Latest Article Get our latest posts by subscribing this site

Rosli Dhoby - Kisah di Astro bulan Mac 2008

Pada hujung tahun lalu pihak astro telah berhubung dengan saya melalui maklumat dalam laman web ini tentang penulis Buku Rosli Dhoby, mereka handak menghubungi En Rudi. Beliau adalah penulis buku Rosli Dhoby. Semua telah berjalan dengan lancar. Saya juga telah memberi maklumat tentang En Bolhassan Ainie anak saudara Rosli Dhoby.

Pihak astro telah membuat dengan jayanya pengembaraan kisah Rosli Dhoby di Sibu pada hujung tahun 2007. Ia dijangka disiarkan pada bulan Mac 2008 ini dijangkakan sebanyak 4 episod. Saya sungguh kagum dengan cara mereka bekerja kerana mendokumenkan sejarah penting Sarawak. Walaupun saya terdengar rintihan dari mereka tentang kerjasama untuk mendapatkan maklumat-maklumat. Nampaknya mereka telah berjaya. Saya ingin ucapkan tahniah.

Saya juga berkesempatan menghadiri majlis Tahlil yang dibuat oleh pihak Astro di hotel Zuhra, Sibu dan di hadiri oleh keluarga Rosli Dhoby. Majlis itu di hadiri lebih kurang 40 orang keluarga dan persatuan veteran Sibu.

Pada bulan kemerdekaan lalu video ringkas Rosli juga disiarkan di RTM1.

Jika anda nak lihat tapak peristiwa pembunuhan tersebut dan perkembumian semula Rosli Dhoby dan rakan-rakan di Sibu. Boleh pergi ke laman web. dibawah.

www.desaguru.com.

Kira dan Hitung.

Hi, saya ingin memohon maaf kerana beberapa bulan lalu terlalu sibuk dengan tugas dipejabat. Saya juga tengah membuat laman web untuk desaguru.com. Laman web warga penduduk desaguru di Kuching, Sarawak.

Sebenarnya banyak perkara yang berlaku di Sarawak dan Malaysia yang tidak sempat saya kupas dan nyatakan dalam laman blog ini. Minggu lalu saya telah menunjukan gambar Taib Mahmud/Tun Rahman. Ia merupakan peristiwa bersejarah bagi negeri Sarawak. Peristiwa tersebut saya sendiri telah lihat setahun lalu. Mungkin secara kebetulan saya pergi ke Choice Mall, jumpa kedua anak beranak ini, bersalam-salaman dengan mesra. Ramai yang telah menjadi saksi. Saya sangat mengkagumi kedua-duanya. Kerana pada saya kedua-duanya adalah anugerah Allah kepada Sarawak. Visi keduanya telah mengubah Sarawak menjadi seperti sekarang.

Saya nak cerita sedikit kisah lalu yang diceritakan oleh bapa saya. Pada tahun 70an. Orang Sarawak begitu jahil tentang agama Islam. Mereka Islam tetapi banyak rumah yang menghidang minuman keras pada hari Raya. Masa sembahyang Jumaat ada setengah jemaah bersembang. Tun Rahman yang mengubahkan semua ini. Dalam khtubah Jumaat yang beliau sampaikan menyentuh- aspek ini. Ramai- antara orang Islam yang sedar tentang kepentingan menghayati ajaran Islam sebenarnya. Penubuhan Baitul Mal Sarawak di bawah Pehin Sri Taib Mahmud benar-benar mengubah kehidupan orang Melayu Sarawak. Banyak perkara yang difikirkan oleh kedua orang hebat ini telah mengubah negeri Sarawak. Orang yang tidak waras saja menidakkan sumbangan kedua tokoh ini kepada rakyat Sarawak.

Peristiwa pembunuhan pemimpin di luar negara dan semalam pembunuhan pemimpin MIC, Datuk S Krishnasamy Dun Tenggaroh, Mersing Johor. Adakah ini budaya kita? Apa yang menghairankan bagaimana pembunuh ini boleh melepaskan diri tanpa dikesan. Apa motif mereka yang membunuh ini. Saya sebenarnya bukan nak bercerita tentang kes di atas. Biarlah pihak polis yang menyiasat.

Kira dan Hitung. Saya ditanya oleh seorang pakcik bertanya kira dan hitung sama atau tidak. Saya jawab sama. Anak macam, pakcik katanya. Pak cik baru sedar sekarang kira dan hitung tu tidak sama. Kisahnya macam ini. Semalam pakcik membeli durian di Pasar, satok. Jumpa Iban yang menjual durian.

"Pilih-pilih durian nanti saya hitung berapa biji. Sudah pilih baru saya kira." katanya. Sekarang baru pakcik tahu kira dan hitung tidak sama. Dia kata sebab itu lah kita macam ni. Berkira nak buat sesuatu tetapi tidak menghitung.

Saya terpikir apa yang dinyatakan oleh pakcik ini. Benar juga. Orang kita sangat berkira nak membantu sesama sendiri. Tapi tidak pernah mengira apa yang telah dilakukannya untuk membantu orang lain.

Siapa kata Taib tidak permaaf

e
Borneo Post, 4 Januari 2008, memaparkan Mantan Ketua menteri Sarawak Tun Abdul Rahman Yakub dan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membuat kemunculan pertama kali di majlis Haji Jadi ke 80 yang dihadiri oleh lebih 1000 orang di sebuah Hotel. terkemuka di Kuching.

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger