Home » » Dilema Pegawai Baru

Dilema Pegawai Baru

Anda pegawai baru menghadapi dilema menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan. Atau anda baru keluar universiti dan mendapat pekerjaan amat bernasib baik. Atau anda berpindah ke bahagian baru atau pejabat baru. Tip-tip pemimpin hebat yang saya beri dalam minggu lalu diharap dapat memberi sedikit keyakinan kepada anda. Tidak ada rugi kalau mencuba, bukan. Tugas anda sebagai seorang pekerja tentunya mengurus. Anda kena jelas perbezaan di antara pemimpin dan pengurus. Pengurus mahu kerja disiapkan. Pengurus melibatkan kerja dangan benda. Pemimpin adalah mereka yang merancang, mendorong, mengatur stretegi. Anda juga boleh mempraktikkan macam mana mengesan, mengenali dan ciri-ciri orang-orang penting dalam pejabat anda. Kenapa mereka penting? Semuanya telah saya bincangkan dalam artikel lalu. Teknik untuk mempengaruhi mereka juga dinyatakan. Mungkin ada cara lain yang dapat difikirkan. Anda yang baru bertugas akan dapat bersedia menghadapi tugas yang mencabar ditempat baru. Kerja dan manusia. Saya harap pengalaman dibawah akan dapat dikongsikan bersama. Politik pejabat walaupun anda tidak suka, anda kena tahu pendekatan membuat pertahanan dan menyerang. Sediakan payung sebelum hujan.

Sebagai orang baru anda bersemangat. Anda akan menjadi perhatian semua. Sentiasa ada mata yang akan melihat anda, berminat bertanya, berminat mendekati dan tidak kurang juga yang tidak peduli. Saya faham perasaan tersebut sebab saya pernah merasanya. Apa yang harus anda buat? Anda hendak bekerja. Anda perlukan kekuatan dan bantuan untuk melangkah lebih jauh. Anda tidak mahu menjadi seorang pekerja yang hanya membuat kerja atau mengurus. Balik rumah dan esok sambung lagi kerja yang sama, begitulah sehingga anda bersara. Sambil bekerja apa salahnya anda membina pengaruh. Anda tentu hendak menjadi seorang yang berpengaruh dan boleh mempengaruhi orang. Kawan saya yang mempunyai gaji lebih RM10,000 bekerja dengan sebuah Syarikat Minyak di Bintulu. Gaji yang besar tidak menjamin kepuasan. Saya masih ingat kata-katanya. Pada satu masa nanti duit banyak dan gaji besar tidak menjadi begitu penting. Pada masa itu anda perlukan pengaruh dan kuasa.

Sesuatu kerja yang diminati tentu menyebabkan kita bekerja tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Gaji adalah hak kita. Kalau kita ikhlas bekerja dan mempunyai maktlamat jelas insyallah anda akan berjaya. Banyak persediaan yang harus kita buat sebelum berjaya. “Belajar dan baca” dua perkataan yang diucapkan oleh ketua saya bila mula-mula bekerja di sebuah jabatan kerajaan di Sarawak. Pada masa itu saya merasa saya paling bersemangat nak bekerja. Bagaimanapun bagi yang belum menempuh alam pekerjaan atau bertukar tempat baru. Artikel ini diharap dapat membantu dan meleraikan delima sebagai pekerja baru.

Anda akan diberi tanggungjawab oleh ketua. Buktikan kepada mereka, mengambil anda bekerja tidak merugikan. Apa yang penting keinginan mahu belajar suatu yang baru. Apa yang anda belajar di Universiti, Kolej atau Politeknik tidak semestinya sama dengan tugas anda sekarang. Kalau yang bekerja dalam bidang masing-masing anda amat beruntung. Dengan membaca artikel ini, anda akan mendapat berkongsian pengalaman. Anda dapat mengetahui apakah perkara penting yang harus anda buat dan ketahui sebelum memulakan tugas. Anda akan diterangkan apa yang perlu anda buat sebelum anda mula bekerja dan semasa ada bekerja ditempat baru. Anda diberitahu bagaimana cara dan dimana nak mendapat maklumat. Jadi anda kena teruskan membaca.

Sebelum melapor diri

Fasa ini adalah satu peringkat anda mengumpul maklumat tentang bahagian baru atau tempat kerja baru anda. Maklumat yang penting adalah.

  1. Dimana lokasi anda bertugas.
  2. Bahagian mana anda akan bertugas
  3. Bagaimana anda nak pergi ke sana
  4. Berapa orang pekerja yang ada. Bangsa pekerja juga perlu anda ketahui. Ini untuk menyediakan pemikiran anda. Saya memberi contoh ramai di antara pekerja adalah dari bangsa Cina. Anda kena ketahui apa yang orang cina tidak suka. Bagaimana anda nak menjalin hubungan rapat dengan mereka.
  5. Jumpa dengan mereka yang boleh memberi gambaran tepat tentang suasana dan keadaan tempat kerja baru anda. Contoh pandang sahabat yang mengenali bakal bos kita adalah seorang yang “ kerja ikut buku”.
  6. Pakaian yang sesuai yang harus anda pakai semasa bertugas. Kalau di suatu pejabat baru menggunakan baju Melayu pada hari Jumaat. Anda kebetulan melaporkan diri pada hari Jumaat. Hebatkan hari pertama anda sudah nampak sudah pandai menyesuai diri dengan mereka. Begitu juga sebaliknya.

Maklumat ini penting sebagai persediaan awal mental anda. Persediaan awal ini penting supaya ada tidak terkejut dengan budaya kerja ditempat baru anda. Mungkin budaya kerja ditempat baru anda tidak sama dengan tempat yang anda pernah kerja atau membuat kerja praktik dulu.

Semasa Melaporkan diri

Semasa melaporkan diri gunakan pakaian yang sesuai. Bawalah dokumen yang diperlukan untuk melapor diri. Jumpa dengan pegawai yang berkenaan. Ada tidak perlu risau tentu ada ramai yang ingin membantu. Rasa rendah diri semasa melapor kali pertama di tempat kerja baru adalah perkara biasa. Perasaan ini biasa menyebabkan anda kurang selesa.

Semasa Bertugas

a. Berkenalan

Minggu pertama adalah masa untuk berkenalan. Kenalkan diri anda kepada semua orang. Ketua unit anda mungkin memperkenalkan diri anda kepada rakan sekerja. Selepas itu terpulang kepada anda. Kalau tempat kerja anda luas dan banyak bahagian atau unit pasti mendatangkan masalah kepada anda. Langkah seterusnya ambil kesempatan berkenalan ditempat mereka selalu orang berkumpul seperti bilik rehat atau bilik Kopi dan kantin. Gunakan masa rehat di tengahhari contoh selesai solat untuk mengeratkan perhubungan. Tunjukkan kemesraan anda. Kenalkan diri anda dengan menyebut nama anda. Sebutlah nama yang mudah diingat kalau nama anda panjang. Mereka biasanya lupa kalau anda sebut nama yang panjang. Tak apa nanti mereka akan tahu nama anda juga. Dr. Fazley Yaakob penasihat mortivasi AF 4, dalam Berita Harian 23.6.06 menyatakan keakraban menjadi benteng membina kekuatan dan keyakinan diri. Apabila anda sudah mengenali mereka anda akan dapat bekerja dengan lebih baik. Bantuan mudah anda dapat kalau mempuyai ramai kawan.

b. Kepentingan maklumat

Maklumat diera globalisasi ini umpama emas dan kuasa. Banyak sumber maklumat yang anda boleh dapat. Maklumat hendaklah di tapis dengan betul. Ada kena ada beberapa orang yang dapat mengesahkan maklumat -maklumat ini. Jangan malu bertanya kepada orang yang lebih pengalaman. Tidak kira siapa walaupun mak cik tukang cuci pejabat, driver bos, budak pejabat atau pembancuh kopi di pejabat anda. Mereka ini penting untuk anda mengumpul maklumat. Budak pejabat biasa mengetahui tabiat dan perangai orang yang dipejabat termasuk bos anda. Pembancuh kopi tahu apa yang disukai oleh bos atau rakan pejabat anda. Mungkin ada makanan yang disukai oleh mereka. Mereka lebih mengetahui kerana telah lama bertugas di pejabat itu. Cuba dapatkan apa sahaja maklumat. Terima sahaja maklmat tersebut. Maklumat yang harus dikumpul adalah seperti berikut:

  1. Maktlamat tentang Jabatan, pejabat dan syarikat, termasuk budaya kerja, cara sesuatu kerja dilakukan dan suasana pejabat sebelum ini.
  2. Pendapat tentang sikap dan perangai rakan sekerja anda.
  3. Kenal pasti pekerja bermasalah dan pekerja cemerlang.
  4. Masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja.
  5. Perkara yang boleh dilakukan dan tidak.
  6. Kes - kes displin yang telah dibuat oleh orang yang terdahulu.
  7. Pengiktirafan yang diberi
  8. Siapa yang paling berpengaruh selain bos kita.
  9. Cara penyelesaian masalah yang biasa dibuat dipejabat kita.

Kenapa perlu mengumpul maklumat ini. Saya akan terangkan nanti. Ada kena tahu maklumat disekeliling untuk menjadi seorang yang hebat dan dikagumi. Maklumat yang dikumpul membolehkan anda mengatur langkah untuk mencapai maktlamat anda. Masalah, isu kerja dan penyelesaiannya kena dibincangkan secara tidak formal dahulu dengan rakan-rakan. Ini akan menambah kehebatan anda pada pandangan ketua kalaulah pendapat anda diminta nanti. Maksudnya anda telah memikirkan isu dan masalah yang bakal timbul sebelum ia menjadi hangat dan perlu penyelesaian. Kalau anda boleh menyelesaikan masalah ini, tawarkan bantuan anda kepada bos. Bos anda semestinya ada banyak kerja lain yang hendak dibuat. Tugas anda adalah untuk memudahkan kerja bos. Bukan menyusahkannya. Saya pernah menawarkan diri menyelesaikan masalah pekerja-pekerja Islam di pejabat saya. Cuma 38 Melayu Islam daripada 120 orang pekerja dipejabat saya. Masalah tidak tempat surau yang selesa, masalah displin kakitangan, masalah hubungan dengan pekerja lain agama hingga ke masalah keluarga. Walaupun bukan bidang tugas anda. Anggap mereka sebagai keluarga anda. Masalah mereka dikongsikan bersama. Menjaga dan mengawal manusia ini merupakan suatu yang tidak mahu dilakukan oleh ketua kita. Mereka tiada masa. Mudahkan kerja mereka. Buatlah sesuatu aktiviti yang boleh membuat anda berkumpul bersama rakan-rakan sekerja. Semasa di pejabat atau diluar waktu pejabat. Kalau anda sudah biasa mengendalikan masalah. Anda dapat merasakan 50% daripada mereka boleh menyelesaikan masalahnya sendiri. Maksudnya kebanyakan dari mereka nak kita dengar bukan nak kita selesaikan masalah. Jadilah pendengar yang baik. Cuba gunakan orang yang penting yang dihormati membantu anda. Mereka telah lama bersama pekerja bermasalah ini. Tidak perlu saya bincangkan di sini. Tunggu dalam artikel akan datang cara menyelesaikan pekerja bermasalah. Anda kena selalu bertanya khabar mereka. Ambil berat tentang masalah kebajikan mereka. Bantu mereka menyampaikan masalah kepada ketua anda. Gunakan saluran yang betul. Ingat ketua kita tidak suka dikritik. Mereka tidak suka orang yang pandai-pandai atau terlalu pandai dari mereka. Ingat, gunakan pendekatan ide ini bukan ide anda tapi ide bos. Mainkan ego mereka. Jangan lebih-lebih. Serdahana.

Bagaimana nak dapatkan maklumat

Kemahiran mendapatkan maklumat adalah bergantung kepada keupayaan kita mendekati mereka yang bermaklumat. Banyak cara untuk mendapatkan maklumat. Perkara asas adalah bertanya. Hadir pada majlis rasmi dan tidak rasmi. Bertanya, cerita, dengar dan analisa. Perkara penting anda kena pandai dan tahu gaya percakapan pemberi maklumat. Cakaplah perkara yang dia minat. Tunjukkan anda berminat dengan apa yang dia cakap. Layan dan dengar. Kalau dia seorang yang pro bos atau tidak anda kena tahu sebelum bercakap. Ikut arah angin yang bertiup. Ini akan membantu anda mendapat maklumat yang anda inginkan. Apabila seorang seronok bercerita dan bercakap dia akan lupa anda hendak maklumat. Ada juga yang pandai simpan. Jangan cantas atau hentikan percakapan semasa dia seronok bercakap. Tahankan keinginan diri anda dari memberi sebarang komen. Ingat anda bukan yang nak bercerita tapi nak dapat maklumat. Maklumat pekerja, sikap orang , kekuatan dan kelemahan mereka juga anda kena dapatkan. Ia penting bila anda nak buat pertahanan pada diri.

Seorang yang leser atau pedas bila berkata-kata, kawan bos, sahabat bos yang sama bermain badminton atau golf. Apabila anda tahu sikap mereka anda akan berhati-hati kalau nak membuat kritikan. Mereka ini biasanya mengunakan pendekatan membangkang bos. Pendekatan negetif ini biasanya boleh membuat anda terperangkap dan mereka ini akan menjadi batu api untuk melagakan anda dengan bos anda. Cara paling selamat jangan kritik terbuka. Pada peringkat ini tidak perlu anda mempunyai perisik. Mungkin mereka menjadi perisik anda tanpa mereka sedari. Kecekapan mendapatkan maklumat penting akan menyebabkan anda sentiasa bersedia.


Anda kena ada kemahiran mengurus manusia dan kerja. Anda jangan lemah semangat bila diberi suatu tugas yang tidak pernah anda buat. Janganlah menjaja kelemahan anda tidak tahu membuat itu dan ini. Ingat, anda boleh buat. Latihan anda di Universiti atau Kolej telah mengajar anda membuat sesuatu kerja dari tidak tahu atau kosong kepada sesuatu hasil kerja untuk dihantar kepada pensyarah. Kejayaan anda mengesan orang penting disekililing tempat kerja anda akan membuat kerja anda bertambah mudah. Cuba wujud suasana mesra dengan mereka. Kenalpasti apa yang mereka suka. Cuba rapat dengan mereka. Pengaruh dan kuasa tidak akan datang dengan sendiri. Kalau diberi peluang membuat sesuatu yang dianggap tidak berkaitan dengan tugas seperti booking padang futsal. Anda tawarkan diri. Masa awal kerja anda kena menjadi seorang yang boleh buat apa sahaja yang orang lain tidak sanggup buat atau tidak ada masa nak buat. Anda kena jadi pengikut yang baik sebelum menjadi ketua yang berpengaruh atau pemimpin yang hebat. Cuba permudahkan kerja ketua anda jangan menambahkan lagi masalah mereka. Kalau ada di antara rakan sekerja yang ada masalah cuba bantu. Ingat! Mungkin ada yang nak mengambil kesempatan.
Share this article :

0 comments:

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger