Home » , » Buku Singapura Basis Israel Asia Tenggara

Buku Singapura Basis Israel Asia Tenggara

Pada 1 Mei 2008 hari pekerja saya telah ke MPH kedai buku di The Spring, Kuching. Ada diskaun 20% untuk ahli. Saya sempat beli beberapa buah buku. Antaranya adalah buku dalam gambar di atas. Singapura Basis Isreal Asia Tenggara. Bukunya dibaluti dengan plastik. Bila saya baca dalam bahasa Indonesia. Aduh. Susah jugak nak faham. Menarik juga. ya. Penulis buku ini adalah Rizki Ridyasmara.


Kenapa beliau menyamakan singapura dengan Israel adalah kerana Israel dan Singapura terletak masing-masing dikelilingi oleh jiran tertangga yang beragama Islam walaupun rakyat Israel berbangsa Yahudi dan beragama Yahudi dan kebanyakan rakyat Singapura beragama Kristen Protestan dan ramai etenik Cina.

Buku ini juga menceritakan tentang Tokoh Parti buruh Singapura iaitu David Saul Marshall. Marshall seorang Perdana Menteri Singapura yang pertama dan berbangsa Yahudi Ortodoks Iraq.








Menteri Pertahanan Singapura, Goh Keng Swee,1965 menyatakan

Yang boleh mambantu Singapura hanyalah Israel. Sebuah negara kecil yang dikepung oleh Negara-negara muslim tetapi mampu menjadi kuasa tentera yang kuat. Hanya Israel yang mampu membangun ketenteraan yang dinamis di sini” .

Beliau turut memetik ucapan Lee Kuan Yew; From Third Wordl of First Singapore,1963-2000: Building an army from scratch. Pada tahun 1962 atas restu Lee Kuan Yew , Goh, telah terbang ke Bangkok berjumpa Duta Besar Israel bernama Mordechai Kidron. Beliau adalah perancang kepada system pertahanan dan interligent yang hebat. Sejak saat itu mereka kerap berjumpa dicatatkan dari tahun 1962 hingga 1963 untuk berbincang pembukaan kedutaan Israel di Singapura.

Penulis juga mencatatakan Lee Kuan Yew pernah berkata dengan memetik tokoh pujuan iaitu Niccolo Machiavelli iaitu

“Between being loved and being feared, I have always believed Machiavelli was right. Ifnobody is afraid of me, I’m meaningless”

“Di antara dicintai dan ditakuti, saya selalu percaya bahawa Machiavelli benar. Jika tidak ada orang yang takut padaku, aku tidak bererti apa-apa.”

Buku ini juga mencatatkan setelah Stamford Raffles membuka sebuah pos perdagangan di Singapura, sejumlah perdagang Yahudi dari Iraq telah pergi ke Singapura. Populasi yang sedikit seramai 40 orang telah mendirikan sebuah sinagog di kawasan berdekatan dermaga. Yahudi di sini dari Yahudi Sephardim yang berpindah dari Baghdad. Selepas itu Yahudi dari Ashkenazim yang berasal dari dataran Eropah juga ke Singapura.

Pada tahun 1879 jumlah orang Yahudi dicatatkan adalah 172 orang. Dalam tahun 1905 orang yahudi di Singapura dicatakan sekitar 500 orang. Enam tahun kemudian jumlah ini meningkat kepada 600 orang. Pada tahun 1931 bertambah lagi sehingga 832 orang. Pada tahun 1939 jumalah Yahudi berjumlah dua kali ganda iaitu 1500 orang. Di catatkan dalam tahun 2004, jumlah orang Yahudi di Singapura adalah sekitar 300 orang.

Pada tahun 1939, orang Yahudi telah ditangkap dan di tawan oleh Jepun. Ini menyebabkan ramai lari menyelamatkan diri ke Australia, Amerika Syarikat dan Israel.

Ini adalah fakta yang menarik. Pada tahun 1968, Singapura secara rasmi menjalin hubungan dagangan dengan Israel. Pada Mei 1969 hubungan diplomatic antara dua Negara tersebut di rasmikan.

Fakta menarik:

Menurut Economic Intelligence Unit Review, 1998, yang dirujuk oleh penulis menyatakan pada awal 1997 negara Asia mengalami kegawatan ekonomi, kerana George Soros memborong matawang US dollar di pasaran asia. Banyak Negara di asia Tenggara mengalami kegawatan yang teruk kecuali Singapura. Singapura mencatatkan pertumbuhan 8.5%

Share this article :

0 comments:

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger