Saya ingin paparkan kisah yang saya dengar sendiri daripada seorang pekerja Melayu. Ahmad ( bukan nama sebenar ) telah sembilan tahun bekerja dengan Tokei Kedai Roti milik peniaga Cina di Kuching. Kedai roti yang mempunyai lima cawangan di Kuching. Kerja beliau hari-hari bawa lori pindah dan hantar roti dari kedai 1 ke kedai 5. Tiap-tiap kedai membuat beberapa jenis roti sahaja.
Gaji beliau lebih dari RM1000. Apa yang menarik kisah ini? Nanti dulu terus membaca.
Ahmad kata kepada saya, antara 5 orang pemandu lori dia menerima gaji terbesar. Apa yang menarik, di antara seorang pekerja dengan pekarja lain tak tahu berapa gaji rakan mereka. Majikan Cina Ahmad telah membuat peraturan semua pekerja kena simpan rahsia berapa gaji mereka dapat. Dia kata tahun lepas dia dapat bonus 2 bulan setengah. Dia tak tahu berapa bonus pekerja lain.
Dia benar-benar berpuas hati, kebajikan telah dijaga oleh Majikan beliau. Ini yang menarik, pekerja yang membuat kerja yang sama tapi gaji lain-lain dapat bekerja dengan suasana yang harmoni. Apa yang saya nampak pada Ahmad dia mempunyai wawasan dalam pekerjaannya. Katanaya " Abang tahu, pada pendapat saya Kedai Roti tempat saya kerja sekarang dapat mejadi kedai yang lebih maju mungkin 10 tahun akan datang. Saya pasti akan dinaikkan pangkat sebagai ketua pemandu. Kalau ada rezeki". Ahmad telah nampak satu wawasan yang digambarkan oleh majikannya dimasa akan datang. Impian ini menyebabkan Ahmad tekun dan taat kepada majikannya. Apa yang penting dia sayang dengan pekerjaannya.
Nasihat Ahmad , kalau kita tekun dan tidak tipu tokei kita selamat kerja dengan cina. Kalau sekali kita " main taik" mampus dia tidak akan percaya.
0 comments:
Post a Comment