, empat jari akan kembali kepada anda. Maknanya kalau anda mengkritik seseorang tidak mustahil anda akan menerima kritikan balik. Artikel saya yang lalu ada menyatakan kekuatan dalam seseorang. Seseorang yang mempunyai kekuatan dalam yang hebat tidak akan menghiraukan kritikan sekira apa yang dibuatnya adalah untuk kebaikan semua. Apa yang benar akan diketahui oleh orang juga walaupun bukan pada masa sekarang. Kita akan mendapat balasan penghargaan dan pujian. Anda kena ingat ikhlas membuat sesuatu dan niatkan kerana Allah. kalau kita tidak dapat balasan di dunia tetapi pasti ada di akhirat. Jika mereka membuat dengan cara yang konsisten dan ikhlas anda akan menjadi pemimpin yang hebat.




Share this article :

0 comments:

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger