Home » » SARAWAK - 45 TAHUN ATAU 50 TAHUN

SARAWAK - 45 TAHUN ATAU 50 TAHUN


Ada pendapat menyatakan Sarawak patut menyambut 45 tahun bukan 50 tahun. Adakah ini satu isu? Ketua Menteri Sarawak telah menjelaskan seluruh rakyat Malaysia sepatutnya menyambut 50 tahun kemerdekaan. Ketua menteri memberi contoh Hawaii telah menyertai United State kemudian tetapi menyambut kemerdekaan sama dengan United State. Beliau juga menyatakan Sarawak akan menyambut secara besar-besaran sambutan 45 tahun kemerdekaan dalam Malaysia.

KUCHING, 27 Ogos: Sarawak akan menyambut ulangtahun kemerdekaannya ke-45 menerusi pembentukan Malaysia secara besar-besaran pada tahun depan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan.

Menurutnya, peranan Sarawak dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 perlu diraikan pada tahun depan selain menyambut Hari Kemerdekaan negara.

“Kerajaan negeri telah memutuskan Sarawak akan mengadakan sambutan (ke-45) secara besar-besaran. Bagi Hari Kemerdekaan, kita tetap menyambutnya seperti biasa,” katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas adakah Malaysia patut meraikan ulangtahun kemerdekaan ke-44 atau ke-50 pada tahun ini.

Dr Chan juga memberitahu, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ada menjelaskan mengenai perkara berkenaan.

Katanya, rakyat Malaysia perlu meraikan Hari Kemerdekaan ke-50.

“Ketua Menteri mengambil Hawaii sebagai contoh. Meskipun Hawaii menyertai Amerika Syarikat kemudian, ia mengikut Amerika Syarikat dalam meraikan kemerdekaan. Justeru, sama juga dengan kita,” ujarnya Dr Chan.

Kerajaan memutuskan sambutan Hari Kemerdekaan ialah pada 31 Ogos setiap tahun memandangkan Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Manakala Malaysia pula wujud selepas Sarawak, Sabah dan Singapura membentuk Malaysia bersama Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1963.

Oleh itu, ramai yang berpendapat Malaysia patut menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-44 tahun ini dan bukannya 50.

Share this article :

0 comments:

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger