Home » » Singapura juga tuntut Pulau Pisang, Pontian ,Johor

Singapura juga tuntut Pulau Pisang, Pontian ,Johor


Rumah Api di tengah-tengah Pulau Pisang click here


Kedudukan Pulau Pisang dari Pontian, Johor.

Singapura sudah berani menuntuk hak terhadap Pulau Pisang kerana mereka juga mengurus rumah api di pulau tersebut. Kes yang sama menyebabkan mereka mendapat Pulau Batu Puteh. Tentera Laut kita yang menguasai Pulau tersebut tidak boleh singgah di Jeti Pulau Pisang. Ini Pengakuan oleh seorang tentera Laut dalam laman web Lim Kit Siang.

Dalam Parlimen Singapura, Menteri Luar Singapura. yang cuba menyamakan tuntutan terhadap pulau tersebut dengan tuntutan Pulau Batu Puteh.

Ahmad Khalis, MP for Hong Kah GRC asked, "What are the differences to Singapore's position to Pedra Branca as regards to Pedra Branca? My second question; has Malaysia decided to claim any other islands that belong to us besides Pedra Branca?"

Professor S Jayakumar replied; "Let me say upfront Pulau Pisang belongs to Malaysia. We have never disputed Malaysia''s sovereignity over Pulau Pisang but our MPA however has a right to operate the lighthouse there and the plot of land as well as the raod leading to lighthouse has been granted in perpetuaty so long as Singapore operates that lighthouse. It's in an indenture between Johor Sultanate and the Straits Settlements in 1900; so Pulau Pisang we never contested the sovereignty. But Pedra Branca is ours so its ridiculous for Malaysians to say that we can only operate the lighthouse and I might add that in 1968, the Malaysians objected that we fly our flag at Pulau Pisang and we took it down but never objected to flying singapore flag at Pedra Branca.

"Any other claims? The member is asking because press reports in March last year where Berita Harian carried a report by some Malaysian lawyer where it said that Pulau Tekong Kecil was part of Johor but this is important. The very next day, the Malaysian's Foreign Minister publicly denied the claim in Pulau Tekong Kecil and says that malaysian do not wish to create new problem with Singapore by staking new claims and as far as Malaysia is concerned, the only outstanding claim is over Pedra Branca."

Click Here to see more.

Kedaulatan kita sudah mula dipersoalkan oleh Singapura. Saya yakin pihak kerajaan akan berusaha mendapatkan hak ini balik. Apa komen anda?
Share this article :

1 comments:

happysus said...

Pulau Pisang milik mutlak Johor

Oleh JAAFAR AHMAD, Harian Metro, 27/5/2008

JOHOR BAHRU 26 Mei – Kedaulatan dan hak milik kerajaan negeri Johor terhadap Pulau Pisang, yang terletak di luar perairan Pontian dan menempatkan sebuah rumah api yang diuruskan oleh Singapura, adalah jelas, kata Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Menurutnya, kewujudan rumah api di pulau yang berkeluasan 178.4 hektar tersebut adalah menerusi perjanjian di antara Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim dan kerajaan Inggeris.

“Pulau Pisang itu berada di dalam daftar kerajaan dan ia adalah milik kerajaan negeri Johor. Keperluan rumah api itu adalah sekadar untuk laluan perkapalan, syarat itu hendaklah dipatuhi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ijtimak Huffaz Al-Quran Negeri Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata, keluasan rumah api kendalian Singapura adalah kira-kira 0.4 hektar dan republik itu turut dibenarkan membina jeti serta laluan darat ke rumah api bagi kemudahan warganya.

Abdul Ghani mengulas gesaan Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan semalam, yang mencadangkan agar kerajaan merangka segera program pembangunan Pulau Pisang bagi menjamin status kedaulatan negara ke atas pulau itu berkekalan.

Pada masa yang sama, Ahmad turut meminta Kerajaan Malaysia mengkaji untuk mengambil alih pengurusan rumah api di pulau itu daripada Singapura.

Abdul Ghani menjelaskan, Singapura hanya dibenarkan mendirikan rumah api dan laluan hingga ke jeti membabitkan kawasan seluas kira-kira 0.8 hektar.

“Selebihnya adalah hak mutlak kerajaan Johor dan rakyatnya bebas mengunjunginya tanpa gangguan pihak Singapura,” katanya.

Abdul Ghani menambah, berdasarkan perjanjian antara Sultan Johor dan Inggeris, rumah api itu kekal di situ selagi terdapat kapal-kapal menggunakan perairan tersebut.

Menurutnya, Kerajaan Singapura menempatkan empat petugas rumah api sepenuh masa dan mereka ditukarkan secara bergilir-gilir setiap dua minggu.

“Sejak 2001 mereka dikehendaki melaporkan diri kepada Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Laut di Kukup, Pontian setiap kali masuk dan keluar pulau itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Ghani berkata, turut berada di bawah kedaulatan Johor ialah Pulau Tunda dan Pulau Sauh yang terletak berdekatan Pulau Pisang.

Beliau berkata, sebelum ini Pejabat Tanah Pontian telah memberikan kebenaran sementara kepada 82 penduduk Pontian untuk mengusahakan tanaman di pulau tersebut.

“Bagaimanapun, kebenaran ini ditarik balik, tetapi mereka boleh memungut hasil termasuk buah-buahan di pulau itu,” katanya.

Beliau berkata, walaupun dikelilingi batu dan pasir, pulau tersebut berpotensi untuk dibangunkan.

“Namun kita belum mempunyai cadangan konkrit untuk membangunkannya termasuk sebagai pusat pelancongan,” katanya.

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger