Home » » Biasiswa JPA pelajar bukan Melayu naik kepada 45 peratus

Biasiswa JPA pelajar bukan Melayu naik kepada 45 peratus

Berikut adalah petikan dari Utusan Malaysia,

KUALA LUMPUR 28 Mei – Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk program ijazah di luar negara kepada pelajar bukan bumiputera dinaikkan kepada 45 peratus daripada 10 peratus mulai tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, secara keseluruhan sebanyak 2,000 biasiswa disediakan oleh JPA iaitu 1,100 untuk bumiputera dan 900 untuk bukan bumiputera.

“Pecahannya ialah 50 peratus untuk bumiputera dan 45 peratus kepada bukan bumiputera berbanding sebelum ini hanya 10 peratus sahaja diberikan kepada bukan bumiputera,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2008 (2007) melibatkan RM60 juta kepada JPA di Dewan Rakyat hari ini.

Nazri berkata, hanya mereka yang benar-benar layak akan menerima biasiswa itu kerana permohonan yang diterima ialah sebanyak 15,220.

Daripada jumlah itu katanya, hanya 7,282 dipanggil temuduga dan hanya mereka yang benar-benar menepati kriteria sahaja dipilih.

“Kriteria pemilihan ialah 70 peratus untuk akademik, 10 peratus kegiatan kokurikulum, 10 peratus latar belakang keluarga dan 10 peratus lagi temuduga,” katanya.

Nazri berkata, tajaan JPA adalah untuk pelajar yang mendapat tempat di universiti bertaraf “Ivy Leaque” dan yang setara dengannya di luar negara, serta bagi pengajian ijazah pertama di universiti kampus cawangan seperti di Universiti Monash, Universiti Nottingham dan Universiti Curtins.

Mulai tahun ini juga katanya, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang memperoleh 9A ke atas akan menerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian ke tingkatan enam di sekolah bantuan penuh kerajaan dan kursus matrikulasi serta asasi sains di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Komen;

Menurut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 153 (2)dan (3) biasiswa adalah salah satu komponen dalam Hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

Perkara 153,juga menyentuh ....perkadaran yang difikirkan manusabah oleh Y.dipertuan Agong ..daripada biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan......

Selepas ini saya berharap tidak ada lagi ketidakpuasan hati di kalangan orang bukan bumiputera. Orang Melayu amat bertimbang rasa. Jangan disalah ertikan. Jangan ada lagi yang mempertikaikan Kontrak Sosial.
Share this article :

0 comments:

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger