Home » » Zakat tidak cukup

Zakat tidak cukup

Baru-baru ini Saya melihat sendiri sebuah kedai/kilang Kuih lapis terkemuka di Kuching terbakar. Dikatakan koleksi buku sebanyak 500 buah musnah. Tempahan pelanggan 200 kuih hangus. Malang memang tidak berbau.

Dua hari lepas saya ada bersembang dengan seorang kawan. Dia adalah keluarga saudagar Kek Lapis Sarawak tersebut. Saya bergurau dengan menyatakan mungkin zakat tidak cukup. Dia meletakkan satu jari telunjuk dihidung dan jari telunjuk lain menunjuk pada saya (isyarat setuju dengan kenyataan saya).

Kawan saya ni, tokey ikan terubok masin di Kuching. Tiap-tiap tahun pergi melancong ke luar negara. Tahun ini ke melancong ke France. Ini cerita beliau bayar Zakat. Menarik sebab itulah saya nak kongsi dengan pembaca semua.

Pada tahun 1992, dia mula perniagaan ikan terubok masin. Pendapatan boleh tahan juga mana tidakRM4000-5000/seminggu. Walaupun pendapatan lumayan tetapi beliau tidak ada simpanan. Duit tidak pernah cukup. Macam-macam perkara malang berlaku pada beliau. Duit hilang, kereta hilang dan emas hilang. Pada tahun 2000 beliau telah dibuka oleh Allah hatinya untuk membayar Zakat. Pada tahun 2001, beliau telah dapat menunaikan Haji. Hebat Zakat ini katanya. Berpuluh-puluh kali ganda pendapatan diberi oleh Allah.

Beliau juga kini seorang penderma yang tidak mahu publisiti. Marilah sama-sama kita ambil cerita ini sebagai ikhtibar
Share this article :

0 comments:

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger