Latest Article Get our latest posts by subscribing this site

Ucapan Tengku Mahkota Kelantan tentang Ketuanan Melayu















Tekan gambar untuk ke Laman web The Malaysian Bar.

Nik Elin Zurina Bt Nik Abdul Rashid , Malaysianbar.org.my pada 17 April 2008 lalu telah memberi komen Malaysiakini memutar-belit Ucapan Tuanku Faris iaitu Tengku Mahkota Kelantan. Beliau menyeru supaya orang Melayu bersatu.

Ini dari Malaysiakini

"Malays had given into granting non-Malays citizenship and the latter should therefore not seek equality or special treatment."

Di antara ucapan Baginda adalah:

6. Saya ingin menegaskan bahawa perkara utama yang harus diketahui dan difahami oleh semua orang ialah peruntukan perlembagaan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal Negeri-negeri Melayu, yang dijamin hak istimewa sebagai rakyat Malaysia. Disamping itu, Perkara 153(1), Perkara 160(2), Perkara

3(1), Perkara 152, Perkara 32 dan Perkara 38(1), Jadual kelima, berkaitan hakdan ketuanan Melayu mesti dipertahankan iaitu agama Islam adalah agamarasmi Malaysia, Bahasa Melayu diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan negara Malaysia dan Raja-raja Melayu adalah Raja Berpelembagaan dan juga Ketua

Ugama, Insya Allah, di negeri-negeri yang menjadi sebahagian daripadaMalaysia. Perkara-perkara ini bukan sahajalah perlu dipertahankan tetapi juga dijadikan tiang seri atau tonggak kepada kelansungan Ketuanan Melayu Islam.

7. Adalah menjadi tanggungjawab rakyat melayu ISLAM memastikan perkaraperkara yang saya sebutkan tadi dipelihara dan dipertahankan sepanjang masa. Jangan ada mana-mana pihak yang menggugatnya dengan mempertikaikan Al Quran dan Hadith-Hadith. Orang-orang Melayu perlulah membulatkan tekad bersatu, jangan berpecah belah. Elakkan dari berpolemik yang boleh menjarakkan persefahaman sesama sendiri. Isu-isu ideologi, remeh temeh tafsiran pendapat yang pelbagai kesemuanya tidak menyumbang kepada perpaduan Melayu. Membincangkan polemik Negara Islam, Negara Sekular, Negara Kebajikan, menyebabkan rakyat menjadi semakin kabur. Ramai yang terpesong. Akibat daripada kekalutan ini, timbul satu senario di mana orang orang Melayu semakin terasing, menjarak dan menjauh. Kelemahan orang Melayu disebabkan kelemahan Iman dan Aqidah.


Anda boleh download ucapan penuh

1. Ucapan Tuanku Faris- Download

2. Malaysiakini - Tentang Ketuanan Melayu Download

Gambar tidak pandai berbohong

(sila tekan link Arkib Utusan)
Utusan malaysia, Jumaat 3 September 2004


(Maaf link berbayar)
Kedua gambar tidak pandai berbohong. Dua akhbar berlainan. Pada hari yang sama. Dalam kereta yang sama. Fikir-fikirkanlah.

Teknik sama masa berlainan

Sebelum pilihan raya 10 Mei 1969 dan 8 MAC 2008

Saya ingin menyentuh apa yang dinyatakan dalam buku 13 Mei tulisan Tuanku Abdul Rahman. Banyak yang boleh kita pelajari dari PRU 12 lalu. Banyak peristiwa yang seakan-akan berulang antara keduanya. Marilah kita muhasabah diri, apa kesilapan yang telah kita lakukan. Orang Melayu dah berani mengubah undi kepada Pakatan Rakyat. Selepas menang DAP telah membuang tepi dasar DEB. Dasar yang selama ini menyebabkan negara makmur dan ramai orang kaya adalah orang cina.

Unsur Provokasi-

Unsur provokasi telah disemarakkan dengan hukuman gantung dijatuhkan kepada 11 orang cina yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya kerana membantu pihak Sukarno menyerang selatan Malaysia pada 1968. Dr. Tan Chee Khoon ahli Parlimen Parti Buruh kawasan Batu minta penangguhan hukuman gantung. Mereka telah memungut tandatangan dari rumah ke rumah. Mereka telah membuat tunjuk perasaan secara liar telah di lakukan oleh orang-orang tertentu termasuk belia komunis. Unsur yang sama juga telah dilakukan oleh Hindraf dan Bersih sebelum pilihanraya ke 12.

13 Oktober 1968

Parti Buruh (iaitu Sosialis) telah mengistiharkan memulaukan pilihanraya 1969. Mereka mencontohi parti Sosialis Singapura. Ini adalah satu taik gerak saraf yang dilakukan oleh komunis dengan harapan dapat menyalakan api kemarahan kalau-kalau ada yang akan meletup dengan sendirinya. Pemulauan juga berlaku sebelum pilihanraya ke 12.

Mempengaruhi golongan belia.

Pada masa darurat sebelum merdeka golongan muda ini belum cukup umur untuk mengundi. Komunis menyesatkan pemikiran mereka. Golongan muda ini tidak tertarik kepada MCA dan mereka tidak bersetuju untuk berkerjasama dengan UMNO.

Pada pilihanraya ke 12 ini banyak saluran 3 dan 4 kumpulan orang muda cenderung menyokong pembangkang. Orang muda lebih mudah terpangaruh dengan sesuatu yang bertentangan dari apa yang sedia ada. Sikap ingin cuba-cuba menyebabkan 5 buah negeri tersungkur di tangan pembangkang.

Orang cina menyokong calon-calon PAS

Menurut Tunku , orang cina kedah telah pergi ke pondok calon PAS dengan alasan orang cina di Kelantan tidak teraniaya . Dalam Piliharaya ke 12 lalu perkara ini juga berlaku.

Provokasi Dr. Mahathir

Tun Mahathir telah menaikkan kemarahan orang cina dengan menyatakan sekalipun orang cina tidak menyokongnya, dia mempunyai harapan untuk menang. (mukasurat 21, perenggan 5).

Serangan Tun kepada Pak Lah sungguh hebat. Sedangkan semasa melantik Pak Lah di sendiri yang mengelar Pak Lah sebagai Mr. Clean.

Teknik mencemarkan nama baik UMNO

Pas melancarkan kempen menuduh UMNO pro-cina dan menjual negara kepada orang cina. Mereka memainkan sentimen bangsa.

Teknik menggunakan photo
Photo Encik Khir Johari yang memakai pakaian cina Mandarin yang diambil untuk suka-suka oleh beliau dan Kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina beliau telah disalah ertikan dan telah disebarkan dengan meluas oleh PAS. Tuduhannya adalah beliau sudah menjadi cina.

Gambar Tunku makan mengunakan chopstik dan seekor babi terhidang di atas meja telah menjadi bahan menghetam Tunku. Sebelum pilihan raya lalu Datuk Najib jadi mangsa. Gambar pak lah Tidur pun mereka nak guna.

Kerja sama DAP dan Pas

Orang cina telah menampal poster untuk calon Pas di kawasan Sepang, Selangor.

Provokasi supaya orang Melayu dan Cina Marah


Pembunuhan dengan kejam Allahyarham En. Kassim bin Omar seorang perkerja pilihanraya UMNO pada 24 April oleh belia Parti buruh. Ia diharap dapat mencetuskan kemarahan orang Melayu.

Lim Soon Seng belia cina dari Kepong yang mati ditembak Polis kerana melawan anggota Polis sedang menjalankan tugas.
Akibat dari peristiwa ini Yap Kau Pihak Parti buruh Cawangan Kepong dan Syed Hamid bin Syed Ali YDP Pesatuan Penuntut Universiti Malaya telah mengatur perarakan tersebut.

Ini adalah perarakan yang telah menimbulkan kemarahan orang Melayu dan Cina sehingga berlaku peristiwa 13 Mei 1969.Kesimpulan

Kalau kita lihat dari urutan peristiwa di atas Parti Pembangkang mengunakan keadah dan teknik yang sama iaitu menwujudkan perasaan marah kepada pemerintah dan membuat unsur provokasi yang menyebabkan rakyat menolak kepimpinan sekarang.

Adakah unsur dan perkara yang saya nyatakan di atas berlaku. Tidak dapat kita sangsikan ia berlaku walaupun cara dan keadah berlaku berlainan. Matlamanya tetap sama.

Sebelum pilihan raya ke 12 lalu. Kita lihat berlakunya tunjuk perasaan. Bersih, Hindraf dan peguam-peguam



Black 14 agenda perang Saraf Anwar

Adakah ini tanda kebangkitan rakyat? Atau satu lagi petanda 13 Mei cara baru. Konsepnya jelas memainkan emosi orang Melayu supaya marah. Marah yang teramat sangat sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Black 14 adalah keadah perang saraf yang dimainkan iaitu meletakkan nama yang memberi kesan atau impek yang jelas kepada orang ramai. Adakah ini anjuran bersih? Siapa kah yang menaja mereka? Adakah mereka datang sendiri? Atau mengunakan bas yang ditempah khas?

Kalau di Stadium Perak seramai 70,000 orang hadir. katakan Sewa sebuah bas RM2000 -3000. Berapa perbelanjaan mengangkut dalam jumlah paling kecil 10,000 orang. Katakan sebuah bas muat 40 orang.

Jadi memerlukan 250 bas x RM2000 = RM500,000.00 (setengah juta beb) banyak tu. Siapa yang bayar ya. Saya ni dari Sarawak. Mungkin tak faham. Kalau di sini nak bawa orang sebanyak itu perlu ada bas. Bas bermaksud duit?

Perhimpunan rakyat di Perak dan Selangor (Black 14). Dikira hampir 90,000 rakyat berhimpun di kedua-dua tempat tersebut termasuk di Stadium Perak (70,000) dan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung baru, Kuala Lumpur (20,000), kedua-duanya pada 14 April lalu.

Apa motif perhimpunan tersebut?

Pesanan Tuanku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.


"Tidak akan ada Sarawak tanpa Malaysia dan tidak ada Malaysia tanpa Sarawak. Oleh yang demikian kita seharusnya menghargai kenyataan bahawa pembentukan Malaysia telah di sedari kerana kehadiran Sabah dan Sarawak di dalamnya. Dan Malaysia akan terus wujud selama –lamanya ada perpaduan begini terdapat dikalangan semua negeri yang bercantum dalam Malaysia sekarang."

Ini adalah kenyataan dari Tuanku Abdul Rahman. Benar, kata-kata beliau. Pilihanraya lalu telah membuktikan kerajaan BN dapat memerintah Malaysia dengan kerusi Parlimen yang di sumbangkan oleh dua negeri ini. Rakyat Sabah dan Sarawak telah memberi dan membayar dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada BN. Tidak sia-sia peruntukan pembangunan yang terbesar diberi kepada dua negeri ini.

Pak Lah dan UMNO sendiri perlu kembali menjadi peneraju kepada perpaduan dan memastikan parti tersebut terus relevan dengan orang Melayu. Keadah yang digunakan oleh parti pembangkang dalam memenangi pilihanraya lalu perlu diteliti.

Sun Tzu menggunakan keadah menkucar-kacirkan lawan dengan menwujudkan huru-hara (tunjuk perasaan jalanan) sebelum boleh menawan musuh. Faktor musuh dalam selimut atau musuh dari dalam ini amat merbahaya kerana ia boleh melemahkan pertahanan.

Negeri Sarawak juga tidak terkecuali. Kini sudah ada tanda-tanda mereka mengunakan keadah yang sama dengan mengwujudkan kemarahan rakyat. Kalau perut kosong dan marah menyebabkan hilan pertimbangan dan resional.

Jadi marilah kita bersatu untuk memastikan anak cucu kita terus hidup dengan aman.




Bila DUN baru nak siap?




















Dengar khabar projek menghadapi masalah atap yang di tempah khas dari German tak dapat dipasang. Ini menyebabkan bahagian dalaman tergendala. Komplek DUN yang bernilai RM296.5 juta sepatutnya siap pada September 2007. Sekarang dah 2008. Apa dah jadi?

Komplek ini adalah sebahagian daripada masterplan yang melibatkan 172 ekar pembangunan di Pangkalan Sapi ditepi sungai Sarawak, Petrajaya, Kuching.

Rombakan kecil Kabinet Sarawak 2008

Ketika ini, PBB mempunyai lima menteri selain lapan menteri muda, diikuti SUPP yang diwakili dua menteri dan empat menteri muda.

PRS dan SPDP, masing-masing diwakili seorang menteri dan dua menteri muda.

Antara kekosongan dalam kabinet Sarawak 2008 adalah

Datuk Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi.(PBB)
Mantan Menteri Muda Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita
(Tidak Bertanding)

Datuk Sim Kheng Hui (SUPP)
Mantan Menteri Muda Kebudayaan dan Urbanisasi
(Kalah dalam Pilihanraya 2006)

Datuk Alfred Yap (SUPP)
Mantan Menteri Muda Pembangunan Bandar.
(Kalah dalam Pilihanraya 2006)

Datuk Dr Judson Sakai Tagal(SPDP)
Mantan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri
(Hal Ehwal Keselamatan) dan Menteri Muda Kesihatan Awam.
(Terbabit dalam nahas helikopter di pedalaman Miri pada Julai 2004)

Ketua Menteri menyatakanbeliau akan membawa generasi baru ke dalam kabinet negeri supaya dapat membawa pembaharuan dalam Kerajaan Negeri untuk menyediakan generasi baru sebelum mengambil alih.

Selepas Persidangan DUN dijangka akan berlangsung dari 5 hingga 14 Mei ini nama menteri dan menteri muda akan di umumkan.

Beberapa menteri yang disebut-sebut akan mengisi jawatan menteri muda

Read this doc on Scribd: cabinet sarawak 2008

Upacara Tepung Tawar - Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib

Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menaruh kepercayaan tinggi kepada generasi kedua (barisan pemimpin muda) bagi menerus-kan perjuangan memacu pembangunan negeri. Berucap pada majlis kesyukuran meraikan Ahli Parlimen Kota Samarahan merangkap Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib di sini semalam di Asajaya, Pehin Sri Taib yakin barisan muda dipilih pada pilihan raya umum lalu mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Pehin Sri Taib berkata rakyat Sarawak tidak seharusnya melupai segala perjuangan asal dalam membangunkan negeri ini sebagaimana nikmat pembangunan yang dikecapi kini.

“Sudah 40 tahun saya menjadi wakil rakyat di Samarahan ini… dan perjuangan politik kita adalah berasaskan pembangunan untuk rakyat.

“Justeru apa yang kita nikmati sekarang adalah hasil perjuangan asal kita.

“Oleh itu, rakyat jangan sesekali melupakan perjuangan asal demi meneruskan kemakmuran pembangunan yang dikecapi selama ini.

“Jika kita lupa perjuangan asal maka kita akan hancur dan menjadi ‘penumpang’ di negeri sendiri, ” katanya.

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger