Anda semestinya nak berjaya dalam kerjaya. Salah satu kemahiran yang diperlukan adalah menguasai orang penting. Anda mungkin diberi peluang menjadi ketua atau bercita-cita nak jadi ketua. Ayuh teruskan bacaan anda. Saya akan ceritakan tip menjadi pemimpin yang dapat menguasai orang penting. Sebelum kita mula. Kenapa anda kena menguasai orang penting ini. Anda jangan lupa kerjaya anda amat bergantung kepada sejauh mana anda dapat menguasai mereka.
Kepentingan menguasai orang penting
1. Anda akan dapat mengawal ramai orang.
Anda akan dapat mengawal ramai orang melalui orang penting ini. Seseorang pemimpin yang hebat seperti Nabi Muhamad berjaya mengawal orang penting Mekah seperti Siti Khadijah, Saidina Abu Bakar, Saidina Omar, Saidina Osman, Saidina Ali dan ramai lagi. Mereka sanggup berkorban untuk baginda. Kehebatan kerajaan Melaka semasa pemerintahan Sultan Mansyur Shah adalah disebabkan dapat menguasai Bendahara Tun Perak yang bijak dan pendekar Hang Tuah yang perkasa. Tun Mahathir Muhamad berkuasa kerana dapat menguasai pemimpin seperti Najib, Abdullah Badawi, Anuar Ibrahim dan ramai lagi. Pehin Seri Taib Mahmud dapat memerintah dengan gemilang di Sarawak kerana menguasai pemimpin berpengaruh dari pelbagai kaum dan etanik di Sarawak. Sekarang anda nampak kepentingan menguasai orang.
2. Anda dapat menjimatkan masa dan tenaga.
Anda seringkali menhadapi masalah tidak cukup masa. Masa itu emas. Adalah penting menguasai orang yang boleh membantu memudahkan dan meringankan tugas anda. Anda memerlukan orang lain bagi membantu anda berjaya. Anda seharusnya segera mengenalpasti orang yang boleh membantu anda. Lebih cepat anda mengenali mereka lebih cepat anda akan berjaya. Tumpukan usaha dan tenaga anda kepada orang penting disekeliling anda. Cepat kenal pasti orang penting ini. Jangan buang masa memberi perhatian kepada orang lain.
Orang penting dapat menjimatkan masa dan tenaga anda untuk mengambil sesuatu tindakan. Anda cuma perlu mengenalpasti orang yang menjadi tunjang yang dapat mengerakkan tindakan anda. Orang tunjang atau orang tonggak selalunya beraksi dan bertindak.
3. Anda akan berjaya mendapat sokongan dan dorongan
Jangan ragu-ragu berjumpa dengan orang penting. Cari peluang untuk bercakap, bersemuka, bertukar pendapat, memberitahu anda kehadiran anda dan anda wujud di dunia ini. Anda lakukan apa sahaja untuk rapat dengan orang penting ini. Buat temujanji dengan mereka. Bawa mereka minum. Bercakap dengan mereka. Orang Sarawak kata selalu "ngabas" iaitu menziarahi. Apabila anda mendapat sokongan mereka kejayaan akan menyusul.
4. Anda boleh menjadi ketua yang hebat
Orang penting ini mempunyai auranya tersendiri. Aura itu akan melekat pada anda jika anda dapat menguasai mereka. Jangan salah faham orang penting ini cuma bos kita. Tidak. No....No. Wujud ramai pemimpin tidak rasmi yang anda kenal di tempat kerja anda. Mereka ini merupakan pengerak kepada sesuatu aktiviti. Mereka boleh jadi pencetus sesuatu perkara atau isu. Mereka mungkin pengacau yang selalu mendatangkan masalah kepada anda. Anda perlu kenal mereka sebelum menguasai mereka. Bagai mana. Teruskan membaca.
Mengenali orang penting
Orang penting adalah adalah orang yang melibatkan diri dengan banyak perkara. Orang ini selalunya menjadi rujukan dan panduan. Orang penting ini mudah mengambilalih ketua dengan mudah. Mereka ini sering melibatkan diri dan bukan penonton kepada tugas. Orang ini mempunyai naluri dan dorongan yang tinggi untuk bertindak, mengerakkan dan menyelesaikan sesuatu perkara atau tugas. Siapa mereka? Anda kena kenal individu ini. Anda kena tahu kenapa orang itu penting. Kegagalan mengenali atau sengaja mengabaikan orang penting menyebabkan kegagalan kita dalam menguasai mereka. Kita juga tidak dapat mengunakan mereka untuk membantu kita.
Ciri-ciri orang penting merangkumi pelbagai aspek.
1. Mereka merupakan penyelesai masalah. Mereka selalunya akan memberi ide yang baik pada masa anda memerlukan. Mereka akan cuba mengenalpasti masalah sebelum sesuatu masalah timbul.
2. Mereka biasanya yang paling menonjol dalam satu kumpulan. Mereka merupakan pemimpin yang sentiasa menjadi rujukan oleh mereka disekililing. Sikap, pembawaan dan cara bercakap mereka begitu berkarisma dan meyakinkan.
3. Mereka sentiasa bersedia, cekal dan tabah membuat sesuatu tugas yang diamanahkan dimana orang lain tidak sanggup memlakukannya. Mereka ini merupakan orang yang diharap oleh ketua.
4. Mereka ini mempunyai daya ingatan yang tajam, ide mereka bernas dan meyakinkan. Sentiasa bersemangat dalam menyampaikan ide. Biasanya ide dia akan diterima dan diikuti oleh semua orang.
5. Mereka mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang. Minat dan gigih dalam mencari ide baru untuk menyelesaikan masalah semua.
6. Mereka merupakan pemimpin tidak rasmi sesuatu kumpulan. Jangan pandang rendah mereka walaupun mereka bukan ketua rasmi. Mereka mungkin pekerja yang lama dan mendapat penuh kepercayaan dari ketua kita. Mereka ini biasa mempunyai hubungan diluar tugas dan mengenali orang atasan. Anda kena kenalpasti siapa mereka ini. Mereka mempunyai hubungan sosial yang terjalin kerana persahabatan lama, sama dalam organasasi , kaitan keluarga, agama atau bermain badminton atau mana-mana sukan bersama ketua kita atau orang penting lain. Orang penting begini wujud. Hakikat inilah yang patut anda terima. Gunakan mereka untuk menyampaikan sesuatu. Ide anda akan sampai kepada pihak atasan melalui orang sebegini. Merekaakan menyampaikan secara tidak langsung apa yang anda mahu. Propaganda juga boleh disebarkan melalui orang begini. Awas gerakgeri anda, percakapan anda. Apa yang penting kerja kena ikhlas. Kalau tidak mereka tahu anda berlakon dihadapan mereka.
7. Mereka merupakan pemikir yang hebat. Orang seperti ini selalunya kreatif dan kaya denga ide baru. Buah fikiran mereka bernas. Biasanya mereka tidak mahu atau tidak memegang jawatan yang penting. Jawatan ini mereka rasa menghalang mereka memberi ide yang bebas dan terbuka.
Cara mempengaruhi orang penting
Anda perhatikan persekitaran kerja anda. Mungkin ada seseorang yang yang akan diminta oleh pekerja mendapat nasihat, bantuan dan kepimpinan. Anda kena mengenalpasti ketua tidak rasmi ini supaya dapat bekerjasama dengan anda. Usahakan supaya orang sebegini menyelebahi anda dan semua yang lain akan ikut secara automatik.
Asas kepada mempengaruhi orang penting adalah kemesraan. Kebolehan anda berkawan dan mudah mesra dengan orang lain memberi kelebihan kepada anda. Semua ini tidak berguna kalau anda tidak mengetahui apakah perkara yang dia mahukan Keinginannya hendaklah di dalami dan difahami. Anda kena mengetahui perkara yang diceritakan, diluahkan dan perkara yang dibuatnya.
Seseorang akan bahagia apabila keperluan fizikal dan rohani mereka dapat dipenuhi. Keperluan fizikal ini seperti makanan, minuman, tempat tinggal, kereta dan pakaian. Keperluan rohani seperti tempat beribdah, keperluan beribadah dan bantuan kewangan untuk aktiviti keagamaan. Keperluan fizikal yang tidak seimbang menyebabkan perasaan tamak. Akan timbul perasaan ego dalam diri mereka. Pengetahuan keperluan fizikal dan rohani ini membantu anda mempengaruhi mereka. Biasanya cara ini tidak tahan lama.
Artikel saya yang lepas dalam blog ini saya menyatakan motivasi intrinsik iaitu apabila kita digerakkan oleh perkara dalaman seperti maktlamat, keghiarahan (passion) dan misi. Ia lebih kuat mempengaruhi orang penting ini. Ini adalah kerana tidak semua orang boleh memenuhi cara pertama iaitu keperluan fizikal dan rohani. Kewangan anda yang terhad menyebabkan anda menggunakan cara kedua ini. Anda boleh gunakan cara pertama dengan memberi jalan dan bantuan kepada mereka dalam memenuhi keperluan fizikal dan rohani.
Seterusnya, mempengaruhi orang penting adalah dengan bertanya keinginan dan bantuan yang dapat anda berikan kepada mereka. Ia adalah perkara yang asas dalam sesuatu perhubungan antara manusia. Ringan-ringankan diri untuk membantu mereka. Kalau mereka ada jemputan kahwin, makan selamat atau hari jadi pergilah menzirahi mereka. Kalau mereka sakit pergi ziarah mereka di hospital atau rumah. Percayalah ini dapat mambantu anda. Mereka bukan nak duit anda tetapi mereka nak perhatian dan ingin merasa mereka penting. Ada beberapa pekara yang diingin oleh orang seperti pengiktirafan, pujian, kerja yang menyoronokkan, gaji yang adil, kenaikan gaji, perhatian, mengatasi masalah peribadi, suasana kerja yang baik dan jamian kerja. Mungkin tidak semua yang dapat anda penuhi kerana polisi Jabatan dan Syarikat tetapi mereka nampak anda cuba membantu dan menyelesaikan. palaing kurang yang anda dapat lakukan adalah mendengar rintihan dan masalah mereka.
Seni Bertanya dan dapat maklumat
Anda kena bertanya kalau nak tahu keinginan seseorang. Anda tidak akan dapat, saya ulangi tidak dapat tahu keinginan sebenar dimajlis rasmi seperti mesyuarat yang dihadiri oleh ramai pekerja atau pemimpin. Mereka akan berwaspada bercakap dan anda tidak dapat mengesan keinginan sebenarnya mereka. Mereka akan bercerita perkara yang ingin anda tahu sahaja. Anda kena jumpa orang penting ini secara tidak rasmi. Ambil peluang perjumpaan secara kebetulan atau tidak sengaja untuk bertanya dan mendengar luahan hati mereka. Ketika bersalam dengan orang penting seperti ini pastikan anda melihat pada wajahnya. Mata jangan lihat kepada orang lain. Tunjukkan anda benar-benar menghargai perjumpaan itu.
Jadilah pendengar yang baik. Anda kena banyak sabar. Anda kena tahan keinginan anda nak memberi komen atau cerita. Ingat anda nak dengar cerita bukan nak bercerita. Tunjukkan minat dengan mikik muka, pandangan mata, gerak tubuh dan bahasa badan yang anda tahu. Beri respon dengan perkataan mudah ya atau menangguk kepala. Tunjukkan anda bersamanya bukan ditempat lain. Tanya soalan yang berkaitan dengan keinginan dia. Timbulkan rasa penting orang yang sudah penting ini. Naikkan egonya dan anda kena ikhlas. Gunakan pendekatan 5 W. Who? What? When? Where? Why? Ia dapat membantu anda bertanya soalan yang khusus. Pendekatan 5 W ini biasa digunakan oleh pegawai penyiasat yang menyoal saksi. Seorang penjual seluar jean pernah bercerita pada saya tantang telatah pelanggannya. Pelanggan membawa balik seluar jean mengadu bahagian pinggang kecil. Peniaga bertanya soalan - soalan yang berkaitan. Peniaga telah dapat mengenalpasti keinginan pelanggan ini untuk diet. Ya, keadahnya jelas melihat kepada rupa fizikal atau situasi semasa dan bertanya soalan yang tepat. Pelanggan itu bersetuju saranan peniaga supaya seluar jean menjadi ukuran kepada saiz pinggang yang ideal untuk pelanggan tersebut. Nampak tak kehebatan mengatahui kehendak dan keinginan seseorang.
Fokuskan 3 perkara ini a) Apa yang anda ingin tahu b) Soalan yang membuat dia terasa penting c) Soalan yang dapat mengatahui maklumat dan keinginan dia. AWAS: Jangan bertanya soalan yang menyebabkan perselisihan. Dapatkan ide dia dulu. Jangan komen ide dia. Ingat maktlamat anda ingin mendapat maklumat keinginan orang penting. Perselisihan akan memburukkan keadaan. Gunakan kemahiran pendekatan perunding anda. Pendekatan perundingan adalah skil yang baik iaitu membantu mendapat apa yang mereka mahukan. Bertolak-ansur buangkan ego anda. Ingat ego anda akan merugikan anda. Biarlah "win win situation" kalau ada perkara yang bercanggah antara anda dengan orang penting. Dr. Fadzilah Kamsah menyatakan berundinglah dengan kepentingan bukan jawatan.
Rumusan
Setelah anda tahu apakah keinginan orang penting dengan seni bertanya. Anda dapat mengatur strategi untuk membantu dia mencapai keinginan beliau. Pertanyaan yang tepat memberi tindakan yang sesuai untuk menguasai orang penting ini. Menguasai orang penting menyebabkan anda berjaya dalam kerjaya, politik atau tugas. Semua orang mahu di sayangi, dihormati dan ingin merasa mereka penting. Anda kena jujur dan ikhlas membantu mereka mencapai maktlamat hidup mereka. Secara automatik orang penting ini akan mendorong kejayaan anda. Selamat berjaya.
0 comments:
Post a Comment