Piala dunia sudah bermula. Ia datang 4 tahun sekali. Inilah cabaran yang dihadapi oleh para majikan. Ada yang menyatakan produktiviti menurun bila ada piala dunia. Bagi negera seperti Brazil piala dunia bermakna cuti. Malaysia negara yang juga meminati bola. Banyak perkara yang dapat dipelajari semasa piala dunia ini. Kesetiaan pemain kepada negara memang diuji semasa piala dunia ini. Jurulatih Togo meletakkan jawatan kerana masalah bonus pemain tidak dibayar. Maruah negara menjadi perkara kedua. Jurulatih ini bukan rakyat Togo, tapi kita puji pemain Togo tetap akan bermain.
Saya tertarik kepada kata-kata pemain England Rio Ferdinand.
" Jika kita pentingkan diri sendiri dan memikirkan hal peribadi kami tidak akan ke mana-mana "
Sememangnya benar apa yang diperkatakan oleh pemain ini. Memetingkan diri di dalam sesebuah organasasi menyebabkan ianya lumpuh. Parti Politik akan kecundang kalau ramai ahlinya pentingkan diri. Orang melayu akan ketinggalan kalau pentingkan diri sendiri. Pemimpin hendaklah dahulu menjauhi sikap mementingkan diri. Kehebatan orang melayu akan terserlah kalau mereka berkerjasama. Pengikut akan bekerja dengan ikhlas dan bersungguh tanpa ingin mendapat apa ganjaran kalau mereka tahu maktlamat perjuangan mereka. Berapa ramai mereka ini bekerja tanpa memikirkan ganjaran wang. Memang tidak dinafikan wang itu penting. Kalau mereka adalah orang kampung. Tidak ke sawah atau ke laut bermakna tidak ada wang untuk keluarga. Ini adalah satu masalah yang biasa di dengar oleh YB kita di kawasan pendalaman. Kalau dahulu zaman bapa saya, berpolitik adalah untuk maruah, bangsa dan agama.
Pada tahun 1999 seminggu selepas keluar hospital, bapa saya pergi membuang undi. Saya masih ingat lagi membawa bapa yang berusia 72 tahun ke tempat membuang undi. Walaupun dalam keadaan sakit dia tetap mengundi. "Ini masa depan kita" kata bapa saya. Sepanjang hidup saya tidak pernah saya lihat bapa terlibat dalam politik atau apa juga parti. Dia pernah cerita membantu kempen piliharaya semasa muda dulu. Susah seringkali bermain di bibirnya. "Parti Tok Openg" katanya. Ibu tidak minat politik tetapi dia adalah penyokong setia BN. Memang dia fanatik BN. Dalam usia 73 tahun dia telah merasa suka duka kehidupan. Pada dia BN masih releven dengan kehidupan ini.
Bagaimana dengan kita generasi muda. Mereka ini dikatakan generasi yang bijak dan pandai. Memang generasi muda ini akan mencorakkan kehidupan negeri Sarawak. Jatuh bangunnya bangsa melayu terletak di tangan mereka. Sedih kita lihat remaja-remaja yang rosak dan terlibat dalam budaya samseng. Ramai remaja di kawasan pendalaman seperti Pusa, Beladin dan Meludam misalnya meminum minuman keras. Cap Apek jenama arak murah yang dibungkus dalam plastik merupakan arak yang digemari mereka. Seringkali kita terserempak dengan remaja yang keluar dari pintu pagar sekolah sambil menghisap rokok. Apa yang dapat kita buat dengan mereka? Mereka ini seperti tidak ada matlamat hidup sahaja. Sedih dan sesuatu patut dilakukan sesuatu keadah yang lebih agresif untuk menyelamatkan mereka. Perubahan drastik patut dilakukan untuk mengubah remaja ini. Kerajaan telah menjalankan program Khidmat Negara. Saya sendiri pernah terlibat sebagai Jurulatih Kenegaraan pada awal pengenalan Khidmat Negara. Remaja yang keluar dari Khidmat Negara yang saya kenal memiliki jati diri dan bermatlamat dalam hidup.
Pembentukkan remaja yang hebat hendaklah bermula dari rumah. Kekuatan seseorang remaja adalah bergantung kepada beberapa pekara termasuk suasana dalam keluarga. Kalau di kampung dahulu seorang remaja dijaga oleh semua orang kampung. Orang-orang tua di kampung boleh menegur dan memarahi remaja ini kalau membuat benda yang tidak baik. Emak dan bapa akan berterima kasih kalau anak mereka ditegur. Kini keadaan telah berubah kita tidak berani nak tegur walaupun anak jiran kita.
Paradigma masyarakat melayu Sarawak di kampung yang memeting diri sendiri memang tidak ada dalam kamus. Semasa kenduri kahwin orang kampung akan tolong-menolong di antara satu dengan yang lain. Tradisi ini kini beransur-ansur hilang terutama di kawasan-kawasan pinggir Bandar dan Bandar seperti penempatan baru, perumahan baru dan beberapa tempat di Kuching. Semangat ini telah hilang kebanyakan mereka mengunakan katering. Golongan Pemuda akan turun menolong di rumah-rumah yang membuat majlis kenduri semakin hilang.
Saya teringat saya pernah membantu kawan-kawan cetak bendara BN dan juga cetak banner PERMAS. Jarak antara rumah adalah di depan dan rumah belakang sahaja. Mengantung poster juga dibuat oleh kami. Postar pembangkang atau BN semua yang kami buat. Kerjasama begitu erat sekali. Entah kini senarionya bagai mana. Wang. Wang tidak ada kerja tidak jalan. Jentera parti tidak digerakkan kalau tidak ada wang. Hilang sudah keikhlasan bekerja untuk parti. Kawan saya yang tinggal di Batu 12, menyatakan Jentera parti belum digerakan sedangkan penamaan calon telah dilakukan. Nasib baik calon BN menang. Kalau di negeri Kelantan jentera lumpuh alamat calon kalah.
0 comments:
Post a Comment