Buku Perjuangan Anti-Cession Sarawak telah mencatatkan pertelingkahan Orang Cina dan Orang Melayu di Sarawak. Apa yang saya harap ia menjadi peringatan kepada semua pihak. Kita hidup dalam negara malaysia yang aman damai. 50 tahun kita telah merdeka, jangan sampai kemerdekaan yang kita kecapi dipersia-siakan oleh generasi kini dan akan datang.
Semenjak peperangan bermula, perasaan pemusuhan telah wujud dikalangan Kaum Cina dengan Jepun, tetapi orang‑orang Jepun masih popular dikalangan orang‑orang Melayu dan Iban hingga awal tahun 1944. Kapal Jepun telah dihalang oleh Tentera Sekutu membawa bekalan makan, pakaian, seperti train‑train susah didapati di bandar dan pekan lagi, Jepun telah berusaha keras untuk mendapat padi dari penduduk‑penduduk pendalaman terutama petani‑petani ‑walaupun propaganda Jepun semakin deras dilancarkannya namun pendudukan mereka nampak ketara bertambah lemah. Mereka tidak terdaya menentang serangan udara dari Tentera Bersekutu dan telah lari dari kawasan pantai masuk ke dalam hutan pendalaman dan nyatalah mereka telah menghadapi saat‑saat terakhir. Jepun terpaksa menggunakan kekerasan untuk mendapatkan padi, ini menyebabkan orang‑orang Iban marah, apa lagi Jepun telah
Apakala Jepun mengaku kalah dalam peperangan kedua, pada 14hb. Ogos 1945 dan Tentera
Kekalahan Jepun ditangan Amerika dan British telah diberi penerangan luas oleh Kerajaan Chiang Kai‑Shek yang mengaku bahawa ini kemenangan mereka juga sebagai ahli bersekutu. Ini telah membangkitkan semangat berkobar‑ kobar orang Cina di seberang laut termasuk orang Cina di Sarawak. Apakala Tentera
Di Saratok dan di tempat yang terpencil yang lain, apakala bendera Jepun diturunkan, maka bendera Cina Nasionalis telah dinaikkan serta merta oleh orang‑orang Cina setempat kerana mereka telah mempunyai keyakinan bahawa tentera yang membebaskan
Setelah tiga tahun lebih dalam kancah‑kancah peperangan dan tidak ada khabar berita dari Pihak Bersekutu, dan apakala Jepun menyerah diri maka terpancarlah dakyah memuji‑muji Chiang Kai‑Shek yang telah membantu memupuk semangat patriotik orang Cina Sarawak. Poster‑poster yang bersemarak warna‑warni datangnya dari Singapura dan
Kebanyakan daripada masyarakat Cina dalam Sarawak pada masa itu, percaya bahawa negeri Chinalah yang mengalahkan Jepun, dan menyifatkan bahawa jatuhnya Bom Atom di Nagasaki dan Hiroshima itu seakan‑akan serangan pukulan maut terakhir oleh Amerika. Semuanya pemikiran serupa ini adalah menjadi galakkan semangat, dan mungkin memang sudah tertanam difikiran sebahagian dari orang‑orang Cina, bahawa Kerajaan China akan bergerak untuk mencantumkan "Nan Yang" ‑Lautan Selatan, termasuk seluruh Borneo, Malaya dan Hindia Belanda sebagai Wilayah taklukannya. Apakala Vietnam Utara telah diduduki oleh tentera Cina Nasionalis pada bulan Ogos 1945, berita angin merebak di Malaya dan Sumatera, menyatakan bahawa tentera Cina akan mendarat di
10hb. Oktober, 1945 telah dirayakan di Kuching secara sekali gus sebagai Hari Perayaan Kemenangan Pihak Bersekutu dan Hari Kebangsaan
Dengan kudrat Allah, Pegawai Tentera
Timbul pula satu cerita iaitu pergaduhan itu hanya dapat diselesaikan apakala Baba Ong Tiang Swee telah bersetuju menanda tangani perjanjian dengan Datuk Pahlawan Abang Haji Mustapha Moasili bahawa orang Cina patutlah menjauhkan diri dari berpolitik. Ini telah menjadi penjelasan mengapa Ketua Cina tidak terlibat dalam masalah penyerahan
Kebanyakan persatuan‑persatuan kaum sebelum perang mengambil masa untuk menyusun semula pertubuhan‑pertubuhan mereka. Sungguhpun Persatuan Kebangsaan Melayu ternyata berkobar‑kobar diperangsangi oleh apa yang telah dibuat oleh Kaum Cina di waktu perayaan l0hb. October, 1945 itu tetapi mereka masih menunggu waktu yang agak sesuai untuk mengadakan kesyukuran. Akhirnya Jawatankuasa Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak telah memperkenalkan diri mereka dan menyatakan kegembiraan dan kesyukuran di atas kejayaan Pihak Bersekutu membebaskan Sarawak dari tindakan Jepun kepada Panglima Angkatan Bersenjata
Lebih ketara lagi ialah, Persatuan itu telah menggunakan namanya dalam corak baru iaitu Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak atau The Malay National Union of Sarawak (MNU). Perhimpunan Dayak pada waktu itu berada dalam keadaan sedang disiasat oleb pihak Pentadbiran Tentera sebagai Persatuan yang dicurigai bersekutu dengan pihak musuh ataupun tidak.
Apakala berita penyerahan Negeri Sarawak telah di terima pada awal bulan Februari 1946, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak dan Perhimpun Dayak Sarawak telah mendapat dorongan semangat yang terkuat secara mengejut, keakhirannya mengubah langkah dari persatuan kebajikan kepada tahap kegiatan Parti Politik.
dipetik dari Buku Perjuangan Anti-Cession Sarawak oleh Hj Mohd Hasbie Bin Sulaiman.
2 comments:
Pandainya mengarang cerita. Takde satu pun yang betul. Mana wujud MNU. Sejak bila pulak Dayak berpersatuan. Dayak tak pernah bersatu. Namun mata pedang Dayak tak pernah kering dari darah penjajah.
Ini dipetik dari buku. Buku Perjuangan Anti-Cession Sarawak oleh Hj Mohd Hasbie Bin Sulaiman.
Bahagian yang mana tidak betul. Sama-sama kita betulkan ya. Anak. Bijak. Sudah bacakah buku tersebut.
Ia bukan karangan saya. Tetapi seorang yang sama kampung dengan saya.
"Perhimpunan Dayak pada waktu itu berada dalam keadaan sedang disiasat oleb pihak Pentadbiran Tentera sebagai Persatuan yang dicurigai bersekutu dengan pihak musuh ataupun tidak".
Yakan. Perhimpunan Dayak bukan Persatuan beb. Apa ingat orang Dayak tidak boleh berhimpun. Di ruai mereka berhimpun.
Fakta ini kurang jelaskan. Sama-sam kita cari faktanya. Kalau jumpa apa-apa email saya. happysus(a)gmail.com.
Post a Comment