Untuk menjadi suatu contohnya kepada generasi baru dalam bulan Januari 1947, dua orang Pegawai Hal Ehwal Bumiputera dan empat orang kakitangan kerajaan yang dikumpul sama jangka masa perkhidmatan mereka berjumlah lebih 100 tahun kesemuanya, telah memberitahu Betram Brooke betapa besarnya harga tindakan yang mereka ambil itu. Dengan mengambil tindakan ini, kami telah mengorbankan mata pencarian kami dan kesenangan dunia untuk menunjukkan cinta kami kepada tanah air kami yang kini dijadikan sebagai tanah jajahan mahkota British dan mempertahankan kemerdekaan negeri di bawah pemerintahan Brooke. Almarhum Tan Sri Haji Su'ut Tahir, pernah menegaskan dalam suratnya kepada Anne Bryant, pada 29 Mac 1949, iaitu, tindakan pegawai-pegawai meletakkan jawatan mereka, bermulalah masa susah bagi sejumlah rakyat, akan tetapi is bererti bahawa lebih luas dan banyak kemudahan dan banyak pula masa untuk menumpukan perjuangan kami. Perkara seperti inilah yang tidak dipertimbangkan orang seperti Arden-Clarke dan
Home »
Politik Sarawak
» Perjuangan Barisan 338
Perjuangan Barisan 338
Pada 2hb. April 1947 lebih dari 338 orang pegawai kerajaan, 3 saja yang bukan Melayu, telah menamatkan tempoh notis 3 bulan yang diberi kepada mereka untuk berfikir semula, kerana tidak mahu mematuhi kandungan Circular No. 9 itu. Kumpulan yang meletakan jawatan itu telah digelarkan sebagai benteng perjuangan 338. Angka 338 ini dipilih oleh Alustaz Sharkawi Sheikh Osman, mengambil sempena dengan angka tentera Rasulullah Mohamad Al‑Amin di medan perang Badar yang termasyhur itu, walaupun sedikit bilangannya tetapi membawa Rasulullah menang dengan gilang gemilang. Sehari sebelum itu 56 orang guru‑guru pelatih di Kolej Latihan Guru‑guru Melayu telah berhenti belajar kerana memprotes terhadap circular itu. Sejumlah 500 pegawai‑pegawai kerajaan dari keturunan Melayu dari sekolah‑sekolah dan badan‑badan yang bukan kerajaan telah memohon cuti pada hari itu sebagai menghormati pengorbanan saudara‑saudaranya dan ahli‑ahli kumpulan 338 itu.
Related Articles
If you enjoyed this article click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 comments:
Post a Comment