Benarkah Melayu Sarawak lebih Bumiputera?
Perlembagaan Negeri Sarawak mendefinasi Melayu sebagai Melayu “malay as malay” adalah melayu dan mesti orang Sarawak. Ini bermakna siapa yang tidak dilahirkan di Sarawak bukan Melayu Sarawak pada definasinya. Dalam satu Seminar yang di anjurkan oleh Yayasan Budaya Melayu Sarawak 1993, En. Sanib Said, Pengarah Muzium Sarawak telah mengemukakan bukti sejarah yang orang Melayu adalah orang yang lebih bumiputera jika dibandingkan dengan kaum lain.
Beliau menyatakan kisah Datuk Merpati dilembah Sg. Sarawak dengan penubuhan kerajaan pasir kuning iaitu Santubong. Bukti sejarah melalui kajian arkeologi menunjukkan sudah wujud kerajaan Melayu Sarawak di Santubung. Santubong merupakan Kota Perlabuhan yang penting seawal kurun ke tujuh. Kerajaan ini jatuh ke tangan Kesultanan Melayu Brunei pada abad ke 17. Sultan Brunei telah melantik adindanya Pengeran Tengah menjadi Sultan Sarawak Darul Hana. Beliau ke Johor dan di panggil Sultan Sambas.
0 comments:
Post a Comment