Siapa Ganti Ketua Menteri Sarawak?
Siapalah saya nak bercakap tentang YAB Pehin Sri Dr. Abdul Taib Mahmud. Pada malam sebelum membuang undi, pilihanraya Sarawak bulan lepas, saya berkesempatan berjumpa sepupu kepada Pehin Sri.
Semua secara kebetulan. Kebetulan minum dengan 2 orang kawan di gerai Pyan di Kampung Boyan. Mal salah seorang kawan saya kenal dengan Pak Cik Mat (bukan nama sebenar). Mal berbisik kepada saya, Pak Cik Mat adalah sepupu betul-betul sebelah ibu Datuk Taib. Masa Datuk Arip, adik kepada Datuk Taib meninggal Pak Mat yang angkat bahagian kepala sewaktu masuk dalam liang-lahat. Inilah cerita yang kami dengar dari mulut beliau pada malam tersebut.
Saya tidak akan lepaskan peluang bertanya soalan yang sering bermain difikiran ini. Pemikiran Tok Uban. Nama Tok Uban selalu bermain di mulut Pak cik Mat. Inilah nama yang sering digunakan oleh rakyat untuk merujuk kepada Pehin Sri. Mungkin ada yang dapat kita kongsi bersama. Soal yang yang tanya beliau.
Soalan :Apa yang Pak cik Mat dapat katakan tentang Tok Uban. Jawapannya pendek sahaja. Perfectionist dan brilliant.
Beliau mengakui yang Tok uban seorang yang perfectionist. Percakapannya sesekali lahir nada kekecewaan. Beliau telah membawa diri lari ke Kuala Lumpur membuka perniagaan restoran. Tapi komen tentang Tok Uban seorang yang perfectionist dan brilliant memang ikhlas daripada gerak matanya.
“Apa yang dimaksudkan dengan perfectionist” saya tanya.
Tok Uban kalau nak membuat sesuatu kerja memang nak yang sempurna. Tak suka kerja cincai kata cina. Semua mesti nampak sempurna. Itu keistimewaan yang ada pada beliau. Patutlah Sarawak dapat maju seperti sekarang bisik hati ku. Sebab ada pemimpin yang perfectionist.
Brilliant yang dimaksud oleh Pak Mat adalah beliau seorang yang bijak sejak dari kecil. Beliau seorang yang kuat belajar. Ini perakuan di buat oleh Pak Cik Mat.
“Apa lagi” saya tanya. “Sejak dari kecil saya sudah bermain dengan Tok Uban dia seorang yang suka berdebat. Yalah berdebat tentang apa sahaja”. Katanya. Apa yang paling dia suka adalah selesai berdebat kita minta dia yang membuat keputusan atau kata putus. Ini yang paling dia suka.
Apa yang saya nampak Pak Cik Mat bukan suka sangat dengan Tok Uban ni. Pak Cik Mat adalah seorang yang tidak nak mengambil kesempatan. Beliau pernah memarahi anak-anak beliau bila mereka cadang beliau minta tanah dengan Tok Uban. Beberapa kali beliau menyatakan “ seinci tanah aku sik (‘tidak’ dalam bahasa Sarawak) akan minta tanah walaupun aku boleh minta. Cukuplah rumah yang aku beli dengan hasil titik peluh sendiri di Taman Hussin ya”. Katanya.
Teknik yang digunakan oleh Pak Cik Mat iaitu bunyi macam banyak yang beliau tidak puas hati. Nada Pembangkang. Tidak harianlah beliau pernah bekerja sebagai askar. Teknik ini yang biasa digunakan oleh mereka yang membuat risikan.
Dia nampaknya nak nak tengok bering kami, mungkin. Kawan saya pun nampak teknik Pak Cik Mat. Seorang lagi rakan bersama saya adalah seorang pegawai di pejabat tanah Sarawak. Hairan juga beliau macam mana Pak Mat kenal beliau sedangkan tidak pernah jumpa sebelum ini. Kawan saya hairan. Kawan saya tak banyak cakap cuma mendengar. Hebat orang ini bisik hatiku.
Seronok saya bercakap dengan Pak Mat. Soalan seterusnya yang saya tunggu-tunggu nak tanya.
Soalan: Siapa yang akan menganti Tok Uban? Saya menanti dengan hati berdebar jawapannya. Pak Mat ni suruh saya sebut nama yang saya fikir layak. Habis nama menteri Sarawak saya sebut semua tidak betul.
Beliau memberi saya 5 ciri-ciri pemimpin yang akan dapat menganti Tok Uban.
1. Dapat sokongan Kaum Iban
2. Dapat sokongan Kaum Cina
3. Dapat sokongan Kaum Melayu
4. Mempunyai keberanian untuk menyingkir lawan dan kawan.
5. Mempunyai kekuatan ekonomi (wang)
Pak Mat memberitahu saya tunggu. Pada pemilihan PBB akan datang. Orang ini ada dalam Parti PBB. Bukan ahli Dun atau Parlimen. Tapi mempunyai semua keteria di atas ada pada beliau.
Saya cuba memaksa beliau beri tahu. Tapi beliau tidak mahu.
Pada saya tidak ada yang dapat mengatasi kehebatan Pehin Sri. Samalah kita tidak dapat menganti kehebatang Mahathir.
Adakah ini dinamakan perang propaganda.
Ya.lah kita tunggu saja.

0 comments:
Post a Comment