lapan bukti penting bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Johor sebelum tahun 1847 dan bukannya terra nullius (tidak berpenghuni serta tidak dimiliki oleh sesiapa) seperti yang didakwa oleh Singapura.
Bukti-bukti penting itu berupa dokumen perjanjian yang dipersetujui sepanjang tahun 1824 hingga 1851 melibatkan Kesultanan Johor dan British.
Bukti pertama iaitu surat yang ditulis oleh Residen British di Singapura pada 10 Januari 1824 kepada pentadbiran di India mengenai jajahan Johor.
Surat tersebut, hujah Lauterpacht, menyebut tentang pulau-pulau jajahan Johor yang terletak di kawasan 254 batu nautika di timur tanah besar negeri itu dan ia semestinya termasuk Pulau Batu Putih yang berhampiran dengan Johor.
dokumen kedua iaitu Perjanjian Crawfurd antara Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan Sultan dan Temenggong Johor yang berlangsung pada tahun 1824.
Menurutnya, Artikel II perjanjian itu menyebut Sultan dan Temenggong Johor dengan penuh kedaulatan menyerahkan Singapura serta kawasan berupa perairan, selat dan pulau-pulau yang terletak 10 batu dalam lingkungan republik itu.
“Ini jelas menunjukkan British mengakui kedaulatan Johor ke atas pulau-pulau jajahannya dan ia juga menggambarkan bahawa Johor mempunyai kedaulatan ke atas pulau-pulau kecil melepasi 10 batu dari Johor,” hujah Profesor Lauterpacht.
Beliau berkata, jika Singapura mempersoalkan hak Sultan Johor ke atas Pulau Batu Putih, maka persoalan yang sama terpakai dalam kes Singapura.
“Jika Sultan Johor tidak mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih pada tahun 1824, maka jelas ia juga tidak mempunyai hak ke atas Singapura.
“Dan jika Sultan Johor tidak mempunyai hak untuk diserahkan, maka British tidak menerima apa-apa, seperti yang sering dibangkitkan oleh pasukan Singapura, anda tidak boleh memberi apa yang anda tidak ada,” hujahnya.
Beliau kemudiannya secara sinis bertanya kepada mahkamah: “Adakah negara (Singapura) yang menentang
bukti ketiga iaitu Surat Crawfurd bertarikh 3 Ogos 1824 yang mengiktiraf kedaulatan Johor ke atas pulau-pulau kecil dalam lingkungan 10 batu dari Singapura sebelum ia diserahkan kepada republik itu.
Tiga lagi dokumen yang dikemukakan oleh Malaysia Surat Crawfurd pada 1 Oktober 1824, Laporan Presgrave (Edward Presgrave) bertarikh 5 Disember 1828 mengenai kegiatan lanun di Selat Melaka serta sempadan empayar Johor termasuk di Pulau Batu Putih dan peta tahun 1842 yang disediakan atas arahan kerajaan Belanda.
Artikel yang tersiar dalam Singapore Free Press pada 25 Mei 1843 yang jelas menyebut Pulau Batu Putih antara pulau dikaitkan dengan kegiatan lanun terletak di bawah kuasa kerajaan Johor dikemukakan sebagai dokumen ketujuh.
utusan malaysia, 15/11/2007
0 comments:
Post a Comment