Home » » Wajarkah Kita bunuh Angsa yang menetas Telur Emas

Wajarkah Kita bunuh Angsa yang menetas Telur Emas



























Saya terbaca satu petikan dari Utusan Sarawak. Marilah kita sama fikirkan pendapat beliau.

Di bawah adalah pertikan dari pendapat En. William Chan yang dikeluarkan dalam Utusan Sarawak pada 11 Mei 2008.

PIHAK pembangkang nampaknya ketika ini sedang ghairah cuba mengalih tumpuan kita rakyat di Sarawak ini terhadap `lombong emas' yang terbentang luas di hadapan kita. Dengan penuh keangkuhan mereka mendendangkan lagu kemenangan walaupun belum turun ke padang pilihan raya negeri lagi. Bagi mereka kemenangan Pakatan Pembangkang,menawan lima buah negeri di Semenanjung clan keupayaan mereka menggagalkan kemenangan dua pertiga majoriti Barisan Nasional (BN) adalah pasport bagi kemenangan yang sama berulang pada pilihan raya negeri akan datang.

Kita rakyat massa di Sarawak ini adalah tuan, bukan ahli politik yang mengambil kesempatan untuk semata‑mata menduduki kerusi empuk bergelar Yang Berhormat. Kita tahu apa yang kita mahu, tanpa perlu dipesongkan oleh pihak pembangkang agar kita menyingkirkan kerajaan BN yang selama ini telah mernacu Sarawak sehingga mencapai kejayaan cemerlang.

Pembangkang cuba membuai kita semua dengan dodoian songsang mereka. Ternyata, tuduhan berkaitan nepotisme dalam kerajaan clan pengagihan kek ekonomi cumalah tuduhan melulu yang tidak berpijak di bumi nyata. Lebih teruk, tuduhan mereka terhadap kejayaan syarikat-syarikat Bumiputera jelas perbuatan cuba bermain api emosi.

Dalam tuduhan mereka, mereka menycmbunyikan hakikat bahawa pada kemajuan beberapa buah syarikat Bumiputera di negeri ini rarnai profesional clan tenaga kerja yang mereka gunakan adalah diagilt sama rata, termasuk golongan bukan Burniputera.

Begitu juga Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang mengagih peluang pemajuan projek pembangunan kepada banyak syarikat bukan Bumiputera. Jadi, kenapa terlalu berani pihak pembangkang cuba mempersendakan intelek kita rakyat jelata? Apakah mereka anggap kita ini golongan yang tidak sepeka mereka? Atau golongan yang memiliki daya intelek di bawah paras berbanding mereka?

Yang menemukan `tsunami politik' adalah kita rakyat massa, bukannya pihak pembangkang. Kita tidak akan berlaku. bodoh cuba membunuh angsa yang menetas telur emas hanya semata-mata kita mahu membuat perubahan atas nama perubahan per se tanpa rasional dan logik.

Tidak salah ada pembangkang dalam sistem demokrasi kerana semua pihak ada hak. Namun pembangkang yang kita hormati adalah pembangkang yang bertanggungjawab, bukamarah rakyat tidak berlandas. Peranan pembangkang ialah untuk menawarkan pemerintahan alternatif yang sudah tentunya mestilah lebih baik dari apa yang diusahakan oleh kerajaan yang ada sekarang. Setakat ini belum ada model sebenar bagi kita rakyat berubah haluan untuk menyokong mereka sedangkan masih panjang clan jauh lagi perjuangan kita bersama-sama dengan BN.

Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE), misalnya, akan mentransformasikan Sarawak menjadi sebuah negeri termaju menjelang tahun 2020 clan selepas itu. Transformasi itu menuntut kerjasama kita semua, bukannya kerajaan BN semata-mata. jika itu pun kita lepaskan semata-mata mahu menari mengikut rentak sumbang pembangkang maka kita ibarat golongan yang membuang tuah, yang tak kenal dek untung. Tepuk dada tanya selera.


Share this article :

0 comments:

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger