Home » » Tragedi Batu Buruk - Provokasi Siapa?

Tragedi Batu Buruk - Provokasi Siapa?

Bagaimana ia bermula.?

Pada 6/9/2007 Pemangku Ketua Polis Dearah Terengganu Supt. Abd. Halim Bin Mohd Ishak telah menghantar surat menolak permohonan Pas untuk mengadakan ceramah pada 8/9/2007. Apabila kebenaran mengadakan ceramah ditolak oleh polis atas alasan

1) Kawasan kediaman yang padat
2) Berlaku kerosakan di kawasan rekreasi batu buruk
3) Menganggu ketenteraman awam berhampiran dengan Istana Al-Muktafibillah Shah, kediaman Hakim serta lain-lain ketua jabatan.

4) Gangguan kepada pelancung yang menginap di resort berhampiran.


Kemudian pada pada 8/9/2007 En. Azmi bin Md Yasin dari Markaz Tarbiyyah PAS kuala Terengganu telah menulis surat kepada Ketua Polis Terengganu bagi mengemukakan rayuan menolak permohonan di atas.



Pihak Pas juga telah menerima surat dari Ibu Pejabat Polis Dearah tidak mengeluarkan permit kepada PAS untuk mengadakan ceramah pada 8/9/2007


surat dipetik dari laman web di bawah http://amdang81.blogspot.com/





Akibatnya kalau engkar dengan arahan Polis.




Pas menyalahkan Polis kerana tidak membenarkan mereka mengadakan ceramah. Dalam video di atas juga mereka menyalahkan BERSIH dan NGO berkaitan. PAS tidak terlibat, he..he...betulkah?

Mereka menuduh polis menembak. Menuduh Polis ganas. Menuduh BN sudah terdesak. Angkara BN. Bermacam tuduhan oleh mereka yang "sontok" kata orang Sarawak. Banyak betul blog-blog yang memaparkan tuduhan kepada pihak berkuasa.

Pada pendapat saya pihak Polis telah dari awal lagi melarang ceramah ini di adakan. Degil juga kenapa? Akibatnya ada yang ditembak. Nasib baik tidak mati. Pas cadang nak tubuh Suruhanjaya diraja untuk mengkaji peristiwa hitam ini. Perlukah?

Peristiwa macam ini adalah satu contoh strategi pihak luar seperti CIA, KGB dan MOSSAD untuk melemahkan sesebuah negera. Tidak mustahil mereka meresap ke dalam Parti-parti politik dan juga NGO dalam negara kita.

Sun Tzu berkata untuk melemahkan musuh, kita ke kucar-kacirkan mereka. Perpecahan orang Melayu berlaku di Terangganu disebabkan Politik berlainan. Ketaksupan kepada parti dan pemimpin menyebabkan isu ini tidak akan berhenti di sini. Bahaya kalau taksub kepada pemimpin seperti penyokong Al-Maunah taksub kepada Amin, pengikut Al-Arqam kepada Asahari dan banyak contoh lain.


Membakar bendera Malaysia merupakan satu perbuatan yang biadap dan lupa diri. Mereka ini mengikut emosi. Sedarlah bangsaku. Apa guna kita bergaduh. Apa guna kita bertengkar. Yang rugi kita sendiri. Peristiwa 13 Mei 1969 kita gaduh dengan cina. Tahun 2007 gaduh sama sendiri. Kalau bulan lepas kita kutuk budak Cina Johor yang belajar di Taiwan bernama namawee kerana menghina lagu kebangsaan. Kita minta tindakan di ambil. Sekarang bangsa kita sendiri yang membakar bendera Jalur gemilang. Tindakan juga perlu di ambil.

Polis bertindak dalam lingkungan kuasa mereka untuk menjaga ketenteraman awam. Mereka dah buat kerja dituduh bermacam-macam. Sedarlah kalau kita tunjuk satu jari kearah orang lain, empat jari lagi balik kepada kita.


Share this article :

0 comments:

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger