Fakta Penting: (Saksikan video dibawah)
Petronas + Petronas Carigali =75%
65% daripada keuntungan Petronas dibayar kepada kerajaan oleh petronas.
Sekiranya tingkat lagi bayar kepada kerajaan . Petronas tidak dapat membangunkan medan minyak.
Dalam masa 34 tahun Petronas telah membelanja 178billion untuk membangunkan medan minyak.
1. Ada yang menyatakan rizab Negara akan habis 2012?
Negara kita net ekspoter. Pengeluararan lebih permintaan.
Pada tahun 2011-14 kita menjadi net impoter. Bermasksud kita tidak mengeksport lagi.
Malaysia jadi net impoter. 30% rizab Petronas diluar Negara. Spt Sudan dan Indonesia.
2. Petronas menggalakkan pengunaan NGV tingkatkan Gas?
Kita risau minyak akan habis. Malaysia telah keluar minyak sejak 1900 lebih 100 tahun lalu.
Petronas hasilkan 700,000 beral sehari. NGV diguna disubsidi oleh petronas.
Harga Stesen 68sen + subsidi RM2.00 = Harga Subsidi RM2.68 seliter.
Subsidi dibayar oleh Petronas.
Fakta:
Kos letrik di Stesen Petronas jual minyak RM5,000 sebulan. Di jual NEG RM16,000 sebulan. Disubsidi Petronas. NGB mesti berdekatan dengan stesen penapisan gas.
3. 10 tahun lepas Petronas beli MISC. Pulangan untung atau tidak betul?
2 peringkat.
Petronas melabor dalam MISC 30%. Bukan ambik alih. MISC diurus oleh Kuam. Tujaan untuk incoperat sektor kargo dangan MLNG .
Pembelian kapal kepada konsetium. Pembelian
210 juta USD, 25 juta kapal Bug 3 Kapal LNG dalam kumpulan Petronas.
MSC owner operater.
Masa beli MSC keuntungan 610 juta. Kini 2 Bilion.
4. Sepang Circurt?
MAB miliki Circuit Sepang. Bukan Petronas. Petronas adalah penaja kepada team F1.
1995. Petronas ke arena global. Sebar jenama petronas. Sukan F1. 6 bilion. Petronas telah raih keuntungan dgn exposér.
Petronas sewa daya bumi. Elok petronas beli Dayabumi.
30,000 kerja dalam Petronas. Kenapa kami di rotan . Keluar minyak tetapi tungkus bekerja dipukul tinggal anak bini 2 minggu. Masalah global.
Utusan Malaysia, 17.6.2008
Petronas perlu terus bangunkan medan minyak
KUALA LUMPUR 17 Jun - Petroliam Nasional Bhd., (Petronas) tidak akan dapat melabur dan membangunkan medan minyak atau gas bagi kegunaan masa depan sekiranya pembayaran keuntungan kepada kerajaan ditingkatkan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata, pada masa ini Petronas membayar sebanyak 65 peratus daripada hasil keuntungannya setiap tahun kepada kerajaan.
Katanya, pembayaran itu menyumbang kepada 35 peratus daripada bajet tahunan kerajaan.
"Sekiranya kita meningkatkan lagi pembayaran kepada kerajaan, bermakna Petronas tidak akan dapat melabur atau membangunkan medan minyak atau gas untuk masa hadapan kita," katanya.
Beliau berkata demikian dalam rancangan Bersemuka Dengan Media terbitan RTM yang dihoskan oleh Datuk Johan Jaafar.
Turut sama dalam rancangan yang juga disiarkan beberapa saluran televisyen lain itu ialah Pengarang Ekonomi Bernama, Mikhail Raj Abdullah dan Pengarang Eksekutif The Edge, Ahmad Azam Mohd. Aris.
Mohd. Hassan berkata, jika Petronas tidak diberi kemudahan untuk membuat tabungan, beliau menjangkakan generasi akan datang tidak akan dapat menikmati hasil kekayaan petrolium negara.
"Dalam 34 tahun ini (sejak penubuhan Petronas), cuma RM178 bilion sahaja yang telah digunakan untuk membangunkan medan-medan minyak dan meningkatkan rizab negara.
"Jadi kalau Petronas tidak diberi kemudahan menabung untuk masa depan, saya rasa generasi akan datang tidak akan dapat menikmatinya," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menyuarakan mesej lebih 30,000 kakitangannya yang kecewa dengan kecaman masyarakat terhadap Petronas ekoran isu kenaikan harga minyak.
Beliau berkata, mereka amat terkilan kerana kenaikan harga minyak adalah masalah di peringkat global, bukannya kerana kesilapan Petronas.
Mohd. Hassan memberitahu kegiatan spekulatif dalam pasaran minyak dunia dan masalah geopolitik menyumbang kira-kira AS$30 dalam kenaikan harga minyak.
Katanya, kegiatan spekulatif itu menyumbang kira-kira AS$15-AS$20 dalam kenaikan harga minyak dunia.
"Antara AS$5-AS$10 dolar (AS) di dalam harga sekarang ini disebabkan oleh geopolitik yang tidak stabil dalam dunia," katanya.
Video 1.
Video 2.
Video 3.
Video 4
Video 5
Video 6
0 comments:
Post a Comment