Home » » Pesanan Tuanku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Pesanan Tuanku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.


"Tidak akan ada Sarawak tanpa Malaysia dan tidak ada Malaysia tanpa Sarawak. Oleh yang demikian kita seharusnya menghargai kenyataan bahawa pembentukan Malaysia telah di sedari kerana kehadiran Sabah dan Sarawak di dalamnya. Dan Malaysia akan terus wujud selama –lamanya ada perpaduan begini terdapat dikalangan semua negeri yang bercantum dalam Malaysia sekarang."

Ini adalah kenyataan dari Tuanku Abdul Rahman. Benar, kata-kata beliau. Pilihanraya lalu telah membuktikan kerajaan BN dapat memerintah Malaysia dengan kerusi Parlimen yang di sumbangkan oleh dua negeri ini. Rakyat Sabah dan Sarawak telah memberi dan membayar dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada BN. Tidak sia-sia peruntukan pembangunan yang terbesar diberi kepada dua negeri ini.

Pak Lah dan UMNO sendiri perlu kembali menjadi peneraju kepada perpaduan dan memastikan parti tersebut terus relevan dengan orang Melayu. Keadah yang digunakan oleh parti pembangkang dalam memenangi pilihanraya lalu perlu diteliti.

Sun Tzu menggunakan keadah menkucar-kacirkan lawan dengan menwujudkan huru-hara (tunjuk perasaan jalanan) sebelum boleh menawan musuh. Faktor musuh dalam selimut atau musuh dari dalam ini amat merbahaya kerana ia boleh melemahkan pertahanan.

Negeri Sarawak juga tidak terkecuali. Kini sudah ada tanda-tanda mereka mengunakan keadah yang sama dengan mengwujudkan kemarahan rakyat. Kalau perut kosong dan marah menyebabkan hilan pertimbangan dan resional.

Jadi marilah kita bersatu untuk memastikan anak cucu kita terus hidup dengan aman.




Share this article :

0 comments:

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger