BAGAIMANA MENYELESAIKAN MASALAH EKONOMI UMAT ISLAM

Tun Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Wawasan 1440H Bank Pembangunan Islam (IDB) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Pengerusi Lembaga Gabenor IDB. Tun telah memberi kenyataan bahawa tugas ini adalah tugas yang berat dan mengerunkan. Tugas beliau adalah merumuskan rancangan terperinci ekonomi jangka panjang dunia Islam sepanjang 15 tahun anak datang. Ia juga merupakan tugas yang berat kerana berhadapan dengan banyak orang, bangsa yang tiap satunya mempuyai maslah tersendiri. Terdapat 15 billion umat Islam di dunia dari 57 negara anggota persidangan Islam. 17 buah negara dikategorikan dibawah ‘ Pembangunan Insan rendah’ oleh Rancangan Insan Rendah’ oleh Rancangan Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP). Enam negara paling mundur di dunia adalah negara Islam. Tun Mahathir menyatakan kita hendaklah membimbing mereka melakukan sesuatu. Meminta atau menyuruh mereka meningkatkan keupayaan mereka sendiri adalah tidak memadai.

Pada zaman Rasulullah, seorang lelaki dari kalangan Ansar datang meminta bantuan. Rasulullah meminta lelaki tersebut membawa barang yang ada pada beliau iaitu bekas miniman dan sehelai kain kasar. Rasulullah pun melelong barang tersebut kepada sahabat dengan harga dua dirham. Wang tersebut pun diserahkan kepada kepada lelaki Ansar. Beliau menyuruh lelaki tersebut membeli makanan dengan wang satu dirham dan satu dirham lagi untuk mambeli kapak. Rasulullah sendiri yang mengikat anak kapak yang dibeli oleh lelaki Ansar pada sebatang gagang yang dibuat daripada kayu. Rasulullah menyuruh lelaki tersebut mencari kayu api dan menjualnya. Beliau hanya dibenarkan berjumpa Rasulullah selepas lima belas hari. Lelaki tersebut telah mendapat sepuluh dirham hasil dari kerja beliau.

Dalam menangani permasalahan negara islam hari ini kita boleh mengikut kaedah rasulullah.

* Mengenalpasti barangan/ hasil bumi atau sesuatu yang negara boleh tawarkanyang sesebuah negara ada? (bekas minuman dan kain)

* Mencari menawarkan negara-negara luar yang ingin melabur. (Rasulullah melelong)

* Menyelesaikan proses birokrasi membolehkan negara-negara lian melabur. (disuruh membeli sendiri kapak)

* Menyediakan mekanisma membolahkan barangan atau hasil bumi di jual dikeluarkan keluar. (mengikat kapak dengan kayu)

* Menyuruh rakyat negara tersebut terlibat dalam proses berkaitan (mencari dan manjual kayu)

*Memberi tempoh kepada negara ini manyesuaikan dengan pendekatan ekonomi yang baru ini. (Memberi tempoh 15 hari penyesuaian dengan kerja baru)

Share this article :

0 comments:

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger