Home » , » Betulkah Sarawak merdeka pada tahun 1851?

Betulkah Sarawak merdeka pada tahun 1851?

Buku ini amat menarik bukan kerana penulis Tuan Hj. Hasbie Sulaiman sama kampung dengan saya tetapi banyak fakta tentang Sarawak yang membuat saya teruja untuk menyatakan di sini. Saya tidak berkesempatan bertanya kepada beliau tentang fakta tersebut.

Menurut buku yang bertajuk Perjuangan Anti-Cession maklumat tentang kemerdekaan Sarawak diperolehi beliau dari catatan Antony Brooke, bekas raja muda Sarawak. Menurut buku tersebut pada halaman 81

“Pada tahun 1851 Sarawak telah diitiktiraf oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai sebuah negeri yang merdeka dan dalam tahun 1863 kerajaan British pula telah memberi pengiktirafan seperti itu”

Sarawak asalnya adalah tanah jajahan Sultan Brunei diserahkan oleh Raja Muda Hashim kepada James Brooke kerana membantu beliau mengamankan Sarawak. Kawasan yang diserahkan tidak sebesar Sarawak sekarang. Kawasan tersebut adalah sebahagian Dearah Kuching sekarang ini.

Walaubagaimanapun tidak ada dokumen di sertakan dalam buku tersebut tentang kemerdekaan Sarawak. Sesiapa yang berminat tentang penyerahan Sarawak dari pemerintahan Rajah Putih kepada Inggeris bolehlah membaca buku ini. Saya boleh bantu anda membeli buku ini hubungi saya happysus@gmail.com atau hubungi terus kepada kedai.

My Bookstore Sdn. Bhd.
1st Floor, Lot 234 Wisma Anza,
Jalan Haji Taha
93400 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.

Tel: +6082-416606, 429367
Fax: +6082-237952
E-mail: mybook@tm.net.my
Website: http://www.my-bookstore.com.my

Share this article :

0 comments:

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger