Kisah Pengembaraan Ibnu Batuttah

Membaca buku pengembaraan Ibn Batuttah sebanyak 868 mukasurat merupakan pengalaman yang paling menyeronokkan. Buku ini penuh dengan tauladan. Cerita yang dibaca cukup menarik tentang pengembaraan beliau ke seluruh dunia. Apa yang membuat saya terpukau dengan ilmu botani iaitu ilmu tentang tumbuhan sungguh menarik. Beliau dalam buku ini mengambarkan bagai mana rupa pokok kelapa dari daun hingga ke buahnya. Saya sebagai seorang forester, saya merasakan cara dia mengambarkan daun, batang dan buah cukup ilmiah. Dalam blog saya ini saya akan cuba ceritakan bahagian yang menarik yang mungkin belum pernah didengar atau diceritakan oleh siapa sahaja.

Pengembaraan ibn Batuttah dilakukan pada 704 – 779 H./ 1304 - 1377 M. Dalam banyak negeri yang beliau singgah, saya amat tertarik dengan pengembaraan beliau ke negeri China. Saya rasa bagi seorang yang tidak pernah ke China di zaman itu akan merasa dia berada bersama Ibn Batuttah. Dalam buku ini Peking dinamakan Kota Khan Baliq, Sin-al-Sin adalah Kanton atau kini Guangzhou. Beliau menceritakan kualiti buah-buahan yang ada di sini jauh lebih baik dari buah dari lain lain tempat. Kincir air banyak dari yang ada di mesir, gula juga kualiti tinggi, Ayam disini besar. Keistemewaan China adalah tembikarnya yang cantik.

Pada masa itu negeri China menggunakan wang kertas sebesar tapak tangan dan dicop dengan cop mohor raja. Kalau terkoyak pemilik boleh menukar dengan wang baru di kilang memproses wang. Penduduk China menggunakan sejenis tanah sebagai ganti arang batu. Ia boleh dipotong berkeping-keping untuk dibakar. Apa yang istemewanya apabila menjadi abu mereka akan mencampurkan dengan air lalu dikeringkan dan boleh digunakan semula untuk memasak.

Orang China di zaman itu mempunyai satu sistem pengenalan diri yang canggih untuk mengesan pendatang asing. Kemahiran mereka melukis amat menajubkan. Ibnu Batuttah dan sahabatnya memasuki kota dan mereka mendapati wajah mereka telah dilukis di atas kertas dan dipamirkan di bazaar-bazar. Ia merupakan adat penduduk China melukis setiap orang yang lalu dihadapan mereka. Ia adalah satu cara mereka mengenalpasti orang-orang yang membuat kesalahan. Gambar ini akan dikirim ke seluruh negeri, sesiapa yang menyerupai gambar itu akan ditangkap.

Adat yang diamalkan oleh Orang China pada masa itu, apabila jong hendak belayar. Penguasa laut serta jurutulis akan naik ke atas jong dan mencatatkan nama orang yang akan bermusafir. Apabila mereka balik semula ke China mereka akan membandingkan nama-nama yang ada dalam senarai mereka. Juragan akan memberi alasan seperti mati dan hilang. Pemilik akan menyenaraikan secara terperinci semua barang yang ada di dalam jong. Kalau penguasa laut mendapati mereka cuba menyorok barang . Semua barang akan dirampas dan menjadi harta perbendaharaan.

Orang China memberi perlindungan yang amat baik kepada semua musafir. Sistem pentadbirannya menjamin keselamatan musafir. Seorang pegawai dan juru tulis akan datang sebelah malam ke asrama menulis nama semua musafir sebelum mengunci pintu. Nama mereka akan dipanggil semula pada subuhnya. Surat ini akan digunakan oleh penunjuk jalan untuk ke destinasi ke 2 para musafir. Surat ini akan disahkan oleh pegawai diperhentian ke 2 tadi sebelum dibawa balik. Ia adalah untuk memastikan keselamatan musafir. Amalan ini di buat di setiap perhentian dari Kota Khan Baliq ke Sin-al-Sin.

Inilah kisah ringkas yang dapat diceritakan tentang ke temadunan Negeri China dan tentang penduduknya.

Bersambung…..

Share this article :

0 comments:

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger