Latest Article Get our latest posts by subscribing this site

Tun mahu 15% royalti minyak Sarawak



Pada 28.10.2008 lalu saya terbaca satu artikel dalam Borneo Post. Menarik. 5% royalty minyak untuk sarawak. Ada cerita disebaliknya, Tun kata di minta royalti minyak sarawak sebanyak 15%. Saya sempat scan artikel tersebut untuk tatapan rakan-rakan diluar negara yang membaca blog ini.

KUCHING: Former Head State Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Yakub refuted claims by forme Deputy Chief MinisterDatu Amar James Wong that h (Rahman) was the one settled for the 5% five per cent oil royalty for Sarawak.

In fact, Rahman said h was not even present at the meeting in Kuala Lumpur which discussed the of royalty issue with the thet finance minister Tun Tan Siew Sin.

"As I could not make it tc the discussion at that time, asked (Tan Sri Datuk Amar Stephen Yong, the then deputy chief minister, to represent me at the meeting," he told The Borneo Post and its sister taper, Utusan Borneo, at his residence at Petra Jaya here on Thursday evening
Rahman, Sarawak's ; third chief minister, said that it was Yong who committed Sarawak to the deal .of five per cent.

"What he ought to have done was not to commit then and tip ere but tell them that he had to consult me first.That way, I could take it to the state cabinet fordeliberation," he said.
However, he said, since Yong had ;greed to accept the deal, he was left with the choice to either dismiss Yong for having done so or retain him in the state cabinet and accept the five per cent.

He decided to go for the latter as dismissing Yong would only rock Sarawak United People's Party (SUPP), as Yong was the secretary-general, which could cause the party's detachment from Barisan Nasional (BN).

Rahman was countering Wong's claims that he (Rahman) was the one who settled for five per cent, the amount of royalty that Sarawak is still receiving until now.

"When I was in the government, I wanted 15 per cent but Yakub (referring to the former governor who was the then chief minister) gave us away for five per cent," Wong had told reporters after participating in a history forum on the `Formation of Malaysia from Sarawak's perspective' at the State Library ,gym. recently. Wong felt that 15 to 20 per cent of oil royalty should just be about right for Sarawak.

This revelation surprised Rahman 'who said that to the best of his recollection, Wong "He was not even in my cabinet at that time. He was with the Sarawak National Party (SNAP). In fact, nobody from SNAP itself mentioned the issue to me.

Whatever it might be, Rahman said that personally, he did not see the relevance of quarrelling about getting five or 15 per cent but rather to tell the story on how the oil royalty landed at five per cent.

He then related what took place with regards to the oil deal prior to the meeting in Kuala Lumpur when he was chief minister.

According to him, some time in 1974, a newspaper in Peninsular Malaysia reported that the federal government was claiming that the offshore oil in Sarawak belonged to it.

A bill was even tabled in the Dewan Rakyat., On hearing this, Rahman immediately instructed the then state attorney-general to write a letter to the federal attorney-general at that time requesting that the federal government withdraw that bill.

"Our point was that the oil belonged to Sarawak and not to the federal government and if the federal side refused to withdraw the bill, I told them that I would take action in court," he said.

This call came to the attention of the then prime minister Tun Abdul Razak who requested that Rahman come over to discuss with him.

"He asked me for an explanation on talks of taking thefederal government to court and I explained to him that I was never consulted on this Petroleum Bill issue and all of a sudden, the federal attorney-general came up with this bill. I said the oil found offshore Sarawak did not belong to the federal government but to Sarawak."

Rahman said he supported his claims by showing Razak the advice of three foreign legal experts in public international law.

In 1953, when Sarawak was still a British colony, Her Majesty the Queen of England had declared that the territorial waters of Sarawak extended beyond the normal three-mile limit but include the offshore.

So by virtue of this declaration, the petroleum found offshore Sarawak belonged to the state, Rahman argued.

In return, Razak revealed a six-page opinion of legal advice the federal government received from......

Kuasa melayu belum terhakis


Kuasa melayu belum terhakis
Sunday, 11 May 2008 10:22AM
©Mingguan Malaysia


Saya terbaca artikal, yang sungguh menarik yang ingin saya kongsi dengan pembaca blog ini.

MINGGUAN: Bagaimana Datuk Seri melihat UMNO selepas enam dekad?
The Malaysian Bar


Hari ini UMNO menyambut ulang tahunnya yang ke-62. Berbanding tahun-tahun sebelumnya, sambutan kali ini dianggap menjadi pentas terbaik untuk parti
berkenaan bermuhasabah berikutan prestasi dalam Pilihan raya Umum ke-12,
baru-baru ini.

Pelbagai tafsiran dibuat mengenai kekuatan UMNO berikutan keputusan berkenaan,
apatah lagi apabila Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di
Parlimen manakala empat negeri terlepas kepada pembangkang iaitu Kedah, Pulau
Pinang, Perak dan Selangor. Di Wilayah Persekutuan pula, BN hanya menang tiga
daripada 13 kerusi dan BN juga gagal menawan kembali Kelantan. Sokongan yang
diterima oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dijadikan sandaran untuk
menimbulkan persepsi bahawa UMNO kini semakin ditolak oleh orang Melayu.

Walaupun pelbagai tafsiran dibuat berhubung kedudukan UMNO, namun Presiden UMNO,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempunyai pandangan beliau sendiri.Dalam wawancara khas dengan Mingguan Malaysia yang dijawab secara bertulis oleh Perdana Menteri, beliau mengulas pandangan-pandangan yang dilemparkan kepada UMNO.


Bagi Abdullah, UMNO tidak mengalami kemerosotan sokongan daripada orang Melayu biarpun prestasi parti itu agak menurun dalam pilihan raya umum.


‘‘UMNO masih kekal tunjang kekuatan Melayu,’’ itulah hujah Abdullah.Bagi Perdana Menteri, UMNO tetap dengan perjuangan asal dan tetap mempertahankan maruah Melayu. Menurut beliau, orang Melayu tidak meninggalkan UMNO dan kuasa Melayu belum terhakis.

Dalam wawancara itu juga, beliau turut mengulas mengenai dakwaan kononnya UMNO
tunduk kepada tekanan parti komponen BN. Bagi Perdana Menteri tidak timbul soal
tunduk kerana apa juga keputusan yang dibuat dalam BN ia dilakukan secara
konsensus.

Sempena sambutan ulang tahun UMNO hari ini, Abdullah memberikan pesanan kepada
ahli-ahli parti dengan berkata, “Kita tidak ada masa untuk bertelagah atau
memikirkan mengenai apa jawatan yang perlu kita pegang semata-mata kerana ada
Mesyuarat Agung.’’


ABDULLAH: Selepas enam dekad, UMNO telah mengalami pelbagai peristiwa, rintangan
dan cabaran politik dalam sejarahnya. Ujian dan cabaran ini datang dalam pelbagai bentuk.

Yang terbesar adalah masalah parti-parti serpihan yang tumbuh dan tertubuh
apabila beberapa pemimpin telah membawa pengikut-pengikut mereka keluar parti
UMNO atas sebab-sebab yang berbeza dari semasa ke semasa.


Bermula dengan Pas pada tahun 1951; Parti Negara yang dipimpin sendiri oleh
Datuk Onn, Pengasas UMNO; Parti Melayu Semangat 46 yang dipimpin oleh Tengku
Razaleigh Hamzah dan yang mutakhir adalah PKR di bawah pimpinan "de facto leader"nya Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Apapun yang berlaku, sejarah melihat UMNO terus dengan perjuangannya untuk membela orang-orang Melayu, orang-orang Islam dan di samping itu menjadi pelopor kepada perjuangan untuk semua orang Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa bagi mendapat tempat dan perhatian dalam negara ini.


Jangan pula kita lupa, di sebalik peristiwa-peristiwa tersebut, UMNO terus memenangi setiap pilihan raya umum bermula dari pilihan raya pertama pada tahun 1955 dan seterusnya, selama 12 kali berturut-turut termasuk pilihan raya pada tahun ini. Kemenangan UMNO adalah bersama parti-parti komponen dalam Perikatan dan seterusnya dalam Barisan Nasional (BN).


Keputusan pilihan raya umum (PRU) lalu menunjukkan sokongan orang Melayu di beberapa negeri semakin terhakis, apakah ini menunjukkan bahawa UMNO tidak lagi dilihat sebagai tunjang kekuatan Melayu?

ABDULLAH: Kalau diperhatikan secara teliti akan keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, UMNO tidak mengalami kemerosotan seperti yang didakwa. UMNO memenangi 85 peratus daripada kerusi yang ditandinginya tetapi majoriti yang telah diperoleh oleh calon-calon UMNO kurang daripada yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2004.


Walaupun begitu, orang Melayu tidak meninggalkan UMNO secara total. Kuasa orang Melayu belum terhakis. Saya setuju jika prestasi kita diperkatakan menurun, tetapi UMNO masih kekal sebagai tunjang kekuatan Melayu.Sebagai Presiden UMNO, apakah yang dilakukan oleh Datuk Seri dalam usaha mengembalikan semula keyakinan orang Melayu terhadap UMNO di semua peringkat?


ABDULLAH: Sebaik sahaja tamat Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu, saya telah menemui semua ahli Perhubungan UMNO Negeri di seluruh negara yang terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian UMNO di setiap bahagian. Mereka telah menyuarakan pandangan, saranan, pendapat dan cara-cara memperkukuhkan semula parti.


Pertemuan ini telah diadakan di kediaman saya dalam beberapa siri secara tertutup. Pertemuan tersebut diikuti dengan lawatan Jawatankuasa Pengurusan ke negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Pertemuan-pertemuan selanjutnya akan diadakan dari semasa ke semasa.


Pada pendapat saya, di samping usaha mengukuhkan parti, UMNO bersama-sama dengan parti-parti komponen lain dalam BN perlu meyakinkan rakyat tentang kemampuan Kerajaan Barisan Nasional untuk memberikan khidmat yang terbaik, melaksanakan tanggungjawabnya dan memenuhi janji-janji yang dibuat dalam PRU ke-11 dan 12 yang lalu.

Ada pandangan yang menyatakan kemerosotan sokongan terhadap UMNO juga disebabkan oleh kepimpinan parti yang dilihat terlalu liberal dan sering tunduk kepada tekanan parti komponen BN. Apa komen Datuk Seri?


ABDULLAH: UMNO bukanlah parti yang tunduk kepada tekanan daripada mana-mana pihak. Jika ada apa-apa permohonan yang wajar, UMNO tidak keberatan untuk memberi sokongan kepada permohonan tersebut. Ini adalah amalan yang berlaku dalam muafakat BN. Parti-parti komponen dalam BN semuanya membuat keputusan mengenai satusatu perkara berasaskan konsensus. Soal liberal dan sikap terbuka tidak timbul.


Dalam Kongres Permuafakatan Melayu di Johor Bahru, mereka mendesak supaya UMNO dan Melayu tidak terlalu tunduk kepada tekanan kaum lain termasuk komponen BN. Apakah jaminan bahawa UMNO akan benar-benar tegas dalam soal ini?


ABDULLAH: UMNO tetap dengan perjuangan asal. UMNO tetap mempertahankan maruah
Melayu. Itu sudah termaktub dalam perlembagaannya. Yang penting dan perlu diingat adalah UMNO berada dalam Barisan Nasional. Muafakat dan kebijaksanaan, kesederhanaan serta keadilan dan kesaksamaan perlu menjadi amalan dalam mengambil tindakan.


Sama ada hendak akui atau tidak, salah satu sebab kenapa UMNO dikatakan ditolak oleh orang Melayu di peringkat akar umbi ialah kerana parti itu kini dilihat seperti 'dikuasai' golongan elit. Apa kata Datuk Seri?


ABDULLAH: Sekali lagi ingin saya tegaskan, UMNO tidak ditolak di akar umbi. Di luar bandar UMNO tetap kukuh. Kekuatan UMNO dibina dari peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya peringkat Majlis Tertinggi. Yang menganggotai barisan kepimpinan parti terdiri daripada mereka yang mendapat sokongan ahli-ahli parti di semua peringkat. Di samping itu, kebanyakan mereka terdiri daripada individu-individu yang telah memenangi pilihan raya dengan sokongan majoriti rakyat.


Bagaimana hendak membina balik semangat perjuangan yang sudah terhakis itu?


ABDULLAH: Semangat juang tentulah mesti relevan dengan masa. Dulu perjuangan menuntut kemerdekaan. Selepas merdeka, perjuangan bagaimana mengisi kemerdekaan sehingga berjaya. Bila berjaya, perjuangannya adalah bagaimana mengurus kejayaan.

Tiada yang terhakis. Cuma kaedah dan isi perjuangan berbeza kerana peredaran masa. Tetapi soal pokok, iaitu pembelaan nasib bangsa, agama dan negara terus menjadi 'core' kepada perjuangan. Mungkin ini yang perlu dihidupkan semula, diperkukuhkan. Sejarah perjuangan bangsa perlu diterap semula. 'Legitimacy' kewujudan orang Melayu di bumi ini mesti difahami oleh semua kaum tanpa menjejaskan hak-hak kaum lain.


Bagaimana hendak mengembalikan rasa bangga menjadi ahli UMNO?


ABDULLAH: UMNO mesti terus memperkasa dan membangunkan bangsanya melalui penguasaan ilmu pengetahuan, kedaulatan bahasa, kemuliaan akhlak dan agama, integriti dan maruah bangsa, kedaulatan Raja-Raja dan kesucian Islam. Semua ini adalah perkara-perkara yang tidak boleh dikompromi. Kita tidak boleh membiarkan perkara ini terhakis dan dipinggirkan. Itulah intipati perjuangan yang menjadi kebanggaan kita.



Pilihan raya umum yang lalu juga menunjukkan generasi muda Melayu seolah-olah tidak peduli terhadap apa yang akan terjadi kepada UMNO, oleh itu apakah usaha yang akan dilakukan oleh UMNO untuk memberi pemahaman dan menarik sokongan golongan berkenaan?

ABDULLAH: Inilah cabaran besar kepada golongan muda dalam UMNO khususnya Pergerakan Pemuda dan Puteri bagi memastikan orang muda Melayu mengetahui, memahami dan menghayati sejarah perjuangan UMNO.


UMNO mesti pergi kepada mereka, tidak boleh membiarkan atau menunggu mereka datang. Pemuda UMNO mesti mencari ahli-ahli baru, menyebar risalah, memilih 'kader' dan melatih mereka. Golongan muda mesti didekati dan diajak bersama. Secara tegas, Pemuda dan Puteri UMNO mesti menjadi contoh sebagai pejuang yang bersemangat patriotik, berintegriti dan berjaya dalam hidup mereka serta tidak angkuh.


Bagaimana Datuk Seri melihat sokongan orang Melayu terhadap parti-parti lain seperti Pas dan PKR, apakah kehadiran mereka boleh menghakis populariti UMNO dan bolehkah mereka mengambil alih peranan UMNO membela Melayu?


ABDULLAH: UMNO parti sederhana. Kita bela Islam, kita bela Melayu, tetapi dalam waktu yang sama kita bela juga kaum-kaum lain yang berbeza agama.Saya percaya, rakyat akan terus memilih UMNO sekiranya mereka memahami perjuangan dan dasar UMNO. UMNO tidak boleh membiarkan persepsi buruk yang dilemparkan oleh pembangkang terhadapnya.UMNO mesti berkerja kuat untuk melenyapkan persepsi negatif tersebut. Jika ini dapat dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam memberikan khidmat kepada rakyat, UMNO akan tetap menjadi parti pilihan pertama rakyat Malaysia.


Tahun ini UMNO akan berhadapan dengan pemilihan parti. Pada pandangan Datuk Seri barisan kepimpinan seperti manakah yang sepatutnya dibentuk dalam UMNO bagi memastikan ia terus relevan dan diterima kembali oleh rakyat?


ABDULLAH: Perjuangan asal UMNO mesti terus dikekalkan. Kita mahu pemimpin yang ikhlas, jujur, beramanah serta memahami perjuangan UMNO. Perjalanan kita masih jauh. Bangsa-bangsa yang besar memerlukan antara 100-150 tahun untuk membina tamadun mereka.

Kita baru 50 tahun tetapi kita sudah mula menunjukkan kejayaan. Kita mesti mengurus kejayaan kita ini dengan baik serta memperbaiki kelemahan kita. Kita mesti bersatu dan bersetia. Itu sahaja rahsia dan petuanya.


Sempena ulang tahun UMNO yang ke-62, apakah seruan Datuk Seri kepada ahli UMNO dan orang Melayu?


ABDULLAH: Slogan UMNO cukup jelas dan sentiasa relevan. Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. Kita tidak ada masa untuk bertelagah atau memikirkan mengenai apa jawatan yang perlu kita pegang semata-mata kerana ada Mesyuarat Agung.

Parti kita telah mendapat mandat rakyat untuk terus mentadbir negara ini. Kita mesti menguruskan kejayaan ini dengan baik dan menangani masalah dengan penuh hemah, jujur dan bertanggungjawab.


Banyak kerja yang kita mesti lakukan. Kita mesti memastikan negara terus aman, stabil dan makmur. Kualiti hidup rakyat mesti terus diperbaiki. Bekalan makanan mencukupi dan kita mesti menyediakan tempat tinggal yang selesa dan elok, serta menjamin kebebasan rakyat untuk terus hidup di negara ini dengan harmoni dan selesa. UMNO dan orang Melayu mesti menguruskan kejayaan yang telah dibina selama ini untuk terus menjadi bangsa yang bermaruah dan dihormati.UMNO harus perkasa agenda Melayu-Islam


Hari ini usia UMNO mencecah 62 tahun. Kebiasaannya pada usia 62 tahun ini, seseorang manusia dianggap cukup matang terutamanya selepas menempuh pelbagai peristiwa suka duka dan pahit getir kehidupan. Namun pada usia sebegini, kadangkala manusia juga mampu tergelincir sekiranya segala pengalaman lalu tidak dijadikan iktibar untuk mendepani masa depan yang lebih mencabar.

Begitu jugalah dengan realiti UMNO sebagai sebuah organisasi politik yang sudah mencecah usia lebih enam dekad ini. Segala pengalaman lalu tidak kira yang manis mahupun pahit seharusnya diambil pengajaran oleh generasi pelanjut perjuangan agar masa depan mampu dilakar sebaiknya demi survival parti dan manfaat umat sejagat.


Hakikatnya, keupayaan UMNO untuk terus kekal relevan dalam mengemudi bahtera perjuangan bangsa amat tergantung kepada keupayaan warganya memahami realiti
semasa yang melatari landskap sosial dan pemikiran masyarakat hari ini.
Kegagalan menanggapi realiti dan mengolah strategi berkesan boleh mengakibatkan
organisasi menjadi usang dimamah waktu hingga kehadirannya tidak lagi dirasai
bahkan ketiadaannya pula disyukuri.

Apa yang lebih merungsingkan penulis andainya pendokong-pendokong UMNO semakin
terhakis nilai perjuangan hinggakan yang lebih mengakar ialah nilai individualistik dan materialistik yang mampu menjahamkan parti. Memang ketika ini semakin banyak gejala yang mengisyaratkan kepudaran idealisme perjuangan di kalangan para pendokong perjuangan.


Politik wangMengakarnya gejala politik wang misalnya adalah salah satu petanda bahawa perjuangan politik sedang mengalami krisis pendangkalan nilai yang parah. Lebih membimbangkan penulis sekiranya generasi pewaris diselaputi pemikiran bahawa perjuangan parti merupakan kerjaya cari makan atau lebih serius lagi jika ditanggapi sebagai wahana mengaut keuntungan, memperkayakan diri, keluarga dan suku-sakat.


Akhirnya, parti akan semakin hilang manusia-manusia berjiwa pejuang yang sanggup berkorban jiwa-raga dan harta benda demi sebuah perjuangan yang luhur dan suci. Sebaliknya yang lahir adalah petualang-petualang berjiwa rakus yang sentiasa bersiap-siaga menghidu peluang dan ruang untuk memuaskan serakah nafsu yang tidak pernah kenal erti puas.

Sebab itulah, usaha penjernihan harus segera dilakukan bagi membentuk idealisme luhur di kalangan generasi pewaris UMNO kini. Idealisme perjuangan yang dimaksudkan pastinya tidak boleh lari daripada matlamat asal perjuangan UMNO iaitu memartabatkan agenda melayu-Islam sebagai teras perjuangannya.


Yang dimaksudkan dengan agenda Melayu-Islam tentunya meletakkan agama Islam sebagai teras perjuangan bangsa Melayu dalam konteks negara Malaysia. Inilah sebenarnya keunikan dan kedinamikan perjuangan kebangsaan di Malaysia yang tidak

boleh terpisah daripada unsur-unsur penyepaduan antara elemen kaum dan agama.


Malah takrif Melayu itu sendiri menurut perlembagaan negara ialah seseorang yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu. Tanpa Islam, Melayu akan kehilangan segala-galanya termasuk maruah dan keperibadiannya. Sebarang usaha menanggalkan Islam juga bererti menghilangkan nilai kemelayuan itu sendiri. Melayu yang tidak menghayati Islam tidak mungkin berjaya muncul sebagai teras bangsa Malaysia.


Sejarah jelas membuktikan bahawa hubungan Melayu dengan Islam sebenarnya telah begitu sebati sejak kedatangan Islam pada abad ke-13 Masihi lagi. Semenjak itu Islamlah yang menerasi keperibadian Melayu, mendasari pemikiran Melayu dan seterusnya membentuk jatidiri Melayu. Bahkan Islam adalah satu-satunya benteng ketahanan umat Melayu.


Sepanjang sejarah perjuangan Melayu, Islam sentiasa menjadi sumber dinamika dan daya juang setiap pendukungnya. Walaupun satu ketika penjajah berjaya merobek jiwa dan citra Melayu hingga tumbuh kelompok peribumi pengagum dan pengagung Barat, namun tahun-tahun mutakhir menunjukkan Melayu semakin cenderung untuk kembali menyatu dengan Islam.

KegemilanganSesungguhya kita hanya mampu mencipta kegemilangan dengan kembali kepada akar budaya sendiri dan bukannya dengan cara mencedok dan menciplak budaya asing. Sebab itulah usaha mempersiapkan generasi pewaris yang kuat harus dimulai dengan penjanaan pendokong parti yang terbangun di atas dinamika ketakwaan, keimanan dan keilmuan yang kental. Generasi muda yang dibangunkan di atas dasar tauhid pasti akan lebih memahami dan menjiwai amanah perjuangan umat yang bakal diwariskan kepada mereka.


Keterikatan kepada prinsip dan nilai-nilai agama dengan sendirinya membentengi mereka daripada segala bentuk penyimpangan yang boleh memporak-perandakan agenda besar perjuangan bangsa dan negara.Namun kesedaran terhadap agama semata-mata tidak cukup untuk menjelmakan generasi Islam sejati. Kesedaran yang membuak-buak juga tanpa didasari kefahaman mendalam berasaskan ilmu yang sahih pastinya tidak akan mampu membentuk generasi Islam yang bertamadun dan berkualiti tinggi.


Sebaliknya apa yang lebih penting ialah bukan sahaja mewujudkan generasi yang ghairah dan berkesedaran tinggi terhadap Islam tetapi yang lebih utama menjana generasi yang benar-benar menjiwai Islam dalam segenap aspek kehidupan berpandukan suluhan ilmu yang benar.


Hakikat yang tidak boleh dinafikan, kegagalan menanggapi Islam dengan faham ilmu sebenar boleh menjerumus umat ke arah kesesatan dan penyelewengan. Bahkan kesedaran tinggi sahaja tanpa didasari kekuatan ilmu pasti akan menjerumus umat kepada kebinasaan.


Justeru usaha membina generasi pewaris Melayu yang kuat merupakan jihad yang harus mendapat perhatian pucuk pimpinan UMNO terutamanya dalam menghadapi pelbagai realiti cabaran masa kini dan hari depan. Apa yang harus dikhuatiri, kegagalan mempersiapkan generasi pelanjut perjuangan yang beridealisme Islam yang luhur hanya mengundang kecelakaan bukan sahaja kepada survival parti malah masa depan bangsa, agama dan negara.

Cukuplah isyarat al-Quran mengenai keperluan membina generasi pewaris yang kuat menjadi pedoman buat kita semua: Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat yang lemah. (an-Nisa: 9).

62 tahun bersama rakyat


''PULAU Pinang sudah jadi milik DAP,'' Begitulah kata-kata yang tergerak di hati
penulis sebaik saja pesawat MAS melintasi Jambatan Pulau Pinang sebelum mendarat
di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada Ahad minggu lalu. Jambatan
Pulau Pinang yang dulunya mendapat kritikan dan bangkangan pihak tertentu kini
menjadi keperluan malahan jambatan kedua diperlukan. Dan ketika berada di dalam
sebuah bangunan di Seberang Jaya, sekali lagi terdetik di hati penulis bagaimana
akhirnya Lim Kit Siang memenuhi impian untuk menawan Pulau Pinang. Beliau
pastinya berbangga apabila gambar anaknya yang menjadi Ketua Menteri menghiasi
dinding-dinding di dalam bangunan kerajaan dan swasta


Begitulah landskap politik selepas pilihan raya umum lalu. Perubahan bukan sekadar di Pulau Pinang tetapi juga di Kedah, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Hasrat mengambil balik Kelantan tidak kesampaian. Barisan Nasional (BN) kecundang kepada Pakatan Rakyat (PR) - Pas, PKR dan DAP - yang gagasannya hanya diumumkan secara rasmi selepas pilihan raya umum.

Setelah lebih lima dasawarsa menguasai pentas politik negara, pilihan raya umum
lalu merupakan detik yang sukar dilupakan oleh Barisan Nasional (BN) khususnya
UMNO. Sebaliknya ia perlu dijadikan iktibar untuk terus melangkah ke hadapan
bagi memastikan kewujudan parti Melayu terulung itu tidak hilang di bumi ini.


Hari ini usia UMNO genap 62 tahun selepas ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Johor
Bahru. Walaupun dimatikan seketika pada 4 Februari 1988 tetapi perjuangan UMNO
atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) berterusan. Ini kerana
antara tujuan penubuhan UMNO ialah memajukan dan memperbaiki keadaan orang
Melayu dan selagi ada Melayu di bumi Malaysia ini - maka perjuangan itu tidak

boleh dibiarkan mati. Maka sekali pun pemimpin silih berganti bermula daripada
Datuk Onn Jaafar (1946 - 1951),
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj (Ogos 1951 - September 1970),
Tun Abdul Razak Hussein (September 1970-Januari 1976),
Tun Hussein Onn (Januari 1976 - Jun 1981),
Tun Dr. Mahathir Mohamad (Jun 1981- Oktober 2003)
dan kini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, perjuangan untuk Melayu tetap diteruskan.


Namun keputusan pilihan raya umum lalu menyebabkan ahli-ahli UMNO mulai gusar. Apakah UMNO masih relevan? Adakah kewujudan UMNO akan dapat terus dipertahankan sehingga mencapai usia sekurang-kurangnya 100 tahun? Apakah kuasa yang ada padanya juga dapat dipertahankan? Atau adakah ia akan mengalami kemerosotan pengaruh seterusnya disingkirkan daripada arena politik nasional seperti dialami parti-parti yang seusianya di negara-negara lain?


Hakikatnya, jika mengikut teori pendulum atau putaran hidup, apa yang naik akhirnya akan turun. Dan UMNO sebagai pertubuhan politik tidak dapat mengelak daripada mengalami zaman kemerosotan dan kejatuhan. Malahan dalam sejarah tamadun manusia, tidak ada kerajaan yang boleh bertahan hingga bila-bila. Maka ada yang berkata selepas 50 tahun, UMNO akan memasuki era menopaus, ketahanan untuk melawan 'penyakit' juga berkurangan.


Adakah apa yang dialami pada Mac lalu sebagai tanda- tanda awal ke arah itu? Apakah dalam usianya yang mencecah 62 tahun, UMNO perlu mengalah?Jalan keluarSebenarya masih ada jalan keluar, asalkan ia sentiasa bersedia dan sanggup memperbaharui diri. UMNO tidak boleh membiarkan parti itu menopaus.

Seperti amanat Abdullah pada sambutan 11 Mei tahun lalu, beliau mahu orang Melayu sentiasa berjuang mempertahankan UMNO bagi memastikan parti itu terus memimpin kerajaan.


''Saya harap pada masa 100 tahun kita merdeka, UMNO masih ada, masih kuat, masih memimpin dan masih ada dalam kerajaan bersama-sama parti komponen BN yang lain
kerana agenda membangunkan bangsa dan negara belum selesai,'' katanya.

Sebagai parti politik Melayu, keunggulan UMNO masih belum dapat disaingi oleh mana-mana parti Melayu lain yang memang berusaha menjadi alternatif kepada UMNO. Justeru, UMNO tidak mampu untuk mengalah hanya disebabkan 'tsunami politik' baru-baru ini yang kesannya masih terasa sehingga sekarang.


"Apa yang perlu dilakukan ialah UMNO mesti merakyat semula. UMNO memerlukan
pendekatan yang sama ketika mula-mula ditubuhkan di mana ketika itu ia benar-
benar mewakili suara hati Melayu,'' kata Ketua UMNO Bahagian Lumut Datuk Dr.
Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, merakyat bermaksud UMNO tidak boleh dilihat sebagai parti elitis
yang tidak lagi mementingkan masalah-masalah asas masyarakat atau pemimpin di
cawangan tidak lagi mewakili permasalahan yang mewakili jiwa nurani rakyat di
peringkat akar umbi.


Baginya, UMNO belum mengalami 'gerhana politik' - yang merujuk kekalahan di lima
negeri yang sebenarnya turut mempunyai hubung kait dengan prestasi parti-parti
komponen BN. Tetapi pada masa yang sama segala kelemahan dalam UMNO sebagai
tulang belakang BN perlu diperbaiki.


Dalam hal ini penjenamaan semula UMNO perlu dilakukan supaya parti itu tidak
lagi digambarkan seperti mempunyai semangat cara lama sedangkan banyak perubahan
sudah berlaku dalam masyarakat hari ini khususnya di kalangan generasi baru.


"Bahasa politik kini sudah lain, contohnya apabila kita memperkatakan semangat
ketuanan Melayu. Apakah cara untuk memberi keyakinan kepada generasi baru
mengenai ketuanan Melayu, hak dan sikap kita kepada raja-raja,'' katanya.


Dr. Zambry juga menarik perhatian mengenai sikap ahli-ahli yang terus mahu 'berperang'
di peringkat bahagian dengan politik wang yang menggejala seolah-olah mereka
berasa parti begitu kuat dan tidak merasai gegaran politik yang berlaku
baru-baru ini.

"Mereka harus ingat ketika mereka sedang berperang dan berkelahi di bawah, ada
parti politik lain yang cuba untuk menjadi lebih efektif bagi mewakili rakyat,'' katanya.

Bagi pensyarah politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Mustafa
Mohamad Ishak, beliau berpendapat UMNO dan kepimpinannya mesti menunjukkan
bahawa mereka masih mampu memimpin, mengawal dan menguasai keadaan.


"Krisis keyakinan perlu dipulih segera. Semua peringkat pimpinan perlu bertindak supaya tidak terlambat,'' katanya yang mengakui bahawa UMNO memerlukan kepimpinan yang mampu untuk menyatukan semula parti di segenap pimpinan bagi memikat semula hati rakyat.


Pada masa yang sama, UMNO juga perlu berusaha untuk membantu memulihkan parti
komponen BN yang juga dikatakan dalam kecelaruan punca dan arah."Tidak cukup jika sekadar UMNO memperbaiki diri. BN perlu kuat untuk menghadapi Pakatan Rakyat secara gentleman. Jangan remehkan mereka tetapi kritiklah dengan tegas dan yakin mengenai risiko jika negara berpecah belah,'' katanya.

Maksudnya negara tidak mampu bersaing malahan akan tertinggal di belakang apabila ada dua dasar yang saling bercanggah berjalan serentak iaitu satu di peringkat pusat dan satu lagi di peringkat negeri.


Berdasarkan kenyataan dan pandangan ini, jelaslah bahawa UMNO masih mempunyai
peranan besar dan akan terus relevan sekiranya beberapa pembaharuan dilakukan.
Dan pada masa yang sama biar apa pun cabaran yang dihadapi oleh UMNO pada hari
ini, slogan parti berasaskan kepada 3B iaitu Bersatu, Bersetia, Berkhidmat perlu menjadi pegangan ahli-ahli. Mereka tidak mampu lagi bertelagah sebaliknya selesaikan segala kemelut yang melanda secara hikmah.


Ingatlah, perjuangan UMNO belum selesai biarpun di luar musuh-musuh parti itu
berkata, parti berusia 62 tahun itu sudah tidak relevan. UMNO perlu menoleh ke
belakang untuk melihat sejarah kejayaan tetapi pada masa yang sama harus memandang ke hadapan. Bukannya undur setapak. Bukanlah masanya untuk bernostalgik atau terlalu taksub dengan kejayaan yang lepas kerana akhirnya membuatkan ahli-ahli begitu selesa atau complacency.


Budaya selesa inilah akhirnya membuatkan ahli-ahli hilang arah dan haluan perjuangan lebih-lebih lagi di kalangan generasi yang tidak pernah merasai pahit getir perjuangan generasi lama UMNO.


Justeru idealisme perjuangan parti perlu diterapkan kepada ahli-ahli dan komitmen terhadap idealisme itu perlu terus digilap sesuai dengan perubahan masa. Mungkin apabila disebut idealisme perjuangan, elok juga direnung kembali ucapan

terakhir (1977) 'Singa UMNO' ketika memimpin Pemuda UMNO Malaysia. Allahyarham


Tan Sri Syed Jaafar Albar antara lain berkata: Dalam perjuangan, kita mestilah
serius. Selain dari serius, dalam keadaan serius kita juga, kita mestilah jujur. Inilah dua syarat yang penting untuk mencapai atau sampai ke matlamat yang kita tuju. Kalau kita tidak serius, (atau) kalau kita serius tetapi untuk kepentingan diri, bencana dan celaka juga padahnya kepada bangsa dan keturunan kita yang akan datang''.


Begitu juga bait-bait terakhir sajak Perjuangan yang belum selesai cetusan Dr. Mahathir bahawa: Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita, bukan sekadar merdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-selamanya. Hari ini jalan ini pasti semakin berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa. Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekap dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya berjaya,"

Maka pada ulang tahun kelahiran ini, ahli-ahli UMNO tidak seharusnya kecewa dengan situasi politik yang berlaku pada hari ini sebaliknya berusahalah untuk bangkit meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Zakat tidak cukup

Baru-baru ini Saya melihat sendiri sebuah kedai/kilang Kuih lapis terkemuka di Kuching terbakar. Dikatakan koleksi buku sebanyak 500 buah musnah. Tempahan pelanggan 200 kuih hangus. Malang memang tidak berbau.

Dua hari lepas saya ada bersembang dengan seorang kawan. Dia adalah keluarga saudagar Kek Lapis Sarawak tersebut. Saya bergurau dengan menyatakan mungkin zakat tidak cukup. Dia meletakkan satu jari telunjuk dihidung dan jari telunjuk lain menunjuk pada saya (isyarat setuju dengan kenyataan saya).

Kawan saya ni, tokey ikan terubok masin di Kuching. Tiap-tiap tahun pergi melancong ke luar negara. Tahun ini ke melancong ke France. Ini cerita beliau bayar Zakat. Menarik sebab itulah saya nak kongsi dengan pembaca semua.

Pada tahun 1992, dia mula perniagaan ikan terubok masin. Pendapatan boleh tahan juga mana tidakRM4000-5000/seminggu. Walaupun pendapatan lumayan tetapi beliau tidak ada simpanan. Duit tidak pernah cukup. Macam-macam perkara malang berlaku pada beliau. Duit hilang, kereta hilang dan emas hilang. Pada tahun 2000 beliau telah dibuka oleh Allah hatinya untuk membayar Zakat. Pada tahun 2001, beliau telah dapat menunaikan Haji. Hebat Zakat ini katanya. Berpuluh-puluh kali ganda pendapatan diberi oleh Allah.

Beliau juga kini seorang penderma yang tidak mahu publisiti. Marilah sama-sama kita ambil cerita ini sebagai ikhtibar

Launching Of Sarawak Reef Ball Project

Hari ini saya berkesempatan ke Majlis Perlancaran Sarawak Reef Ball Project di Dewan Jabatan Perikanan Laut, Santubong, Sarawak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang berbahagia Tuan Hj. Nordain Majais, sebagai wakil Dato Sri Hj. Awang Tengah.

Saya juga berkesempatan ke Pulau Satang Besar untuk makan tengahari. Melihat dan menyaksikan bagaimana tukun tiruan di masukkan ke dalam laut satu pengalaman yang menyeronokkan. Ia saya nak kongsikan dengan anda. dalam photo dibawah.

First virus to infect another virus

A virus's virus

researchers have discovered the first virus to infect another virus, according to a study appearing tomorrow in Nature. The new virus was found living inside a new strain of the viral giant, mimivirus.

"This is one parasite living on another parasite, which is really fascinating," Michael Rossman, microbiologist at Purdue University, who was not involved in the study, told The Scientist.

Didier Raoult and colleagues at the Universitee de la Mediterranee in Marseilles, France, discovered Mimivirus in 2003 from a water cooling tower in the UK. It primarily infects amoeba, although antibodies have been found to the virus in some human pneumonia cases. It measures in diameter about 400 nanometers (nm), while medium-sized viruses such as adenovirus and HIV measure closer to 100-200 nm.

In this study, Raoult's team found a new strain of mimivirus in water from a cooling tower in Paris. This new strain was even larger than mimivirus, so the researchers named it mamavirus. To their surprise, while examining the new strain with electron microscopy they saw a smaller virus attached to mamavirus. This small virus comprises only 20 genes (mimivirus has more than 900 protein-coding genes) and the researchers named it Sputnik.

The team quickly set to work to see what effect Sputnik was having on mamavirus. They found that Sputnik infects the replication machinery in mamavirus and causes it to produce deformed viral structures and abnormal capsids, where viral genetic information is stored. It had a similar effect on mimivirus. Because Sputnik's behavior so closely resembles what bacteriophage do to bacteria, the researchers called the new type of virus a virophage, and suspect it may represent a new virus family.

The researchers found that Sputnik's genes shared homology with genes from all three domains of life: Archea, bacteria, and eukaria. Some of the genes were homologous to novel sequences that scientists previously detected in a metagenomic study of ocean water. This supports the idea that Sputnik is part of a larger family of viruses, Bernard La Scolla, researcher at the Universitee de la Mediterranee and first author on the paper, told The Scientist.

15 th Malaysian Forestry Conference, Kuching Sarawak

Saya telah menghadiri 15 th Malaysian Forestry Conference di Hotel Hilton Sarawak. Conference 3 tahun sekali ini telah mengkumpulkan seramai lebih dari 250 forester dan mereka yang terlibat secara langsung dengan sektor perhutanan. Ia telah bermula pada 20-24 Oktober 2008.

Tema Conference kali ini adalah " Addressing Global Demands and Expection in Forestry. Empat hari persidangan telah menghasilkan 12 Resolution yang akan memberi hala tuju kepada sektor Perhutanan di Malaysia.

Majlis penutupan telah dihadiri oleh Setiausaha kerajaan negeri Sarawak. Beliau ada melahirkan kesangsian bagaimana sektor perhutanan dapat memainkan peranan yang penting Koridor Pembanguanan di Malaysia. Beliau juga menyarankan supaya satu perbincangan perlu di adakan untuk mengkaji Tema-tema Persidangan yang terdahulu dari segi pencapaian yang telah dicapai oleh sektor ini. Beliau juga mencadangkan supaya maklumat dari persidangan ini boleh di ekses melalui internet.

Salah satu kertas kerja yang paling menarik saya adalah tentang Biodiversity credit yang telah di buat oleh Jabatan Hutan Sabah di Ulu Segma Malua. Konsep ini secara ringkasnya pihak luar akan membayar kerajaan sesuatu nilai untuk mengekalkan hutan. Kawasan tersebut adalah kawasan yang berdekat dengan lembah Danum yang kaya dengan flora dan founa. Ia merukan zon pemampan. Terdapat banyak Orang Utan. Saya melihat konsep ini adalah konsep zakat dalam Islam. Ia telah di bawa oleh firma dari Australia. Pengarah Hutan Sabah menyatakan "It's is about Love, Love to nature".

Two firms in biodiversity credit venture

An Australian based forestry investment firm has partnered with the Sabah state government in Malaysia to create financial instruments that will allow palm oil producers to participate in forest conservation.

The agreement between Sydney-based New Forests Pty Ltd and the state in east Malaysia will help protect about a 34,000 hectares in the Malua Forest Reserve, which is home to orangutans, Sumatran rhinos and clouded leopards.

In return for an estimated $US10 million ($A11.4 million) investment to create a "conservation bank", New Forests will sell so-called biodiversity credits in the protected site on the island of Borneo, with the Malaysian government retaining ownership of the forest.

Similar to carbon credits, which create a financial incentive to reduce greenhouse gases, biodiversity credits are tradeable securities that reward activities supporting conservation and the sustainable use of native ecosystems.

It is the first time any Malaysian government has entered into an agreement to deliver wildlife conservation on a commercial basis, New Forests said.

New Forests managing director David Brand said the biodiversity credits will be sold to palm oil producers, energy companies and other businesses involved in the production of biodiesel - a clean burning fuel made from renewable sources such as palm oil.

Mr Brand said the initiative was modelled on the US endangered species banking market, that allows the sale and purchase of endangered species credits to offset the negative impact on those species and their habitats of certain activities.

"Palm oil companies can help protect rainforests, private investment can make a return from rainforest rehabilitation and conservation and the government can offer a solution to current concerns around oil palm plantations," he said.

"We hope that via a commercial approach to conservation, we may be able to contribute to a sustainable landscape on Borneo, that includes palm oil, timber production and wildlife conservation, all being managed on a commercial basis in harmony."

Neighbouring Indonesia is the world's largest producer of palm oil.

Malaysia is expanding rapidly into the palm oil market, but most of the development has occurred in tropical rainforests areas drawing the ire of environmental groups which claim it is contributing to global deforestation.

The Malua Forest Reserve is an integral part of the Ulu Segama-Malua Forest Reserves, one of the largest and most ecologically diverse blocks of natural forest in Sabah.

The Malaysian government plans to terminate logging in the forest by the end of this year and support the future conservation management of the area for wildlife.

To Know more about biodiversity credit click here

The Five Pillars in Islam (ISLAM NOT EQUAL TERRORISM )

Penyerahan Kuasa Malaysia

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan bahawa beliau
tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti
itu Mac tahun depan sekaligus memberi laluan kepada timbalannya, Datuk
Seri Najib Tun Razak untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri
selepas itu.

Ini merupakan penyerahan yang kedua selepas Tun Mahathir membuat penyerahan pada perhimpunan agung lalu. Cuma Pak Lah lebih baik kerana di bincang dengan Komponen BN lain.

Tun Mahathir dalam blog chedet.com tidak percaya pak lah akan letak jawatan. Pak Lah meletakkan negara pada tahap yang terpenting. Semoga negara kita akan lebih makmur dan aman.

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger