Pandangan mata ketika itu amat buruk sekali ditambah pula dengan kesesakan jalan. Suasana itu berubah apabila kerajaan memindahkan ramai peniaga ke Tapak Sukma Ria. Suasana menjadi lebih selesa. Tiada kesesakan lalu lintas. Kini hanya tinggal dua gerai yang masih buka. Ada positif usaha DBKU menempatkan peniaga ini ke tapak baru ini. Namun ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Kalau kita fikirkan secara positif, jalan ini merupakan jalan protokol bermaksud ramai orang luar atau pelancong akan melihat keadaan yang tidak menentu ditepi jalan. Mereka akan fikir bagaimana mereka nak melabur di Sarawak sedangkan orang peribumi dibiarkan berniaga ditepi-tepi jalan. Bagaimana mereka nak jaga kita orang luar sebagai sebagai pelabur. Ini mungkin yang diperkatakan oleh mereka.
Selepas pilihanraya Datuk Abang Johari dan Ahli Parlimen YB. Hj Fadillah Yusuf memberi teguran kepada DBKU kerana mengunakan cara yang kasar menghalau peniaga tepi jalan ini. DBKU telah diminta menggunakan pendekatan yang lebih berhemah dalam menangani isu ini. Dalam pilihanraya lalu BN telah dikritik hebat oleh pembangkang. Mujurlah isu ini tidak menyebabkan BN kalah dikawasan Dun Samariang.
Benarkah Perasaan Hasad Dengki (PHD) Melayu adalah tinggi. Kalau kita amati penjual-penjual nasi ayam di Jalan Sultan Tengah. Setelah mereka bersaing satu demi satu tutup kedai. Ada yang tutup bukan kerana DBKU, tutup kerana tidak dapat bersaing. Saya nak memberi contoh peniaga China yang membuat perniagaan di Servis Kereta di Jalan Gita. Mereka saling bekerjasama sekiranya sesuatu servis tidak ditawarkan mereka akan suruh kita ke kedai sebelah.
Peniaga Cina yang menjahit pakaian di kawasan kedai Carpenter Street tidak ada kita lihat yang golong tikar. Ini adalah kerana mereka mengambil upah menjahit pakaian daripada kedai yang ternama di beberapa pusat membeli belah di Kuching.
Roti Gardenia ada diedarkan sekejap di Sarawak dan berhenti setelah mendapat bantahan dari Persatuan Peniaga Roti. Kini ada juga roti tapi harganya mahal dari roti tempatan. Banyak lagi contoh lain kerjasama mereka.
Dengki disifatkan sebagai penyakit yang perlu di kikis sebelum pembangunan ekonomi orang melayu dapat dirancanakan. Pardana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi mahu masyarakat melayu melaksanakan jihad ekonomi. Ia dapat membantu bangsa itu sendiri dalam usaha membangkitkan kekuatan ummah. Beliau juga menyeru Syarikat melayu mewujudkan rangkaian bagi membantu bangsa sendiri seperti dalam pemasaran dan pengedaran. Seminar Budaya Melayu IV, 2003 Datuk Abang Hj Abul Karim Tun Abang Hj Openg menggunakan istilah jaringan kerjasama dan pakatan. Beliau menyeru bumiputera membuat jaringan kerjasama dengan dikalangan mereka dan juga dengan bukan bumiputera.
Yayasan Budaya Melayu Sarawak dalam beberapa seminar telah menyarankan kerjasama antara Syarikat-syarikat Melayu. Adakah kerjasama ini wujud? Biasanya ia akan wujud apabila keadaan terdesak. Melayu akan bersatu apabila kepentingan mereka terjejas. Ini adalah hakikat yang nyata.
Datuk Abang Abdul Rahman Zohari dalam seminar yang sama, mengariskan tiga cabaran orang Melayu mesti buat iaitu menerima perubahan, mengenalpasti masalah, berani mengambil langkah-langkah yang mungkin bercanggah dengan budaya sendiri.
Adakah Melayu Sarawak hanya akan hanya menjual Nasi Ayam di tepi jalan diera globalisasi ini dimana dunia dikuasai oleh sekumpulan Syarikat-syarikat gergasi. Tidak ada jalan lain Melayu Sarawak hendaklah mempersiapkan diri mereka dari segi mental, fizikal, kerohanian dan emosi untuk menhadapi cabaran ini. Perancangan yang bersepadu dan terancang yang boleh mengubah paradigma mereka.
Orang Melayu pernah dicuba oleh anasir-anisar yang tidak bertanggung jawab. Kalau kita ingat beberapa tahun dahulu kes kacang hijau. Heboh satu Sarawak. Seorang budak yang baru lahir di Hospital pandai bercakap menyuruh orang ramai makan kacang hijau sebelum 12.00 tengah malam untuk mengelak penyakit SAR. Orang Melayu yang paling kecoh, membeli kacang hijau sehingga kedai Mamak di Bandar Baru Sameriang kehabisan stok kacang hijau satu guni. Mamak kata kepada saya tidak pernah dalam hidup beliau lihat kacang hijau habis satu malam. Orang Melayu mudah percaya dengan khabar angin ini. Bayangkan kalau isu kacang hijau boleh menyebabkan satu Sarawak kecoh. Kita kena sedar jangan percaya kepada khabar angin. Kabar angin tidak pandai berkata-kata kita yang befikir dan menyelidik. Seorang saintis akan menyelidik dulu hepotisis yang dikemukakan. Selidik dulu apa yang dinyatakan atau disebarkan sebelum mempercayainya.
Agama Islam adalah kekuatan orang Melayu. Islam menekankan nilai-nilai seperti kerjasama, amanah, kejujuran, semangat kejiranan, keadilan dan perhubungan Sosial. Umat Islam hendaklah berpegang kepada Sunnah dan Al Quran untuk menjadi satu bangsa yang maju dan memiliki minda kelas pertama. Orang Melayu memiliki kekuatan budaya yang hebat seperti berbudi perkerti mulia, beradap, semangat gotong royong dan muafakat. Kalau unsur ini digabungkan ia akan menjadikan orang melayu lebih perkasa.
Kini satu demi satu golongan Korperat melayu sudah tumbuh macam cendawan selepas hujan. Ini adalah berkat kepimpinan Ketua menteri yang kita kasihi. Dalam Buku dataniaga 2004, empat orang kaya melayu Sarawak dari dua belas orang terkaya di Sarawak dan 138 orang terkaya di Malaysia. Orang Melayu yang terkaya di Sarawak adalah seperti berikut:-
1) Datuk Abdul Hamed Sepawi memiliki asset RM502.55 juta,
2) Datuk Hasmi Hasan memiliki asset RM 397.57 juta
3) Datuk Sulaiman Abdul Rahman Taib memiliki asset RM221.97 juta dan
4) Datuk Zainal Abidin Ahmad memiliki asset Rm 87.66 juta
Angka ini pasti akan bertambah sekiranya orang Melayu gigih berusaha dan bantu membantu diantara satu sama lain. Perpaduan sahaja akan dapat membawa Melayu Sarawak ke arah kecemerlangan.
0 comments:
Post a Comment