Latest Article Get our latest posts by subscribing this site

Sign board dan papan tanda jalan



Ini gambar papan tanda (sign board) yang saya ambil di Sibu, Sarawak



Ini papan tanda jalan di pulau Pinang





Ini papan tanda jalan di Kuala Lumpur

Kenapa tanda jalan menjadi isu? Saya belum ada jawapan yang rasional. Papan tanda jalan adalah digunakan untuk memandu atau menunjukan kepada orang ramai nama jalan. Adakah kini di Malaysia masih ramai yang tidak tahu bahasa kebangsaan atau bahasa Melayu sehingga terpaksa menggunakan pelbagai bahasa?


The Five Pillars in Islam (ISLAM NOT EQUAL TERRORISM )

FAKTA-FAKTA MENGENAI SUSU DAN HASILAN SUSU
DARI NEGARA CHINA

1. Apakah Melamine?
Jawapan :
Melamine adalah bahan organik yang antara kegunaannya ialah
dalam pembuatan plastik, bahan pembersih, gam, baja dan lainlain.
Melamine adalah bahan yang tidak dibenarkan di dalam
semua makanan.

2. Mengapa Melamine dikesan di dalam susu dan hasilan
susu?
Jawapan :
Ia ditambah secara sengaja untuk meningkatkan tahap nitrogen
bagi mematuhi standard kandungan protein dalam susu.
Penambahan Melamine dalam makanan adalah menyalahi
undang-undang di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-
Peraturan Makanan 1985.

3. Apakah kesan Melamine kepada manusia?
Jawapan :
Kesan melamine secara langsung mengakibatkan iritasi apabila
terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata.
Pengambilan melamine melalui makanan boleh mengakibatkan
kerosakan pada sistem pembiakan
pembentukkan batu karang dalam ginjal dan pundi
kencing. Ini boleh mengakibatkan kegagalan ginjal
terutamanya kepada bayi
Sebagai langkah proaktif, Kementerian Kesihatan ingin menasihati
semua pakar perubatan dan pegawai perubatan agar sentiasa
berjaga-jaga dan memantau gejala masalah buah pinggang
seperti bayi menangis tanpa sebab ketika kencing, kencing
berdarah, dan tekanan darah tinggi pada bayi. Keadaan ini jarang
berlaku dan sekiranya mengesyaki gejala ini di kalangan kanakkanak
perlulah melaporkan kepada KKM dengan segera.

4. Adakah susu tepung formula bayi, dan susu dari Negara
China di bawa masuk ke Malaysia?
Jawapan :
Malaysia tidak mengimport sebarang susu tepung formula bayi dan
susu dari Negara China.

5. Adakah hasilan susu dari Negara China di bawa masuk ke
Malaysia?
Malaysia ada mengimport hasilan susu dari Negara China,
walaubagaimanapun, bekalan susu diimport dari Australia, New
Zealand, Nertherland dan Amerika Syarikat. Ini merupakan syarat
oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam mengeluarkan permit
bagi hasilan susu yang diimport dari Negara China oleh kerana risiko
penyakit kaki dan mulut pada ternakan lembu di negara tersebut.

6. Apakah yang dimaksudkan susu dan hasilan susu?
Jawapan :
Merujuk kepada Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan
Makanan 1985, susu didefinisikan sebagai susu biasa yang bersih
dan segar daripada lembu, kerbau, kambing atau biri-biri.
Hasilan susu didefinisikan sebagai apa-apa produk yang dihasilkan
atau disediakan daripada susu. Contohnya:
i. Susu skim (susu tanpa lemak)
ii. Susu pasteur
iii. Susu UHT
iv. Susu berperisa
v. Susu tepung krim
vi. Susu tepung skim
vii. Susu sejat
viii. Susu pekat manis
ix. Mentega
x. Keju
xi. Ais krim
xii. Yogurt
xiii. Ghee (minyak sapi)

7. Apakah peranan anda sebagai pengguna dalam hal ini?
Jawapan :
Pengguna diminta mendapatkan maklumat terkini dari Kementerian
Kesihatan Malaysia (website/telefon/kenyataan akhbar). Pengguna
dinasihatkan membaca label makanan sebelum membeli. Sekiranya
pengguna masih ragu-ragu, sila hubungi Bahagian Keselamatan dan
Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-
88833655/0388833503 untuk membuat aduan dan mendapatkan
maklumat lanjut.

8. Apakah peranan anda sebagai penjual dalam hal ini?
Jawapan :
Anda dinasihatkan untuk menyemak inventori produk jualan anda
dan jika didapati produk makanan yang mempunyai susu sebagai
salah satu ramuan dan diimport dari Negara China, segera keluarkan
produk makanan tersebut dari premis. Anda juga diminta untuk
menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Jabatan
Kesihatan Negeri (JKN) untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat terkini dari Kementerian
Kesihatan Malaysia (website- http//fsq.moh.gov.my / telefon
/kenyataan akhbar)

9. Apakah peranan anda sebagai pengimport dalam hal ini?
Jawapan :
Anda dinasihatkan tidak mengimport susu tepung formula bayi, susu
dan hasilan susu dari Negara China buat masa sekarang ini.
Sekiranya produk makanan tersebut telah berada dalam simpanan,
anda dinasihatkan jangan menjual dan melaporkan kepada PKD dan
JKN yang berhampiran untuk tindakan selanjutnya.

Download Product Susu dari China

Dua orang kanak-kanak kena kita fikirkan


Dua orang kanak-kanak umur lebih kurang sama. Pekerjaan berbeza.

1) Kanak 1, bawa senapang senario yang biasa disebuah negara Afrika yang berperang. Kecil-kecil dah bawa senjata.

2. Seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun, Tahun 6 saya jumpai di sebuah stesyen Minyak di Petrajaya Kuching. Bayangkan 12.00 malam masih menjual sayur (dibawa dalam beg plastik). Minggu peperiksaan. Tahun ini nak ambik UPSR. Emak bapa mana yang sanggup lihat anak begini. Saya bertanya beberapa soalan. Katanya dia masih sekolah di Sekolah SRK Gita dalam tahun 6. Jual sayur nenek katanya.


Ini adalah satu petanda kesusahan hidup yang akan di tanggung oleh anak-anak sekiranya ibubapa tidak dapat memberi keperluan asas kepada mereka. Walaupun anak dalam gambar 2 merupakan kes terpencil tetapi ia agak mengejutkan kita di Sarawak. Apa sebenarnya yang berlaku? Anak-anak ini perlu pembelaan. Mahukah kita lihat anak-anak kita dan generasi akan merempat kerana ketidak cekapan kita mengurus negara. Fikir-fikirkan.

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger